Wednesday, October 24, 2018

Plantronics BackBeat FIT & BackBeat GO Review

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Siapa kat sini kaki travel dan kaki bersukan? Macam saya sendiri, setiap kali nak travel akan pastikan saya bawa fon telinga atau earphone. Sebenarnya susah juga untuk orang yang pakai tudung macam saya nak jumpa earphone yang selesa.

Berita baik untuk peminat gajet, Plantronics telah melancarkkan 5 produk awesome yang terdiri daripada 1 earphone tanpa wayar dan kalis air yang pertama di dunia, 2 model untuk kaki aktif dan 2 headphone pembatalan bunyi (noise cancelling) untuk kaki melancong.

5 model earphone/ headphone Plantronics didatangkan dalam koleksi  BackBeat FIT dan BackBeat GO yang sesuai digunakan dalam semua situasi dan keadaan.


Company jenama Plantronics pun memang dah terkenal dengan hasil produk yang bagus-bagus dan menjadi pilihan pengguna mereka. Saya sendiri dah cuba menggunakan earphone Plantronics dah memang puas hati sangat.

Lagi best, semua earphone koleksi Plantronics adalah tanpa wayar (wireless). Korang boleh sambungkan earphone ni ke mana-mana peranti dan devices korang yang ada Bluetooth. Lepas tu boleh la dengar lagu ke, tengok movie atau bercakap dalam telefon.



BackBeat FIT 350 
Warna: Black/Grey, Grey/Bone dan Grey/Blu
Harga:RM 399

BackBeat FIT 350 sesuai untuk mereka yang mencari earphone yang jenis tanpa wayar yang dalam harga bajet tapi masih lagi berkualiti. Dengan ketahanan 6 jam dalam sekali cas, sesuai sangat digunakan untuk ke mana-mana.




BackBeat FIT 3100 
Warna: Black dan Grey
Harga: RM799

Sangat sesuai untuk mereka yang suka buat aktiviti lasak atau berlari sebeb earphone ini memberikan keselesaan dan grip kepada pemakai dia. Dilengkapi dengan kualiti audio dan ciri-ciri Always Aware™ yang selalunya ada didalam koleksi Plantronics  yang lama.

Dengan harga yang ditawarkan dan kualiti yang diberikan, earphone ini juga kalis air dan senang dicas dengan kotak yang diberikan. Senang jaga.





BackBeat FIT 2100 
Warna: Black, Grey, Blue dan Lava Black
Harga: RM499

BackBeat FIT 2100 merupakan model terbaru untuk koleksi BackBeat FIT. Juga kalis air dan sesuai sangat untuk mereka yang aktif melakukan aktiviti. Seronok kalau pakai ni dan hiking bukit atau buat aktiviti lasak.




BackBeat GO 410 
Warna: Graphite dan Bone 
Harga: RM649

Untuk kaki travel yang jenis tak suka dengan banyak bunyi bising boleh cuba model BackBeat GO 410. Dengan teknologi Active Noise Cancelling (ANC) yang ada dalam earphone kecik ni, memang sangat sesuai.

BackBeat GO 410 memberikan ketahanan bateri sehingga 10 jam sesuai sangat untuk mereka yang selalu travel jauh dan tak ada masa dan tempat yang sesuai untuk cas. Earphone ini juga boleh di-pasangkan dengan sebarang peranti yang ada Bluetooth.

 



BackBeat GO 810 
Warna: Graphite Black, Navy Blue dan Bone White 
Harga: RM799

Ada orang jenis tak suka pakai earphone sebab tak suka feeling ada benda dalam telinga, maka saya suggest untuk mereka cuba headphone ni. BackBeat GO 810 adalah wireless dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 28 jam.

Teknologi pengasingan bunyi dia sangat awesome sampaikan bila pakai biasa pun dah kurang banyak bunyi bising. Sesuai digunakan untuk kaki travel supaya mereka boleh fokus daripada kekecohan disekeliling.




Seronok boleh dengar secara HD sebab fungsi teknologi Active Noise Cancelling (ANC) yang akan menyekat sebarang suara luar yang kuat. Jadi, tak ada masalah nak dengar lagu walaupun dalam suasana yang bising.

Tips untuk yang kaki travel, nak elakkan daripada dengar orang lain dalam bas tu berdengkur. Powernya earphone ni, walaupun kita tak buka lagu atau tengok apa-apa, pakai macam tu saja pun dah tak dengar sangat suara di sekeliling.


Korang boleh dapatkan koleksi terbaru BackBeat FIT 3100, BackBeat FIT 350, BackBeat GO 810 di kedai alat gajet besar seperti Gadget Zone SDN BHD, Charlie Cellular Sdn Bhd, i-study Penang. Manakala, The BackBeat FIT 2100 dan BackBeat GO 410 boleh didapati bermula November 2018.


Till then,

13 comments:

  1. Menarik.... Nak dapatkan satu la koleksi dari BackBeat Fit ni... Design nya pun cantik... Suka dan dah jatuh hati ni

    ReplyDelete
  2. wah wah lagi sudah bagus ni, wireless earphone. kak lily memang minat dan sanggup beli earphone cam ni. sebab senang nak bawak kemana sajerr

    ReplyDelete
  3. walaweh! cantiknyaaaa. memang tengah survey best earphones ni hahaha anyway thansk tau sebab share maybe leh survey nanti

    ReplyDelete
  4. wow! looks so cool to experience all the beat.. must be super duper cool experience ya... time to listen to more music!

    ReplyDelete
  5. Minat tengok yang putih tu cantikk.. Mesti sound pun best kan.. Btw kedai2 tu kena walk in ke.. Tak ada online?

    ReplyDelete
  6. Baru tahu pasal brand ni, harga dia boleh tahan mahal.. Suami suka dgr muzik guna ear phone nanti boleh kongsikan dekat dia pasal brand ni :)

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya dapt plantronics nie. sangat sesuai utk digunakan dlm pelbagai aktiviti. tak adalah serabut dengan tali2 kan. teringinnya nak ada satu !

    p/s : untunglah ada model utk gayakan produk =P hahaha

    ReplyDelete
  8. Wow menarik....harga dia wallawei..yg ni khas untuk yg bersukan kan..smart giler

    ReplyDelete
  9. Menarik. Kinah ni sebenarnya tak boleh pakai earphone rasa macam ada benda je dalam telinga. Boleh try headphone ni. Paling best tak ada wayar yang berselirat. Nak cari jugak la nanti

    ReplyDelete
  10. Pergh, menarik tengok design dia. Memg sesuai sangat utk kita beetudung ni.. Tak perlu wayar2. Tapi harga dia boleh tahan ye.

    ReplyDelete
  11. Emi pun jenis yg ke mana2 terbiasa bawak earfon. Rasa tak best kalau takde earfon sbb takleh dengar lagu hehe. Brand ni punya earfon nampak menarik

    ReplyDelete
  12. Nampak menarik. Tapi harga agak pricey jugak huhu. Tapi sebab kualiti terbaik setanding dengan harga yg ditawarkan

    ReplyDelete
  13. look so nice. i wanna try one as mine already got'kidnapped' by my friend.. lolz

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^