Thursday, August 30, 2018

Pengalaman Lihat Pembuatan Skincare Organik

 Assalamualaikum dan salan sejahtera korang,

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk melihat bagaimana proses pembuatan produk penjagaan kulit muka organik, jenama Orgga. Produk Orgga memang tidak menggunakan sebarang alkohol, merkuri , SLS, Paraben, pengawet sintetik, sulfat, pewarna dan pewangi tiruan.

Kesemua produk Orgga merupakan hasil tangan manusia dan menggunakan 100% bahan semulajadi dan organik termasuklah bunga-bungaan, buahan, minyak esential, dan banyak lagi produk dengan sijil organik.

Jadi, tak payah risau tentang Halal sebab semestinya Halal. Oh, paling penting produk Orgga memang ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rujuk KKM Reg Num: NOT180703127K.

 


Seperti yang saya cakap tadi, produk Orgga menggunakan 100% bahan semulajadi dan organik. Jadi boleh nampak mereka gunakan bunga macam bunga lavender, rosehip, camomile dan banyak lagi sepanjang proses ni. Cumanya, bunga tu dan dikeringkan dan dihancurkan.

Sebenarnya ada banyak lagi bahan yang digunakan, satu botol produk Orgga paling sikit ada dalam 16 bahan semulajadi dalam tu. Sebab tu saya berani cakap Orgga ini merupakan satu produk yang bagus dan berkesan. Boleh cuba dan rasa sendiri.


Demo Pembuatan Skincare Organik, Orgga.

Sempat pulak tu saya lihat proses bagaimana produk Orgga dibuat. Pertama kali tengok dan cara dibuat pun menarik perhatian saya. Nampak macam senang je main campur-campur. tapi kita tak tahu macam mana deorang buat kajian untuk tahu porsi bahan tu macam mana.

Dengar info haritu dekat 2 tahun juga mereka cuba nak study samada produk tu ok atau tak. Ada yang tak, kena adjust lagi sukatan setiap bahan tu. Tabik lah team Orgga.

Boleh nampak usaha Puan Zaza, pengasas jenama Orgga dalam proses pembuatan produk dia. Beliaulah yang tetiba terdetik idea untuk asaskan produk organik sebab sebelum ni dia tahu betapa susahnya nak jumpa produk yang betuk-betul selamat dan organik.





 Orgga Cleansing Powder: RM80/ 50gm


Pertama kali saya jumpa pencuci muka yang jenis serbuk macam ni. Paling best, cleansing powder ini bukan setakat boleh mencuci muka je, lah boleh digunakan sebagai scrub lembut dan mask juga. Beli satu, tapi ada fungsi 3 dalam 1. 

Saya sendiri dah pakai pencuci muka Orgga dan memang best. Bestnya sebab bukan sahaja powder ni wangi sampai rasa macaqm nak makan, tapi walaupun tiada buih, tapi memang boleh rasa muka bersih dan nampak glowing gitu.

Cara nak gunakan  Orgga Cleansing Powder adalah: Memula ambil serbuk dan letak atas tapak tangan, campur dengan sedikit air dan kemudian letak dimuka. Pakai macam pencuci muka yang lain. Kalau nak skrub, hanya perlu tebalkan dan biar dalam 30 saat- 1 minit dimuka.



Ada 2 jenis variasi untuk kulit berlainan dalam Orgga Cleansing Powder, tapi kedua-duanya mengandungi 4 bahan Super iaitu: Rosehip, Grapeseed, Goji Berry dan Raspberry.
 
1. French Rose: Untuk kulit normal dan kombinasi kering

Kandungan: Colloidal oatmeal, Moroccan Rhassoul clay, French Pink clay, Almond flour, Coconut milk, Brown rice flour, Flaxseed meal, Rose flowers, Hibiscus flowers, Lavender flowers, Chamomile flowers, Elderberry, Rosehip, Raspberry, Orange peel, Moringa leaf, Goji berry, Grape seed, Pure essential oils of Rose Geranium, Palmarosa & Frankincense.

2. Bacca Bliss: Untuk kulit normal dan kombinasi berminyak, berjerawat. 

Kandungan: Colloidal oatmeal, French Pink clay, Kaolin clay, Coconut flour, Coconut milk, Brown rice flour, Strawberry, Rose flowers, Calendula flowers, Licorice root, Lavender flowers, Raspberry, Banana, Rosehip, Pearl powder, Goji berry, Grape seed, Pure essential oils of Pink Grapefruit, Sweet Orange & French Lavender.



Orgga Face Mist: RM60/ 60ml

Lepas mandi tu, eloklah spraykan Orgga Face Mist ke muka dan leher. Jangan lupa untuk goncangkan sebelum pakai. Lepas spray, usap dan ratakan kemuka. Kalau bangun pagi taknak kerja, spray ni emsti terjaga terus :D

Orgga Face Mist dikatakan boleh menaikkan seri wajah dan membantu merawat kulit kering dan kasar. Ye lah, bahan kandungan utama produk ini adalah jenis buah 'berry', makanya banyaklah kandungan anti-oksida yang mampu bertindak sebagai agen anti-penuaan.


2 variasi untuk Orgga Face Mist. Kedua-dua ni boleh digunakan untuk fungsi yang sana iaitu untuk menyegarkan kulit, membekalkan nutrisi dan anti-oksida. Tekstur dia best sebab tak melekit dan senang je meresap. Bau pun wangi juga.

1. Nourishing Facial Mist - Rose Otto

Kandungan: Rose Bulgarian hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Crandberry extract, Blueberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, Pure essestial oils of Rose Geranium, Rose Otto, Palmarosa.

2. Hydrating Facial Mist - Le Neroli

Kandungan: Neroli hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Acai berry extract, Strawberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, Pure essestial oils of Neroli, Bergamot dan Ylang Ylang.


Nak lagi best, boleh gunakan Orgga punya face roller ni. Best face roller ni sebab dia pakai batu Jed dan Ruby yang betul. Masa tengah lenyekkan tu feel dia layan dan sejuk. Memang refreshing. Harga dalam bawah RM120 gitu.


Orgga Luxe Beauty Oil: RM110/ 20ml

Orgga Luxe Beauty Oil antara produk mereka yang paling saya suka sebab saya memang dah lama nak mencuba beauty oil ni cuma kalau kat luar memang mahal. Bila dapat tahu Orgga jual beauty oil dengan harga yang boleh tahan murah, maka saya pun cuba.

Tak sia-sia cuba serious. Selain daripada kandungan beauty oil yang organik menggunakan 100% bahan semula jadi, Orgga Luxe Beauty Oil ini juga boleh digunakan sebagai pelembap, base makeup dan boleh dicampurkan dengan krim muka lain.

Suka dengan tekstur dia yang tak melekit dan tak berminyak. Saya selalu pakai 2-3 titis, dalam 2 kali sehari, pagi selepas cuci muka dan pakai mist, dan malam sebelum tidur. Kadang-kadang kalau nak keluar sebelum makeup pun pakai juga.


Terdapat 3 variasi untuk Orgga Luxe Beauty Oil. Sebenarnya sebabkan produk Orgga adalah organik, boleh je korang pakai memana satu, tapi untuk kesan yang lebih bagus, pakailah ikut bahan dan jenis kulit muka korang.

1. Olivia Luxe Beauty Oil: Untuk kulit kering.

Kandungan: Meadowfoam oil, Olive Squalane, Kukuinut oil, Argan oil, Sweet Almond oil, Rosehip oil, Pomegranate seed oil, Raspberry seed oil, Prickly pear oil, Sea Buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil, Pure essential oils of Neroli, Frankincense, Sweet Orange, Palmarosa, Clary Sage, Carrot seed.

2. Libra Luxe Beauty Oil: Untuk kulit normal dan kombinasi.

Kandungan: Olive Squalane, Argan oil, Watermelon seed oil, Jojoba oil, Maracuja oil, Pumpkin seed oil, Hazelnut oil, Camellia oil, Prickly pear oil, Sea Buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil, Pure essential oils of Rose Geranium, Grapefruit, Rose otto, Cedarwood, Lavender, Carrot seed.

3. Lindo Luxe Beauty Oil: Untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Kandungan: Olive Squalane, Jojoba oil, Kuikuinut oil, Hazelnut oil, Grapeseed oil, Rosehip oil, Marula oil, Pumpkin seed oil, Prickly pear oil, Blackcurrant oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil, Pure essential oils of Sweet orange, Bergamot Bergaptene Free, Ylang ylang, Patchouli, Geranium, Cedarwood.

Tahniah Puan Zaza atas kelahiran produk Orgga.

Berita baik untuk pembaca blog ini, korang berpeluang untuk mendapatkan produk Orgga dengan harga diskaun. Pre-order Orgga bermula 31 Ogos hingga 21 September di mana-mana link dibawah.

Produk penjagaan wajah organik Orgga akan dijual secara rasminya pada 25 September 2018.

Peluang untuk korang yang nak buat duit extra dan menjadi agen produk skincare Organik yang pertama di Malaysia, yang berminat boleh tahu maklumat lanjut di laman web Orgga.

Orgga Malaysia
Website: www.orgga.my
Facebook: www.facebook.com/orggamalaysia
Instagram: instagram.com/orggamalaysia



With love,

18 comments:

  1. Menariknya produk ni..dari bahan2 organik pulak tu. Sis pun first time tgok pencuci muka dari serbuk, senang kalau nak bawak travel..tak ada lah tumpah2. Face mist dia pun nampak menarik. Boleh di fikirkan untuk mencba prduk ni

    ReplyDelete
  2. Kalau saya, saya pun prefer skincare dan kosmetik yang asal dari bahan-bahan organik. ye la kan, benda nak tepek dekat muka kita. kalau tepek bahan kimia pun, bahaya untuk jangka masa panjang

    ReplyDelete
  3. Wow, pengalaman berharga ni untuk alami sendiri pengalaman melihat proses pembuatan skincare dengan bahan semulajadi. Btw firsttime dengar skincare brand Orgga ni..

    ReplyDelete
  4. Momen yang langka ya. Terkadang kita cuma bisa pakai produknya, tapi akan lebih seru bila kita lihat juga cara pembuatannya. Ini sih, hiburan sambil belajar. soalnya seru-seru gimana gitu hehe

    ReplyDelete
  5. Mesti ralit kan tengok proses pembuatan skincare organik ni. Emi suka betul dengan effort pengusaha skincare organik. Bukan mudah nak come out dengan formula dan resepi bg menghasilkan skincare organik utk kegunaan harian.

    ReplyDelete
  6. Ramai yang mencari skincare organic skrg.. sbb byk skincare di pasaran yang merbahayakan klau diguna dlm jangka masa panjang..harga set orgga pun berpatutan

    ReplyDelete
  7. menariknya produk ORGGA nie ! semua bahan organik tapi dijual dengan harga yang sangat berpatutan. yelah, biasanyakan produk yg berasaskan organik nie mahal, tapi orgga tidak

    ReplyDelete
  8. Ada gak skincare yang 100% buatan tangan ni..susah nak jumpa produk macam ni skang kan..kebanyakan guna kilang sama, brand je tukar nama sket..lagi best, ianya 100% organik..konfem selamattt

    ReplyDelete
  9. Natural skincare bagus tu. Sy nak cuba guna Libra Luxe Beauty Oil: Untuk kulit normal dan kombinasi, sbb kulit sy jenis kombinasi. Terima kasih atas info ni.

    ReplyDelete
  10. Wah menariknya organik skincare. Lebih selat digunakan dan tidak ragu2 lagi. Malahan boleh lihat sendiri ingredients yang digunakan.

    ReplyDelete
  11. Wah!! Ada lebih dr 16 bahan?? Memang betul padat dengan bahan semulajadi.. AM suka.. eh! Ada promosi?? Kena cuba nie.. Orgga nie unik dan menarik dgn intipati bahan semulajadi.. AM tertarik..

    ReplyDelete
  12. Bagusnya dapat juga pengalaman untuk lihat sendiri produk organik macam ni di lihat sendiri. baru puas hati

    ReplyDelete
  13. Wah beruntungnya dapat tengok sendiri penyediaan produk guna bahan organik depan mata. Lepas ni nak guna pun dah tak rasa was was kan. lagi selamat nak digunakan. suka packaging cantik dan kemas.

    ReplyDelete
  14. Satu pendekatan baik untuk pasarkan barang barang kecantikan dan pada masa yang sama beri kesedaran pada pengguna

    ReplyDelete
  15. Skincare organic dah semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Organik ni bebas dari bahan kimia yang berbahaya kan

    ReplyDelete
  16. That is really a good experience. actually I also want to learn it. And can make my own organic skincare.

    ReplyDelete
  17. Di jemput untuk datang takkan nak lepaskan peluang keemasan kan? Bagus lah dapat saksikan sendiri. Lebih yakin

    ReplyDelete
  18. skincare dari bahan organik ni memang bagus sangat . ia bebas dari bahan kimia dan selamatkan muka kita dari berbahaya . sangat recommended !

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^