Sunday, October 7, 2018

Wajah Baru 'The Square' Jaya One Dibuka Disember Ini

Hi dan salam sejahtera korang,

Kalau korang yang selalu ke Jaya One, Petaling Jaya mesti pernah dengar Palm Square atau The Square. The Square ini telah beroperasi sejak dari tahun 2015 lagi dan merupakan salah satu bahagian dalam 8 projek utama di Jaya One.

Sebelum ditutup sementara, dulu The Square merupakan banggunan yang menempatkan banyak kedai dan restoran. Selalu juga digunakan untuk acara-acara kecil. Saya pun pernah hadir ke beberapa acara yang dianjurkan disini.

Wajah baru The Square, Jaya One dijangka akan dibuka kepada umum pada Disember tahun ini.


Projek menaiktaraf The Square yang dimulakan pada Mac 2018 ini menelan belanja hampir RM15 juta dengan projek menaiktaraf fasiliti sebesar 75,000 kaki persegi. The Square dijangka akan dipenuhi dengan 45% pejabat, 40% restoran dan kafe dan 15% dengan PJ Live Arts.

Rekabentuk The Square yang baru berkonsepkan moden dengan 3 bahagian utama didalam banggunan ini. Menarik dan uniknya lagi, disekeliling The Square direka khas dengan zink berwarna biru beralun. Simple je.


Matlamat mereka simple je, nak buat satu lokasi yang ada semua dalam satu banggunan. Idea ni supaya The Square tak nampak sangat macam pusat membeli-belah. Sebab tu di The Square mereka dah rancang untuk memfokuskan 4 aspek utama untuk projek ini.

1. Ruang pejabat/ co-working space,
2. Restoran dan kafe,
3. Mesra haiwan/ pet-friendly,
4. Projek pertanian dalam bandar.

Dengar kata, deorang siap nak buat restoran makanan yang menghidangkan makanan sampai lewat malam. Sesuai sangatlah untuk mereka yang bekerja sampai lewat malam untuk makan. Takkan nak makan mamak je kan.


Preview lukisan arkitek projek.

 Preview the new The Square

Preview banggunan baru The Square, Jaya One yang sedang dalam pembinaan. Dijangka akan dibuka kepada umum pada Disember tahun ini. Sebarang pertanyaan atau nak menyewa ruang atau pejabat, boleh hubungi 012--3233563 atau email: tenant-relations@jayaone.com.my

Untuk 45% pejabat yang dibina, akan ada lebih kurang 13 pejabat dengan beberapa saiz, tergantung besar mana korang nak sewa. Lepas tu, ada lebih kurang 15 ruang kedai untuk peniaga menyewa dan menapak kat sini.



Konsep rekabentuk terbaru ini sangat sesuai untuk penyewa pejabat. Mereka tahu permintaan untuk co-working space adalah tinggi, maka sebab itu mereka peruntukkan 45% daripada The Square adalah pejabat dengan pelbagai saiz dan harga sewa dengan konsep semi-furnished.

Kadar sewa untuk penyewa kat sini pun tak mahal dengan tawaran yang diberikan. Harga sewa untuk unit di tingkat 1 adalah bermula pada RM4.00 - RM5.50/ kaki persegi manakala bagi tapak di tingkat 2 adalah pada RM8.00- RM10.00/ kaki persegi.

Antara tawaran yang penyewa akan dapat adalah: Lantai cantik, lampu dan penghawa dingin. Sesuai sangat untuk syarikat yang baru nak menapak dalam Malaysia. Tak payah keluar modal banyak untuk buat renovasi.



Tingkat 1 akan menjadi lokasi kebanyakan kedai dan restoran makanan. Bagus juga buat kat tingkat 1, tak adalah nak ganggu orang yang bekerja di tingkat 2. 

Antara konsep baru yang diperkenalkan di The Square adalah konsep 'pet-friendly'. Akan ada beberapa bahagian luar yang akan direka khas untuk pemilik haiwan peliharaan yang suka keluar dating dengan haiwan mereka.

Tapi perlu diingatkan ya, kawasan berhawa dingin dan tertutup adalah kawasan larangan haiwan. Korang hanya boleh bawa haiwan peliharaan tu di kawasan yang dibenarkan sahaja.

Bahagian ditingkat 2 yang akan menempatkan co-working space: Common Ground


Dengan wujudnya banggunan yang mampu menampung 4 keperluan (ruang pejabat, restoran, pet-friendly enviranment, pertanian dalam bandar) di sekitar Jaya One, mereka berharap akan membantu untuk mengefisenkan penggunaan tenaga, elektrik, gas dan air disini.

Tahniah dan selamat berjaya saya ucapkan kepada pihak Bina Tetap Tiara Sdn Bhd. atau usaha dan idea best macam ni. Mereka akan menjadi ruang niaga mesra haiwan yang pertama di Malaysia.


The Square @ Jaya One
72A, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Website: www.jayaone.com.my
Facebook: www.facebook.com/jayaone


Till then,

20 comments:

  1. wah boleh bawak pet, ini yang best ni di dengar ni. dapatlah kak lily bawak kucing kak lily jejalan ni kan

    ReplyDelete
  2. Aida berminat nak tau pasal "pet-friendly" tu, zayani. Camne pelaksanaannya nanti. Bcoz sebelum ni x permah lg ada kompleks dgn pet kan. Interesting!

    ReplyDelete
  3. ni design bangunan ni nampak macam ala-ala kontena ...simple and easy to navigate kalau konsepnya begini...

    ReplyDelete
  4. Nampak cantik pula konsepnya. Moden ye. Jarang ke sana. Kalau warga berdekatan ada la alternatif nak hang out tu.

    ReplyDelete
  5. oh baru tau pasal The Square ni, mcm menarik jugak yea sesuai untuk semua golongan since ada part untuk working space, mkn2, dan lain2. Bagus juga mereka adakan separate ruang khas yang pet-friendly. Suasana sekitar pon nampak not bad hehe.

    ReplyDelete
  6. lama tk lalu area Jaya One…makin sesak la situ bila dh siap The Square ni… bila tmpt ni dh siap..sure lg byk tmpt mkn & kedai2 shopping

    ReplyDelete
  7. Tempat baru eh..akak mmg x tau la sebab jauh dari rumah..nampak besar tempat ni sure havoc bila ddh siap nanti..dengan konsep pet friendly ni pun bagus..sure dpt tarikan bila dh official buka nanti

    ReplyDelete
  8. This place looks good.... great to hv a brand new look ya.. sounds good... Wanna go there walk walk d..

    ReplyDelete
  9. Suka dengan konsep dia. Tapi aku wondering macmanalah pet friendly tu kan?
    Aku ni rimas sikit kalau ada anjing bergerak bebas ni

    ReplyDelete
  10. Bila dapat tahu kat sini ada semua macam Ruang pejabat/ co-working space,Restoran dan kafe, Mesra haiwan/ pet-friendly, dan Projek pertanian dalam bandar. Rasa macam wow. Part pet-friendly tu paling menarik. Nice sharing

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Kita tak tahu kat mana ni sebab setiap hari kita lalu area ni untuk pergi kerja hehehe tapi tak sabar nak tunggu ia buka nanti boleh jemput kita pula heheheh...

    ReplyDelete
  13. Tempat baru kan.. Mcm best je tempat ni.. tak pernah lg sampai dkt sini sbnrnya.. ni da tahu ada tempat menarik dekat sini.. boleh la singgah sini kalau ada peluang.. Bawak skali dengan pet lagi..hee

    ReplyDelete
  14. Dgr a few days ago pasal mall pet friendly.. rupanya dkt sini.. ada pro and contra la klau pet friendly ni.. tgk interior mall ni lain dari yang lain.. xpe kita tgg siap sepenuhnya nnt

    ReplyDelete
  15. Ada terbaca tentang pembukaan The Square ni, nampak best sekali luas dan besar tak sabar nak tunggu Disember ni nanti he he he

    ReplyDelete
  16. Oh the square ni dekat Pj rupanya. Pernah dengar tapi tak tahu kat mana hihi. Nanti bila dah bukak, boleh la berjalan ke sana.

    ReplyDelete
  17. Amni tak nampak lagi dekat mana ThqSuare ni.Tapi nanti dah bukak nak g tinjau la.Sebab ramai yang cakap best bila dah bukak nanti.Hhehe.

    ReplyDelete
  18. Can't wait to explore the Square. Sometimes I do lost in Jaya One. Hope they have proper design after the opening of The Square.

    ReplyDelete
  19. Guna zink je, bguih na, simple je. Nampak luas dan besar tu. Tak sabar nak tengok bila dah siap, sebab baca ada untuk haiwan erk..hehee..macam mana la rupa dia ni..hehee..

    ReplyDelete
  20. Tak sabar tunggu Disember nak tengok wajah baru Jaya One. Cuma untuk haiwan tu hurmmmm hahahhaa..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^