Sedap Ke Nasi Lemak Pancake & Nasi Lemak Shake?

Hai korang,

Haritu masa jenjalan di Mid Valley, ternampak kedai makan Pancake House. Dah lama rasanya nak lepak makan tengah hari kat sini, baru kali ni ada peluang untuk lunch kat sini sebab tertarik dengan menu terbaru deorang, Nasi Lemak Pancake.

Popular juga rupanya Pancake House ni di luar Malaysia sebab dah memang wujud sejak dari tahun 1974 lagi. Kat Malaysia, deorang ada 3 outlet: IOI City Mall, Mid Valley dan Quill City Mall. Memang susah sikit nak jumpa kedai ni, tapi seriously korang kena cuba menu limited edition ni.

 

Di Mid Valley, memang senang nak jumpa Pancake House sebab berada di Tingkat 1, Centre Court. Port best punya nak lepak-lepak makan tengah hari, makan malam ataupun nak minum ringan nak lepaskan penat berjalan.

Lepas tu, siap ada port tempat duduk luar kedai macam ni. Saya jenis suka duduk luar macam ni sebab tak suka dengan suasana yang macam sempit dan dekat dengan orang meja sebelah. Barulah macam private sikit nak berborak.



Dah alang-alang ada promosi edisi terhad Nasi Lemak Pancake pada 6 Ogos hingga 7 Oktober 2018, rugi pula tak cuba menu pilihan ramai pada tahun lepas. Dengar cerita, tahun lepas, walaupun dah habis waktu promo, ramai orang masih minta lagi.


Nasi Lemak Pancake RM19.90

Selalunya kita makan nasi lemak dengan nasi kan? Apa kata, korang cuba makan dengan pancake pulak. Makan macam biasa, cuma nasi tu ganti dengan pancake.

Menu ini, saya suka sebab pancake dia sedap. Pancake dia ada rasa pandan, siap dengan kuah sambal dan timun lagi. Bila campurkan pancake, telur, ayam, sambal dan ikan bilik dan kacang semua rasa sedap je dalam mulut.

Ayam goreng pun sedap, jadi masa makan tu takde lah rasa muak. Tapi betul ni, makan pancake dengan sambal saja pun dah sedap. Boleh repeat lagi sementara ada next time.




Nasi Lemak Shake RM12.90 

Amacam, macam pelik ajekan nama dia Nasi Lemak Shake? Memang exotik pun minuman ni sebab korang bayangkan lah, air ni merupakan campuran santan, pandan, serbuk cili, ikan bilis dan kacang yang telah dikisar hancur.

Cara minum, hanya perlu kacau sampai bawahdan rata, then enjoy. Rasa dia, takde lak pelik macam yang korang baca. Rasa memang pelik, tapi pelik yang sedap. Ada pedas-pedas sikit, manis dan berlemak tapi sedap dan boleh telan.

Rugi lah kalau tak cuba. Peminat tegar nasi lemak sure suka.

 


Set Nasi Lemak Pancake & Nasi Lemak Shake RM27.90


Prawn Aglio Olio RM19.85

Ini menu terbaru daripada Pancake House. Menu ni takde lah limited edition pun, tapi nak juga tulis sebab sedap. Dalam gambar nampak macam sikit, tapi sebenarnya portion dia banyak. Kenyang makan sorang-sorang siap tapau bawak balik lagi.

Aglio Olio ni sedap sebab tak banyak minyak dan rasa powder rempah dia. Then, ada rasa pedas-pedas sikit. Dahla deorang tak kedekut udang, besar-besar pulak tu. Puas hati makan.



Berbaloi datang Pancake House makan tengah hari haritu. Ingatkan deorang jual pancake je, rupanya ada banyak lagi menu lain macam nasi dan pasta. Banyak pilihan ada dan harga pun berbaloi. Lepas tu ada set dengan air percuma la apa semua.

Nak lagi best, pergi masa ada promo bulanan. Kanak-kanak makan percuma pada setiap Ahad minggu pertama dan ada promo beli 1 percuma 1 pada setiap hari Rabu. Boleh tengok website atau Facebook Pancake House untuk banyak lagi promo best.

Jangan lupa cuba menu limited edition Nasi Lemak Pancake & Nasi Lemak Shake. Saya recommend dan ajak korang untuk makan sebab cakap memang sedap dan berbaloi untuk cuba!


Pancake House
Website: pancakehouseinternational.com.my
Facebook: www.facebook.com/pancakehousemalaysia
Instagram: www.instagram.com/pancakehousemy

Outlet: 

Mid Valley
Lot F-046, First Floor, Mid Valley
Contact: 03-2283 3933

IOI City Mall
Lot No. L1-73A, First Floor, IOI City Mall,
Contact: 03-8328 0175

Quill City Mall
Unit No G-05 & Al-Fresco 3A, Ground Floor, Quill City Mall
Contact: 03-2856 0635

Till then,

Post a Comment

19 Comments

uuuish rare.. tapi lama gilaa tak pegi Mid. sejak habis study rasanya. tah x ingat jalan hahaha..
Nina Mirza said…
Wahhh... Memang rare ni..!!
Tak sangka memang pancake dalam menu nasi lemak dia ya..
Jap.. Nasi Lemak Shake tuu belum ada keberanian nak cuba walau di kata sedap boleh telan. Huhuuu... Tapi macam rugi lak tak cuba kannn
Kak Su said…
Nasi lemak pancake nama glemer tuuu.. tapi I think macam sarapan pagi kat kampung .. lempeng ngan sambal hihi.. but of course lempeng dah diolah to make it look and taste glamorous hihi
Tips Dan Panduan Untuk Mulakan Bisnes Homestay
long time no see you hehe. Now I see your food post I am hungry, so many to try and I saw nasi lemak shake so interesting to try. Wanna try it too.
Zaza Iman said…
Agak lama dah zaza tak pergi mid valley.. Bertahun2 mesti lg seronok kan.. Hidangan nasi lemak dia tu.. Aumm sedap betul zaza tengok..ikan bilis.. Ade ayam mesti puas hati dapat makan ni 😍
mama tisya said…
mmg unik betul menunya ni..nasi lemak pancake & nasi lemak shake...yg nasilemak pancake tu ok lg tp yg shake tu tktau la rs bole ke tk minum hehe
Suria Amanda said…
Baru pergi The Gardens 2 hari lepas singgah kat MV gak..rasa macam ada ternampak restoran ni..masa tu ramai sangat orang..lepas ni boleh la cuba..tgok air yang zayani pegang tu mcm best..
Alia Farhan said…
Wowwwwww...ni mmg rare ni esp shake tu...as people who love nasi lemak so much...i must give this a try
Rawlins GLAM said…
Adush. Terliur pula Rawlins bile tengok nasi lemak shake tu. Teringin nak 'minum' nasi lemak pula rasanya. Haha.
cindyrina said…
OMG! Tak tau pulak lepas burger we have nasi lemak pancake pulak dah. I think this is sedap. Yang shake tu ...mmmmmm ... kena gi try baru boleh komen.
Ibu Syurga said…
Hmmm. Macam tak kena je kan. Tapi kalau berani mencuba dan kena dengan tekak apa salahnya kan. pancake pun ada banyak jenis
Syamimi Saad said…
Sedap ehh pancake tu digantikan nasi? Ingatkan tadi nasi tu still ada. Cuma ada tambahan pancake dalam pinggan yang sama. Hehe
Maklumlah, tak biasa makan gitu kan.
Hehehe
mrsliez said…
Aglio olio tu mmg menarik sgt.. udang besar2 lagi.. mcm tak berani nak makan nasi lemak shake tu.. klqu sedap mmg boleh je cuba nnnt
myfancyblog said…
Kak pernah mkn kat pancake house mmg sedap. Visit my blog:www.keunggulanwanita.com
Hanny Abdullh said…
Selalu gak ke Mid Valley tapi x perasan pulak kedai ni.
Unik betul ada nasi lemak Pan Cake..nanti kalau ke sana bolehlah sis cuba
Nasi lemak shake. Pelik giler. Rasa macam xleh telan jer klu saya hahahha. Apapun kreatif juga dowang memperkenalkan menu baru
JMR said…
Nasi Lemak Shake?? macam blend nasi lemak letak air batu je hehe..tapi rasa nak cuba gak la menu ni..unik btol ni
Sembang Kopi said…
pergh nasi lemak pancake? macam mana rasa die sedap x? adoi macam lempeng aje rasa die haha..tp mmg menarik la..
Lia Hasty said…
Banyak betul olahan resepi nasi lemak .Menarik tu boleh Cuba Yang pancake tu . Nampak sedap je .

FOLLOWERS