Friday, September 14, 2018

TIME Internet: Internet Pilihan Gamer yang Terpantas di Malaysia

 Hello dan salam sejahtera korang,

Sure ramai yang tahu kami suami-isteri merupakan pasangan kaki gamers. Kami berdua kenalpun melalui satu  platform permainan komputer, Dota 2. Sedar tak sedar, dah lebih 3 tahun saya belajar bermain permainan menarik ini.

Jadi, sebagai gamer tegar, kami memang ada satu bilik permainan di rumah, yang ada 2 komputer untuk kami bermain hobi ini bersama. Itu belum masuk nak bermain permainan konsole dan layan filem online dari televisyen di ruang tamu.

Bila dah cakap pasal permainan online yang menggunakan internet, mestilah perlu internet yang berkelajuan tinggi, yang stabil, tiada had data, boleh digunakan daripada banyak peranti dan bonus, harga yang murah dan berpatutan.


Jadi, internet apa yang sesuai untuk kaki gamer macam kami berdua ni? 
Jawapannya: TIME Internet.

Dah lama suami usha TIME ni, sejak daripada sebelum deorang nak lancarkan lagi. Tapi sayang sikit sebab coverage internet mereka masih lagi limited untuk ke sesetengah kawasan. Tapi, jangan risau, kalau korang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, kebanyakannya dah ada.

Boleh semak samada tempat tinggal korang ada tak coverage TIME di laman web mereka. Kalau tiada coverage, jangan sedih, sebab korang boleh email mereka untuk request. Mana tahu, rezeki mereka nak luaskan liputan internet mereka.


Apa yang ditawarkan oleh TIME Internet?

Bila bercakap tentang internet berkelajuan tinggi, mestilah nak tahu tentang kelajuan dia dan pakej yang ditawarkan kan? TIME Internet menawarkan 3 pilihan kelajuan:

1. 100Mbps (RM149/ sebulan)

Sesuai untuk yang nak menggunakan internet secara kasual untuuk browsing internet, layan filem online dan media sosial.  Boleh digunakan daripada 6 peranti pada satu-satu masa dengan kecepatan memuat turun filem HD dalam masa 2minit 39 saat.

2. 300Mbps (RM189/ sebulan) -HOT-

Sesuai untuk yang nak menggunakan untuk browsing, streaming, bermain permainan online, tengok filem dan buat transaksi online dan banyak lagi. Boleh digunakan daripada 8 peranti pada satu-satu masa dengan kecepatan memuat turun filem HD dalam masa 53 saat.

3. 500Mbps (RM299/ sebulan) 

Kategori extreme. Jenis yang nak internet laju gila masa download banyak file besar-besar, kaki stream online, main game online, upload video lelaju kat internet. Juga boleh digunakan daripada 8 peranti pada satu-satu masa dengan kecepatan memuat turun filem HD dalam masa 32 saat.


Pilihan kelajuan diatas sesuai untuk semua kegunaan dengan data tanpa had, 100% optik fiber, modem percuma dan kontrak selama 24 bulan. In case korang nak terminate awal, korang akan dikenakan cas denda. Jadi sebelum nak install tu, fikir korang akan pindah tak dalam masa 2 tahun.

Berminat nak install? Mudah je caranya, hanya perlu daftar ke laman web mereka di www.time.my dan pilih pakej untuk daftar. Dah daftar, tunggu panggilan telefon daripada mereka untuk set dan confirm tarikh pemasangan, then pasang! Simple je.



This is so true :D

Setelah survey dan dengar feedback daripada kawan-kawan saya yang juga merupakan pengguna TIME Internet, maka saya nampak dan apa beza TIME dengan provider internet yang lain.

Sebagai pasangan gamer, blogger, kaki movie online dan kaki shopping online, TIME Internet adalah pilihan terbaik untuk kami. Dan yang paling penting, walaupun harga dia macam mahal, tapi percayalah, harga itu paling murah dengan kelajuan internet tu.


 TIME Internet
Klik link diatas untuk daftar sekarang!

Till then,

21 comments:

  1. wahhhh.. menarik.. ada lagi laju dari unifi rupanya.. hehe

    ReplyDelete
  2. Comel je.. jarang perempuan jadi gamer tegar.

    ReplyDelete
  3. wow. tq for sharing.
    actually aida ni tgh survey jugak tau internet laju.
    now dgn streamyx 2mbps. outdated sgt kan.
    unifi lom sampai. so maxis pun tak boleh nak connect sini.
    aida nak survey TIME la.
    100mbps 149 ok sgt la...
    now i am paying 125 utk 2 mbps tau.

    ReplyDelete
  4. Kelebihan dia memang laju tapi tak banyak tempat yang ada coverage ..

    ReplyDelete
  5. Memang happy la bila kuasa dihujung jari tu betul2 dikuasakan. First time tahu ada internet yang selaju ni.

    ReplyDelete
  6. tudiaaa.. tinggi jugak kelajuan yang ditawarkan.. sedap ni kalau nak layan movie online. Nak update blog pun senang. xde la dok loading je... hehe

    ReplyDelete
  7. Syok yer sama2 kaki game. Nanti ada anak mesti lagi meriah main game sama2. Baru tahu TIME ni lagi best dari Unifi

    ReplyDelete
  8. Amni pun pakai TIME yani.Memang laju taw.Tapi kadang2 ada jugak slow hehe.Tgk cuaca jugak Tapi support service dia terbaik!

    ReplyDelete
  9. Sekarang pun memang pakai Time lepas kontrak dengan Unifi habis haritu. So far, rasa Time memang lagi berbaloi lah daripada Unifi. Dari kelajuan dia dengan bayaran bulanan dia.

    ReplyDelete
  10. Kami main game memang pentingkan internet yang pantas. kalau tak laju mesti selalu lagging kan. Macam mana nak nikmati

    ReplyDelete
  11. wah tak sangka Zayani kaki gamer. Pernah juga nak subscribe TIME ni dulu tapi tak habis study sampai la skang. Boleh dipertimbangkan la lepas ni. apa pun kena check coverage la kot nanti menyakitkan hati rugi je pulak

    ReplyDelete
  12. Kadang mcm xleh brain tau tgok perempuan suka main game. Hahaha. One of my friend (perempuan), pon kaki game jugak. Kahwin pon dgn kaki game jugak. Sesuai sangat ! Propose pon guna game tau. Hahaha.

    Anyway, mmg penting utk ada internet berkelajuan tinggi, tambah2 kalau digunakan utk game. Xdelah nanti sangkut2. Ye dakk ?

    ReplyDelete
  13. Terbaikla suami isteri gamers..memng internet ni sekrang perkara wjib kene ada..lagi-lagi gamers macm korang..time ni pertama kali denagr ni..

    ReplyDelete
  14. Murah je plan dia ek. Berbaloi la bila fully utilize kemudahan sebegini - to the max gitu. Hehe. Yang kartun tu lucu!

    ReplyDelete
  15. TIme ambil market niche untuk pasaran internetnya. gamer memang perlukan internet yang laju supaya server tak hang

    ReplyDelete
  16. Macam menarik je. Laju ke internetnya? Hihi. Syok la husband yani, dapat wife sekepala suka main game.

    ReplyDelete
  17. Main game ni bagi sesetengah orang membuang masa. sekarang ni dah jadi industri dan ada yang dapat penajaan. Tapi pada maznee main game sikit sikit oklah. full time.. hmm

    ReplyDelete
  18. banyak nya masa zayani & husband main games. sweet gitu. lia kalau mengadap games memang x buat kerja lain dah. kalau main game of course mesti nak internet yang berkelajuan tinggi. supaya tak ganggu masa bermain n fokus. betul tak?

    ReplyDelete
  19. First time dgr pasal time internet ni.. Tgk pakej dia pon agak menarik.. Sesuai la nk main game2 ni kan.. Tp time internet ni under apa ye... Ke mmg company time shj?

    ReplyDelete
  20. baru je dengar pasal time ni.. eloknya time ni buat lagi banyak prmosi supaya semua org tahu.. baru la unifi ada persaingan

    ReplyDelete
  21. Menarik juga pakej internet yg ditawarkan oleh TIME INTERNET.. puas dgn kelajuan internet.. menarik perkongsian info ini

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^