Saturday, October 20, 2018

DatumCorp Bantu Orang Asli Dengan Permainan Mobile Datum Tap

Hai dan salam sejahtera korang,

6 Oktober lepas, sempat saya ikut majlis pelancaran kempen #DatumHomesforAll oleh DatumCorp dengan kerjasama EPIC Homes. Saya memang suka support komuniti Orang Asli ni.

Kempen ini diadakan untuk membantu menyebarkan kesedaran tentang Orang Asli kepada seluruh warga Malaysia untuk bantu mereka dari segi tenaga, virtual dan wang tunai. Nak bantu lagi lebih? Korang juga boleh jadi sukarelawan tau!

Kalau korang nak tahu, bagi Orang Asli, rumah tu sangat penting sebab kat situ lah keluarga dia nak hidup. Deorang pulak memang hidup secara berkomuniti dan ramai-ramai, jadi penting untuk ada rumah. Maka kita lah yang kena bantu mereka sebab deorang kurang berkemampuan.


Fakta Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011 adalah:

1) 80% komuniti Orang Asli sangat memerlukan rumah,
2) Lebih daripada 12,000 keluarga Orang Asli tinggal didalam rumah yang tidak selamat,
3) 35% Orang Asli telah dikelaskan sebagai miskin teruk dan selainnya adalah miskin.


Kalau korang nak tahu, bagi Orang Asli, rumah tu sangat penting sebab kat situ lah keluarga dia nak hidup. Deorang pulak memang hidup secara berkomuniti dan ramai-ramai, jadi penting untuk ada rumah. Maka kita lah yang kena bantu mereka sebab deorang kurang berkemampuan.

 Fakta Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011 adalah:

1) 80% komuniti Orang Asli sangat memerlukan rumah,
2) Lebih daripada 12,000 keluarga Orang Asli tinggal didalam rumah yang tidak selamat,
3) 35% Orang Asli telah dikelaskan sebagai miskin teruk dan selainnya adalah miskin.

Jadi, sebab itu DatumCorp dengan kerjasama Epic Homes nak bantu menyebarkan kesedaran tentang Orang Asli kepada seluruh warga Malaysia untuk bantu mereka dari segi tenaga, virtual dan wang tunai. Nak bantu lagi lebih? Korang juga boleh jadi sukarelawan tau!



Melalui kempen #DatumHomesforAll, mereka berharap untuk mencapai 2  objektif demi mengukuhkan lagi pembanggunan komuniti Orang Asli.

1) Mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang sumbangan komuniti Orang Asli kepada negeri Selangor. Sebab itu permainan Datum Tap telah diwujudkan.

2) Meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui emppat pakej khas sebagai meraikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat bagi membolehkan pelabur dan bakal pemilik rumah dapat tawaran yang lebih baik daripada komuniti Datum Jelatek.

Ada 4 pakej perumahan yang ada didalam projek perumahan Datuk Jelatek iaitu: The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack dan Pro-C Pack yang direka untuk memenuhi semua keperluan bakal pemilik kediaman tu.


YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari telah melancarkan kempen #DatumHomesforAll tempoh hari.


Program bantuan perumahan, Epic Homes yang telah ditubuhkan pada tahun 2010, telah banyak membantu warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan seperti komuniti Orang Asli. Program ini telah direka khas untuk membantu mereka ini untuk maju selari dengan kemajuan negara.

Banyak juga sukarelawan yang saya tengok sanggup bantu komuniti Orang Asli. Kadang-kadang deorang hanya perlukan bantuan untuk mengajar je supaya mereka boleh hidup dan cari kerja dengan skill yang ada.

Disebabkan rumah merupakan antara benda asas dan penting dalam kehidupan seseorang, maka sangat penting untuk Orang Asli ni ada rumah. Tapi sayangnya, disebabkan kos hidup yang semakin tinggi, deorang tak mampu nak beli rumah.

Bukan tu saja, malah peluang pekerjaan mereka pun kurang. Tak ramai yang nak pindah ke bandar sebab mereka selesa tinggal dengan komuniti dan di tanah mereka. Jadi, dengan membantu Orang Asli memiliki rumah, maka boleh membantu Malaysia melepasi tahap kemiskinan secara global.



Permainan Mobile Datum Tap

Permainan Datum Tap merupakan satu permainan dalam talian yang unik dimana korang dikehendaki untuk mengumpul planks (kayu) untuk membantu orang asli membina rumah secara online. Senang je cara nak main dia, bila mula main mesti ketagih.

Kalau teringin nak main, boleh download secara percuma di IOS, Apple Store dan platform Android, Google Play. Log in menggunakan Facebook korang, dan dah boleh main. Jangan lupa usha Facebook Page: Datum Jelatek untuk tahu apa hadiah mingguan dan hadiah utama.

Pada akhir kempen nanti (Januari 2019) rumah maya tu akan berubah menjadi rumah sebanar untuk keluarga Orang Asli dengan bantuan daripada EPIC Homes.

 
Selain itu, EPIC Homes juga ada melancarkan tabung bantuan untuk kominiti Orang Asli untuk mendapatkan rumah baru. Korang pun boleh menyumbang dari segi bantuan tenaga atau wang tunai. Nak tahu cara nak bantu macam mana, boleh baca details kat bawah:

Epic Homes: epichome.org

Datum Jelatek
Website: www.datumjelatek.com.my
Facebook: www.facebook.com/datumjelatek


With love,

15 comments:

  1. waa menarik jugak yea inisiatif mereka ni, betul tu Orang Asli juga perlukan rumah yg baik dan janganlah kita meminggirkan mereka dalam asas kehidupan. And permainan tu pulak mcm best jee hehe nnt nk try jugak lah 😁

    ReplyDelete
  2. org asli ni sometimes need to maintain keaslian diorang.
    kita kena support tambah fasiliti utk diorang hidup selari dgn peredaran zaman.
    maka, projek ni akan bagi org asli rumah ke, camne?
    if yes, terbaik la. byk negeri di Malaysia pun ada org asli.
    kita yg di bandar kena masuk ke tempat diorang, beri fasiliti dan ilmu.
    provided, tanah diorang tak diambil la hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. Dah sampai masa masyarakat org asli di beri arus kemodenan kan..supaya tidak tterpinggir dari kemajuan..kempen kesedaran juga patut diteruskan dan dan di pertingkatkan untuk untuk mendapatkan bantuan yg sewajarnya

    ReplyDelete
  4. Oo..tak pernah tahu pun pasal benda ni sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. wow...tak sangka Datum Jelatek ada buat aktiviti macam ni...selalu juga kita terlepas pandang tentang orang asli ni kan...semoga lebih ramai yg nampak dan hulurkan bantuan

    ReplyDelete
  6. dah donload game dia ha.tapi susah skit nak menang hahaha
    kena fokus bebetul la.

    ReplyDelete
  7. Cool CSR effort by DATUM Corp! Looking forward the rumah build by EPIC Homes! :)

    ReplyDelete
  8. Dah donload dah.hehehe.syok juga main game ni.tapi jadi kemaruk jugak main benda alah ni sampai tak jadi buat keje.haha

    ReplyDelete
  9. Cantik gila rumah Datum ni, harga mesti boleh tahan lol. paling suka depa buat charity to help other. Thanks sebab sudi share ;)

    ReplyDelete
  10. Alahai comelnya apps dia !! Bagusnya aplikasi nie. Bukannhiburan semata tapi dapat beri faedah pada masyarakat asli. Okay nak download sekarang

    ReplyDelete
  11. Menarik juga ada program macam ni sekurang-kurangnya kita tidak terlepas pandang kebajikan mereka. Sebelum ini tak pernah tahu pun ada. Yang tahu program bersama diorang ajelah. Itupun sekali je join hasil kerjasama dengan JAKOA.

    ReplyDelete
  12. ohhh rupanya datum home ni ada buat project related dgn org asli ke? bagus juga la kan. hehe

    ReplyDelete
  13. Bantu org asli yang memerlukan sokongan dari segi ekonomi dan kewangan utk bantu komuniti diaorg tu.bagus dtumcorp buat macam ni utk beri kesedaran ttg org asli

    ReplyDelete
  14. Baguslah program pembangunan utk masyrakat org asli camni.. barulah mereka tak tercicir dan dapat seiring bergerak maju bersama kita.. AM suk program yg banyak memberi manafaat utk masyrakat camni

    ReplyDelete
  15. Good idea...dengan apps ni, semakin ramai yg main, ..mereka akan jana income melalui google playstore..dan income itu boleh disalurkan kepada orang asli....good idea on using technology to help the orang asli

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^