Cara Dapatkan Tiket ke The Kuala Lumpur Major

 Baca post yang lepas: Peluang Terakhir Untuk Dapatkan Tiket The Kuala Lumpur Major.

Hai korang,

Siapa dah ada tiket untuk ke The Kuala Lumpur Major yang akan berlangsung lagi 2 minggu di Axiata Arena nanti? Kalau dah ada kita geng! Boleh kongsi ID Dota, mana tahu boleh main segame dua sama-sama ke kan.

Ada yang tanya haritu, macam mana nak dapatkan tiket The Kuala Lumpur Major. Make sure dapatkan daripada menjual tiket yang sah ok. Sini saya tunjukkan cara macam mana nak beli tiket ke The Kuala Lumpur Major nanti.

  The Kuala Lumpur Major
Tarikh: 16-18 November 2018
Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur.

 

Langkah 1: Buka link disini: https://myticket.asia/#event=15613422



Langkah 2: Pilih jenis tempat duduk mengikut kesukaan korang. Untuk setakat ini, hanya tiket jenis Immotal (RM600) dan Ancient (RM330) sahaja yang masih ada.


Langkah 3: Masukkan bilangan tiket yang korang nak beli. Maxima 6 keping tiket untuk setiap kali pembelian. Kalau ada kod promo, boleh masukkan sekali.

 

Langkah 4: Untuk pemilihan tiket jenis Immortal, korang boleh ambil peluang untuk pilih tempat duduk di bahagian yang mana korang suka. Best kan boleh pilih seat.


 

 

Langkah 5: Setelah sesesai pemilihan dan semak tentang pilihan tiket dan tempat duduk. Tekan butang "Continue".


Langkah 6: Semak semula apa yang korang pilih, kalau semua okay dan betul, maka boleh teruskan untuk pembayaran. Masukkan juga maklumat tentang diri korang ya.



Langkah 7: Cetak tiket dan tunggu barang goodie korang sampai (bagi pemegang tiket Immortal). Jangan lupa pula untuk ke Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16-18 November 2018.

Beli tiket The Kuala Lumpur Major disini: https://myticket.asia/#event=15613422

The Kuala Lumpur Major
Website: www.thekualalumpurmajor.com

Facebook Kuala Lumpur Major: www.facebook.com/events/343197142892550
eGG Network: www.facebook.com/eGGNetwork
Hashtag rasmi: #KualaLumpurMajor


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS