Aveo Vision Lancarkan Kanta Mata Untuk Kegunaan Harian

Hai korang,

Selalu saya nampak kes orang sakit mata disebabkan pemakaian kanta lepak atau kita selalu panggil contact lens. Nak pakai kanta lekap ni, memang kena jaga kebersihan secara lebih sebab kita bermain dengan mata. Takkan nak rosakkan mata kan?

Sebab itulah kebanyakan pakar mata menasihatkan untuk pemakai kanta lekap supaya menukar contact lens mereka pada setiap hari. Senang kata, contact lens tu untuk sekali pakai je. Tak bersih kalau reuse banyak kali.

Sebab itu pakar di Aveo Vision keluarkan kanta lekap yang sesuai untuk pemakaian sekali guna pada setiap hari, dan supaya mata korang selesa, sihat dan selamat.



Macam biasa, nak buat cermin mata atau kanta lekap mata, kena lah check mata korang dulu. Selalu perkhidmatan ni percuma je dimana-mana kedai cermin mata dan durasi nak buat pun tak lama. 

Kiranya kalau korang jenis ada masalah kurang nampak, atau sakit kepala baik pergi check mata. Kadang-kadang korang tak tahu yang masalah sakit kepala tu datangnya daripada penglihatan yang kurang baik atau silau.



 

Kalau buat kat kedai mata atau di roadshow ni, korang akan nampak 2 alat check mata. Satu untuk tahu power atau kuasa mata tu dan satu lagi alat ni. Alat ni penting sebab dia nak tengok kesihatan mata dan samada mata kita sesuai atau tak nak pakai contact lens.

Macam haritu, Alhamdullilah mata saya tak ada apa-apa masalah. Tapi mata suami nampak stress dan kurang rehat sebab kemerahan. Memang normal, tapi kena jaga jugak untuk elakkan masalah besar yang lain seperti sakit mata.



Menariknya, kanta lekap harian Aveo Vision diperbuat daripada premium omafilcon A dengan 58% kandungan air. Dengan teknologi Aqualock, kanta lekap ini mampu memberikan hidrasi yang sempurna untuk si pemakainya sepanjang hari.

Lens/ kanta itu sendiri ada design unik BlissEdge yang membuatkan orang yang pakai tu rasa selesa je sebab nipis. Lepas tu dapat juga kurangkan geseran kanta dengan kelopak mata. Kira masa pakai tu nanti akan rasa tak pakai apa-apa pun.

Lagi best, kanta lekap Aveo Vision siap ada Class 11 UV Blocker untuk menghalang 97% radiasi UVB dan 87% radiasi UVA, sesuai untuk mereka yang selalu pakai contact lens pada setiap hari.


Senang kata, contact lens Aveo Vision sesuai untuk mereka yang mencari keselesaan di dalam pemakaian kanta lekap pada setiap hari, selain daripada nak mata deorang cukup kandungan Oksigen dan kebersihan terjaga.




Harga kanta lekap / contact lens Aveo Vision:
*Ada dalam 30 kanta lekap didalam satu kotak*
1 bulan:  RM60 (2 kotak)
6 bulan: RM300 (12 kotak)
12 bulan: RM550 (24 kotak)


Aveo Vision
Contact: 012-2822778
Email: hello@aveovision.my
Website: www.aveovision.my



Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS