Friday, October 26, 2018

Philips Airfryer XXL Untuk Keluarga Besar

 Hello dan salam sejahtera korang,

Sedar tak korang yang orang Malaysia ni suka makan, terutamanya makanan yang bergoreng. Sebab apa? Mestilah sebab sedap. Di mana-mana dan bila masa saja rakyat Malaysia akan makan. Kadang-kadang tengah malam lagi ramai yang makan.

Sebenarnya tak susah pun nak jadi sihat. Boleh je makan, tapi selagi kita jaga apa yang kita makan tu. Kurangkan gula, garam dan minyak dalam makanan pun dah boleh banyak membantu dalam meningkatkan kesihatan kita.

Tahu pasal masalah ini, Philips telah melancarkan Philips Viva Collection Airfryer XXL - Airfryer pertama yang menggabungkan Teknologi Turbostar Berkembar dan Teknologi Penyingkiran Lemak yang membolehkan kita makan makanan bergoreng secara sihat.


Philips Airfryer XXL ada 3 konsep menarik yang mereka tawarkan iaitu: Lebih Besar, Lebih Menyihatkan dan Lebih Baik.

Nak gunakan Philips Airfryer XXL pun sangat mudah dan lebih kurang sama je dengan airfryer mereka yang biasa tapi lagi best sebab Philips Airfryer XXL dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta. Jadi kalau dan ON, boleh terus guna tak payah tunggu.


Takda idea nak masak apa menggunakan Airfryer XXL? Tak payah pening kepala sebab korang boleh terus rujuk buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional.

Tak cukup dan nak lebih lagi? Download je panduan, tutorial dan resipi mudah dari aplikasi Philips Airfryer secara percuma di iOS atau Android korang.
 
Dengan pelbagai fungsi tahap kepanasan dia, korang juga boleh pilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang dalam suhu diantara 80˚C hingga 200˚C dengan masa paling maksima iaitu 60 minit.


 

Lebih Besar

Senang bila dah ada Philips Airfryer XXL sebab tak payah buang masa untuk masak banyak kali kalau korang ada keluarga besar. Kalau keluarga yang ada ramai anak, atau nak masak untuk orang ramai, sesuai sangat lah gunakan yang ni.

Philips Airfryer XXL boleh memuatkan seekor ayam besar yang boleh dimakan 6 orang bersama dengan set kentang goreng. Nak goreng atau bakar banyak bahagian ayam sekali pun boleh. Tips untuk ayam yang rangup, jangan masukkan banyak sangat pada satu-satu masa.


Lebih Sihat

Siapa yang taknak ahli keluarga mereka sihat. Bukan senang nak masak untuk ramai orang tapi nak kurangkan minyak. Pakai je Philips Airfryer XXL, mudah sebab dalam model ni ada Teknologi Twin TurboStar Energy.

Teknologi ini menggabungkan 2225W tenaga untuk menghasilkan hidangan makanan yang kurang lemak dan minyak. Sistem 'tornado' di dalam airfryer ini akan membantu lemak makanan tadi untuk cair ke Fat Reducer Lid.

Philips Airfryer XXL  boleh menyingkir sehingga 50% lemak daripada makanan ketika memasak. Boleh nampak lebihan minyak yang ada pada makanan korang tu dibawah. Padahal nak masak pakai Philips Airfryer XXL bukannya kena letak minyak pun. Jimat tak payah beli minyak masak juga.


Fat Reducer Lid

Lebih Baik - Serba Boleh

Serba boleh sebab walaupun kegunaan utama Philips Airfryer XXL adalah untuk menggoreng, tapi terdapat juga fungsi lain seperti bakar dan stim. Bayangkan satu alat je tapi boleh digunakan untuk masak banyak hidangan. 

Dengan Philips Airfryer XXL korang boleh buat kek dan roti, satay/ skewer, menggoreng dan banyak lagi kalau korang rajin explore dan kreatif.



Lagi best untuk yang jenis tak ada masa atau malas nak cuci kalau beli, jangan risau sebab Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan sekali dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkansupaya senang nak cuci.

Nak lagi best, punya lah senang nak cuci sebab semua bahagian boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.

Promosi khas untuk korang yang bertuah, kalau korang beli Philips Airfryer XXL, boleh siap dapatkan sekali dengan grill pan dan set skewers ni. Tak payah beli asing sebab memang datang dalam satu set.



Harga Philips Airfryer XXL Malaysia: 
RM1699.00

Korang boleh dapatkan Philips Airfryer XXL (HD9630/99) di mana-mana kedai jenama Philips di seluruh Malaysia. Philips Airfryer XXL boleh didapati secara dalam talian di laman web Lazada dan pengedar Philips yang sah.


Untuk maklumat lanjut:
Website: www.philips.com.my


With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^