Tuesday, October 2, 2018

Pelancaran Produk Skincare 3-in-1 dari UFORA

Hai korang,

Susahkan nak fikir apa produk skincare yang selamat dan harga berpatutan untuk segala masalah di muka seperti jerawat, parut, jeragat, pori terbuka, whitehead, blackhead dan kusam. Itu belum masuk kulit sensitif dan tak boleh pakai produk tu.

UFORA menjanjikan untuk selesaikan masalah korang dengan memperkenalkan 3 produk skincare dalam set terbaru mereka. Set 3-dalam-1 ini sesuai untuk kegunaan di siang hari dan malam hari. 

Nama UFORA yang diambil sempena nama Supia Saupi dan dicampurkan dengan tagline "You for a beauty" memang membawa maksud yang sangat unik. Senang nak ingat dan sebut. Simple je seperti matlamat produk ini, 'less item, more skincare'.


Tahniah buat team UFORA dan founder: En Nik Mohd Hilman dan Pn Supia Saupi

Bagusnya skincare daripada UFORA adalah sebab produk ini memang selamat digunakan. Bayangkan lama mana penyasas dia buat R&D untuk hasilkan produk yang bagus macam ni. Banyak juga testimoni yang saya baca bagus.

Lulus KKM ya ketiga-tiga produk dalam skincare set ini. InshaAllah selamat digunakan untuk semua jenis kulit, terutamanya mereka yang berumur 20 tahun keatas. Boleh refer gunakan nombor KKM kat bawah.

Facial Foam: NOT180700054K
Sunscreen: NOT180700053K
Night Serum: NOT180700052K


Facial Foam 50ml

Facial foam ni best sebab selain daripada dapat membersihkan secara mendalam, dapat juga menanggalkan kotoran dan sel kulit mati. Barulah muka sentiasa segar kan. Kandungan dia pun mampu membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit.

Bau dia pun wangi. Bau macam sabun dan syampu bayi. Saya suka bau macam ni, barulah syok nak letak kat muka kan. Bau ni sebenarnya datang daripada extract Cranberry tu.

Nak pakai pun senang, pump je sikit atas tangan dan urutkan di muka. Teknologi Micro-fine foam yang digunakan mempu untuk membersihkan muka secara mendalam dan menyihatkan pori kulit muka kita. Lepas dah bersih, naiklah seri wajah kan.

Kandungan: Alpha arbutin, papaya extract, cranberry extract, glycerine, vitamin c, palm oil, stearic acid, water acid, sodium lactate.

 

Sunscreen 5ml

Sunscreeen ni fungsi utama memang untuk melindungi muka daripada UVA dan UVB yang menyebabkan proses penuaan kulit pra-matang, pigmentasi dan kulit kering. Selain tu, sebab warna dia macam foundation, mampu juga menutup cela diwajah.

Sunscreen ini mengandungi SPF50/ PA untuk jenis sinaran matahari zaman sekarang.

Saya suka dengan sunscreen ni sebab warna dia macam foundation. Senang nak pakai, dahla ada siap dengan 3D Blend Puff, pakai macam biasa dan lagi best tak melekit dan cepat je kering. Ada juga Vitramin E untuk melembapkan kulit.


Kandungan: Water, titanium dioxide, glycerin, butylene glycol, cylopentasiloxane hydrogenated, polyisobutene, cetyl peg/ppg-01/1 dimethicone, chrysanthellum indicum extract, cetyl acetate, methoxyamodimethicone/silsequioxane copolymer, dimethicone capryly methicone, mica, silica, magnesium stearate, polyglyceryl-3 distearate, biosac-charide gum-1, magnesium sulfate.

3D Blend Puff

Lembut puff ni. Sesuai nak guna untuk setiap hari. Nak cuci pun senang. Tips nak pakai mudah dan supaya makeup rata, basahkan (lembapkan) sedikit puff ni sebelum apply makeup. Cara ni boleh nampakkan makeup korang nampak HD dan full-coverage.


Night Serum 5ml

Night serum pula sesuai untuk korang yang nak mencerahkan kulit wajah. Kandungan dia pun sesuai untuk hilangkan parut, jeragat, tompok hitam selain daripada mengecilkan pori kulit muka. Jadi bila pori dah kecik, maka lembut dan teganglah kulit wajah.

Nama pun serum malam, maka pakailah setiap malam sebelum nak pergi tidur. Tak melekit pun, dan senang je nak meresap. Saya dah pakai, memang bila bangun tidur, kulit muka rasa lembut dan tak berminyak. Bau serum ni lagi saya suka!

Kandungan: Alpha arbutin, gluthathione, vitamin e, vitamin c, glycerine, lactic acid vitamin, acerola cherry extract, collagen protein.

 

Gambar kat bawah saya tunjuk macam mana rupa Skincare UFORA.  Dari kiri, Facial Foam, Sunscreen dan Night Serum. 

Jimat pakai UFORA sebab picit sikit je dan boleh pakai seluruh muka.


Harga 1 set Skincare 3-dalam-1 UFORA: RM139.00

Promosi: Setiap pembeliam set akan dapat percuma 3D Blend Puff.

UFORA Skincare
Facebook: www.facebook.com/UforaskincareHq
Instagram: /www.instagram.com/uforabeauty_hq



With love,
 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^