Macam Mana Nak Tangani Anak Dyslexia?

 Assalamualaikum dan hai korang,

Masa saya zaman sekolah rendah dulu, selalu juga ada kawan-kawan yang tak reti membaca walaupun dah umur darjah 2. Masa tu pelik juga, terfikir samada dia tak pergi tadika ke, atau ibu ayah dia tak ajar dia membaca basic macam mama saya buat.

Bila dah dewasa sikit baru tahu, oh, budak-budak tu ada masalah membaca atau nama saintifiknya, Disleksia. Ramai rupanya kanak-kanak yang mengalami masalah ini, tapi ibu bapa deorang tak tahu pun, dan rasa anak dia normal tak reti membaca.

Apa itu Dyslexia atau Disleksia?

Dyslexia merupakan gangguan kemampuan membaca dan menulis. Selain daripada mengalami masalah gangguan pada kemampuan membaca, mereka turut mengalami masalah dalam penulisan. Tanda-tanda disleksia boleh dikenalpasti sejak anak itu berusia 5 tahun lagi.

 

Tergerak hati untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Disleksia, maka saya berjumpa dengan pengasas pusat latihan khas untuk kanak-kanak dengan masalah Disleksia di Altuz Academy yang terletak di Solaris Mont Kiara.

Lokasi Altuz Academy ni boleh kata strategik juga. Terletak di tengah Kuala Lumpur dan kawasan yang tak terlalu padat dengan orang dan lalu lintas. Mudah budak-budak tu nak focus dalam pembelajaran deorang.

Altuz Academy di tingkat 3 (atas sekali).


Altuz Academy ini diasaskan oleh anak Malaysia yang ada 2 orang anak yang mempunyai masalah pembelajaran, iaitu Dr Choy Su-Ling. Dr Su-Ling tahu betapa payahnya proses untuk ibubapa kepada anak disleksik ni.

Lagi susah sebab payah sangat nak jumpa dengan pusat tusyen yang mengajar anak membaca macam ni. Kebanyakan pusat tusyen kan anak budak darjah 3 ke atas je. Kat sekolah pun, ada lah kelas pemulihan, tapi tak cukup nak ajar kanak-kanak ni.

Pengasas Altuz Academy, Dr Choy Su-Ling.


Maka dengan itu, wujudlah Altuz Academy dengan sasaran untuk membantu ibubapa seturusnya membantu anak-anak yang ada masalah membaca ini. Penting untuk kanak-kanak ini tahu membaca sebab semua ini boleh mempengaruhi daya jati diri dan keyakinan diri deorang.

Bayangkan kalau budak darjah 1 atau 2 tak tahu membaca, mesti kena ejek dengan rakan sebaya mereka. Sebab budak lain tak tahu yang budak ini ada masalah. Lain lah, kalau ada pendidikan tentang Dyslexia.


Di Altuz Academy, mereka menggunakan teknik Orton-Gillingham. Teknik Orthon-Gillingham memang sudah dikenali dan terbukti paling mudah dan senang untuk membantu kanak-kanak dengan masalah Disleksia.

Teknik yang diwujudkan oleh Dr Samuel Orton, orang pertama yang jumpa tentang Disleksia bersama dengan Anna Gillingham, seorang guru dan ahli psikologi pada tahun 1920. Teknik ini juga telah mendapat sokongan lebih daripada 100,000 kajian saintifik.


Ada macam-macam kaedah yang digunakan di Altuz Academy. Ada kelas secara berkumpulan dan ada yang secara individu. Pelimihan kelas macam ni bergantung kepada tahap membaca anak korang. Ada yang boleh belajar dalam kumpulan dan ada yang kena belajar secara 1-to-1.

Sempat juga saya ikut satu kelas berkumpulan haritu. Satu kumpulan ada 4 orang kanak-kanak. Memang kumpulan tu hampir sama baya supaya tak jauh sangat jurang umur tu. Suka cara kelas ni, unik dan tak bosan. Cikgu pun boleh fokus kat sorang-sorang.



Semua ahli terapi di Altuz Academy telah menjalani banyak latihan intensif dan praktikal yang telah diiktiraf oleh Academy of Orton-Gillingham Practioners and Educators (AOGPE) dan International Dyslexia Association (IDA).

Senang kata, cikgu-cikgu kat sini semua memang pakar mengajar anak yang ada masalah penbelajaran. Jadi tak perlu risau anak korang kena marah, atau kena pukul dengan rotan sebab mereka faham dengan masalah Dislexia.

Sesi kelas di Aluz Academy bermula dengan harga serendah RM180 sejam. Boleh contact pihak Altuz untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tawaran dan pakej yang ada.

Altuz Academy
9, Tingkat 3, Solaris Mt Kiara, Jalan Solaris,
Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Contact: 03-23892265
Website: www.altuzacademy.com


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS