Asianic Keluarkan Produk Mandian Untuk Kanak- Kanak

Hai korang,

Sebelum ini saya pernah tulis tentang produk penjagaan diri Asianic. Saya suka dengan produk buatan Malaysia sebab sebab 100% menggunakan bahan natural dan Halal. Sebab tu ada orang kenal deorang ni dengan nama Asianic Halal. 

Sekarang pun memang saya dok pakai lagi sabun mandi Asianic. Dah banyak jenis saya cuba, semua wangi-wangi dan paling penting bebas paraben dan SLES (sodium lauryl ether). Tapi yang paling paling saya suka adalah sebab produk dia murahhh.

Nah kalau korang nak baca review saya tentang Asianic Japanese Cherry Blossom:
www.nurulzayani.com/2017/08/produk-asianic-japanese-cherry-blossom.html



Baru-baru ini Asianic dah keluarkan produk mandian untuk kanak-kanak. Yang range kanak-kanak ini lagi special sebab diformulasikan dengan head-to-toe. Maksudnya boleh pakai sebagai gel mandi dan juga untuk syampu rambut.

Orang dewasa pun boleh pakai juga, tapi untuk rambut tu macam tak sesuai la pulak kan sebab rambut dan kulit kepala kita tak macam kanak-kanak.

Mandian Asianic Kids dicipta khas untuk ibu bapa yang susah sangat nak cari produk apa yang sesuai untuk kulit anak mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Gel mandian ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang ada masalah kulit juga.


Untuk sekarang, Asianic dah lancarkan produk mandian Asianic Kids dengan bau Susu dan Peach. Susu tu bau dia macam bayi dan sweet je. Peach pula bau lebih kepada fruity dan kuat sikit, tak macam typical bau peach lain.

Personally saya suka dengan bau Susu dia. Saya jenis suka pakai produk mandian kanak-kanak sebab bau dia. Tak terlalu kuat tapi wangi. Gel mandian ini kaya dengan Aloe Vera, Vitamin E dan antioksidan yang bagus untuk kulit, melembutkan serta melembapkan kulit.

Tak lama lagi akan keluarkan lagi 2 variasi iaitu Berries dan Fruity Candy. Tak sabar nak cuba 2 bau ni juga. Budak-budak mesti suka punya dengan bau gel mandian ni, tak silap deorang nak mandi selalu pulak kan. Haha.



Selain itu, Asianic Kids turut memperkenalkan variasi gel mandian kanak-kanak dalam pek travel. Pek travel ini ada 4 jenis bau iaitu: Berries, Fruity Candy, Peach dan Susu. Takde lah susah-susah nak bawak botol besar

Harga pek travel Asianic Kids (50ml x 4) : RM 16.90


Kandungan Asianic Kids:

Aqua, Disodium Cocoamphodiacetate, Cocamidopropyl Betaine, Glycerin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Cocamide DEA, Sodium Chloride, Fragrance, Polyquartenium 10, Tetrasodium EDTA, Aloe Vera powder extract, Propylene Glycol, Rice Bran Oil, Methylchloroisothiazolinone, Rice extract, Methylisothiazolinone.

Harga 1 botol Asianic Kids (750ml) : RM 16.90

Sempat saya dapatkan produk Asianic Kids di Pameran Citarasa Malaysia tempoh hari.


Untuk korang yang mencuba produk Asianic, boleh dapatkan secara dalam talian atau di hypermarket dan farmasi utama seperti Guardian, TESCO, AEON BiG and Aeon Wellness dan KK Mart. Jangan lupa cuba guna tau!

Asianic Kids
 Website: www.wonderlandprimary.com
Facebook: www.facebook.com/WonderlandPrimary


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS