Pelancaran Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018

Hai dan Assalamualaikum korang,

Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) kerana menjemput saya untuk ke majlis pelancaran Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018 yang merupakan tahun kedua diadakan. Pada tahun ini banyak kategori akan dipertandingkan berbanding tahun lepas.

Anugerah pelancongan berprestij ini akan diadakan pada hari Rabu, 10 Oktober 2018 bertempat di Palace of Golden Horses. Lokasi ini sengaja dipilih kerana pencapaian hotel ini dalam banyak anugerah pelancongan.

Malaysia Tourism Council (MTC) atau Majlis Pelancongan Malaysia sebelum ini lebih dikenali dengan nama National Tourism Council of Malaysia (NTCM) atau Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia.


Sebanyak 27 kategori dengan 50 anugerah akan dipertandingkan pada tahun ini termasuklah dalam kategori agro pelancongan, edu-tourism, medi-tourism, seni & kebudayaan dan banyak lagi. Tahun 2018, mereka hanya mempertandingkan sebanyak 39 anugerah.

Anugerah ini diadakan khas bagi meraikan kejayaan agensi yang berjaya di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat kebangsaan. Anugerah ini bakal direbut oleh banyak individu, agensi dan syarikat persendirian.

Sasaran MTC untuk anugerah ini bukanlah nak membanggakan pihak yang menang, tetapi nak menaikkan semangat mereka yang bertanding. Dalam anugerah ini, tiada siapa menang dan tiada siapa kalah sebab semua juara.

Wakil Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia: YBhg. Dato' Haslina Abdul Hamid

Majlis pelancaran Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018 telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, YBhg. Dato' Haslina Abdul Hamid. Comel je YB ni dan paling best beliau faham dengan sektor pelancongan.

Anugerah ini bakal memberikan pengiktirafan yang terbaik kepada mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan di Malaysia sekaligus akan menaikkan industri pelancongan dan hospitaliti di negara ini selain daripada akan memberikan imej positif kepada orang luar negara.


Saya harap dengan adanya anugerah Malaysia Tourism Council Gold Awards untuk kali kedua ini mampu mengeratkan hubungan yang baik dalam sektor pelancongan di Malaysia untuk lebih dekat sekaligus mampu memartabatkan budaya, warisan, tradisi dan kemodenan di Malaysia.

Tak sabar nak lihat siapa yang akan dianugerahkan sebagai yang terbaik dalam negara pada tahun ini. Buat pula dengan beberapa kategori baru. Lebih menarik lagi, dengar kata siap ada kategori untuk anugerah menghargai editor dan media. Wew.


Tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama dengan Presiden MTC, En Uzaidi Udanis yang merupakan orang kuat dalam MTC. Seorang yang humble dan selalu bekerja dalam pasukan. Selalu puji kerja staff dia.



Till then,

Post a Comment

18 Comments

Illya LeYa said…
Terbaik. Semoga majlis penganugerahan seperti ini diteruskan.
Luqman Zakaria said…
wow buat dekat Palace of Golden Horses tuh. Banyak juga kategori yang dipertandingkan. mesti meriah nanti.
Qaseh Dalia said…
Wah banyak juga yang bertanding dan ada 39 anugerah .. Yang terbaik pasti dapat , good luck all semoga lebih maju jaya
Zaza Iman said…
Alhamdulillah, ramai yg tercalon dalam anugerah ni ya..semua hebat2.. Dan memang betul, ada nya anugerah ni buatkan mereka lebih bersemangat untuk terus maju dan suksess dimasa akan dtg..
Qeela said…
Aaa rindunya zaman dlm tourism field dulu..now mmg mkin bnyk perubahan dan kemajuan jugak kan..congrats buat yg berjaya dpt award..moga tourism di negara kita lebih maju 😊
good to come your blog to read of this. I didn't know til I read here, nice pics taken here :D.
Suria Amanda said…
majlis sebegini perlu diadakan setiap tahun untuk menghargai mereka yang memberi perkhidmatan terbaik dalam industri kan..majlis pengiktirafan yang sepatutnya diteruskan..
AlongMurni said…
Banyak juga rupanya program2 dan aktiviti yg dianjurkan oleh MTC.. baguslah ada anugerah bertaraf prestij seperti ini.. atleast penerima anugerah rasa dihargai dan ibgin terus kreatif memajukan Malaysia d mata dunia
Cik Min said…
Tahniah pada MTC yang menganjurkan majlis seperti ini. Majlis macam ni sebenarnya memang sangat penting utk menggalakkan lagi persaingan sihat dalam industri pelancongan ni
Hanny Abdullh said…
Bagus adanya anugerah mcm ni utk memberi semangat pada travel agensi lbh maju jaya.Banyak betul yg bertanding ya! Moga berjaya
mrsliez said…
bagus sebenarnya ada anugerah macam ni.. untuk memberi semangat dekat orang-orang yang banyak berjasa dlm tourism..dan lagi akan mempertengahkan lagi tourism malaysia dimata dunia
Faries said…
Banyak anugerah yang dipertandingkan. Pemberian Award oleh MTC ni boleh dibanggakan kerana menghargai usaha-usaha orang ramai yang terlibat mengangkat industri pelancongan Malaysia ni
Ibu Pantang said…
Bagus ada anugerah macam ni.supaya persaingan lebih sihat dalam industri pelancongan semakin naik dan maju.
Usaha MTC dalam penganjuran penganugerahan ini sangat bagus sebab boleh menggiatkan industri pelancongan negara. Secara tak langsung mendorong agensi2 pelancongan di negara ni untuk sentiasa ingin menyediakan perkhidmatan yang terbaik
Mawardi yunus said…
Banyak betul kategori yang diorang pertandingkan ya. Oklah boleh menghargai mereka2 yang terlibat secara umumnya.
Ibu Syurga said…
Menarik idea untuk buat pertandingan macam ni. Boleh merancakkan industri perlancongan di malaysia
Mama Hakim said…
Selamat berjaya dalam pertandingan yang di adakan ni. Siapa yang menang boleh masukkan dalam port folio masing masing kan.
Alia Farhan said…
Tudia byknya kategori...
Tanda penghargaan kepada yg terlibat kan..baru la naik semangat org2 yg terlibat ye dak

FOLLOWERS