Makan Menu Berasaskan Indomie di Indobowl

Hai dan Assalamualaikum korang,

Haritu, sengaja kami kumpulan blogger lepak makan tengah hari disebuah kafe yang menghidangkan menu yang bagi saya agak rare, iaitu special menu indomie dan nasi beserta dengan seleksi sambal asli Indonesia. 

Untuk peminat mee jenama Indonesia, Indomie dan juga pencinta sambal, korang kena datang makan di Indobowl, Lakefields, Sungai Besi.

Antara pilihan sambal yang special di Indobowl Cafe adalah: Sambal Merah, Sambal Hijau, Sambal Matah dan Sambal Madura. Semua sambal ini merupakan sambal homemade dan fresh yang dibuat setiap hari kat sini tau.

 

Nak datang ke Indobowl Cafe mudah je. Hanya perlu Waze nama, dah ada. Sampai kat sini, parking pun mudah je sebab banyak kosong. Saya datang haritu pada hari Ahad, jadi tak terlalu ramai orang. Kalau hari bekerja ramai sikit.

Suka dengan dekorasi kafe yang moden, walaupun kafe merupakan jenama yang berasal dari Indonesia. Suka dengan konsep dekorasi dalaman yang samtai dan hipster. Korang boleh pilih nak duduk di luar atau di dalam.




Dah settle ambil gambar dan pening kepala nak pilih menu apa yang nak kami cuba, maka kami pun memesan beberapa menu yang katanya paling hot dan paling banyak permintaan. So far, semua sedap. Tak sangka habis licin kami makan.

 Mambo-Jumbo Seafood Soto RM39.90

Mambo-Jumbo Seafood Soto merupakan menu terbaru yang dihidangkan disini. Boleh kata menu ni lengkap sebab semua ada. Dalam dia ada ayam, telur, udang, sotong, tauhu, fishball, mee, sambal dan dcampur dengan kuah soto.

Menu berporsi besar ini sesuai sangat kalau kongsi dengan 2-4 orang. Overall memang sedap dah worth dengan harga dia. Tips: Makan masa panas-panas, kalau dan sejuk nanti mee kembang.



Indomie Sambal Matah Grilled Chicken & Egg RM10.00 

Kalau korang jenis yang suka indomie dan nak cuba sesuatu yang lain daripada yang lain, saya suggest untuk korang cuba menu ni. Kombinasi indomie, ayam yang dibakar dan sambal memang sesuatu yang unik. Sambal pun pedas.


Indomie Salted Egg Chicken RM11.90

Indomie Salted Egg Chicken merupakan salah satu menu yang paling saya suka di Indobowl. Sedap bila mereka masakkan ayam bersama dengan telur masin, tambah pula ayam tu bahagian isi. Lagi layan saya nak makan.

Kalau jenis yang suka pedas, boleh minta sambal, kalau tak, makan saja ayam tadi dengan indomie pun dah sedap. Recommended!


Nasi Goreng Ayam Berlado RM12.00 

Nasi Goreng Ayam Berlado merupakan menu kegemaran suami saya. First, dia suka nasi goreng dia. Nasi goreng tu nasi goreng telur biasa saja, tapi yang sedap tu sebab pakai resepi asli dari Indonesia. So ada rasa authentic kat situ.

Ayam berlado dia pulak lembut dan juicy walaupun ayam tu dipanggang. Sambal dia tak payah cakap, tak tercakap sebab sedap dan pedas.


Nasi Goreng Ayam Madura RM14.00

Orang Indonesia memang suka sambal jenis madura ni. Kalau kat sana, merata-rata jumpa restoran yang jual ayam madura. Sekarang dah tak payah pegi jauh sebab kat Indobowl pun dan ada hidang menu nasi ayam madura.

Apa yang sedapnya Nasi Goreng Ayam Madura di Indobowl adalah, rasa dia lain daripada sambal madura yang selalu saya makan. Di sini, sambal dia lebih pedas dan tak terlalu kuat rasa rempah dia. Cara dia panggang ayam pun membuatkan isi dalam ayam pun terasa madura dan tak terlalu kering.


Bila dah sampai ke sini, jangan lupa juga untuk mencuba satay Ayam dan Daging Madura. Walaupun satu hidangan tak banyak, tapi percaya lah sekali gigit pun dah puas hati sebab mecuba. Sos madura dia memang lain daripada yang lain. Sesuai dengan tekak orang Malaysia.



Ada juga ala-carte Indomie kalau korang jenis suka makan mee sahaja. Sesuai juga kalau ada banyak lauk lebih, kan best makan ni sambil kongsi ramai-ramai. Nampak macam banyak, tapi haritu kami 5 orang dewasa makan habis licin juga.


Soda Gembira RM6.00
Es Cendol RM6.00
Saiz Giant: RM8.90

Dua jenis air ni mesti cuba kalau datang ke Indobowl. Nama air ni memang masuk sangat dengan rupa, warna dan rasa dia. Saya paling suka dengan es cendol sebab saya suka minuman bersusu. Kalau korang jenis suka yang bersoda, boleh cuba soda gembira.

Jangan lupa pesan saiz giant, boleh kongsi dua orang.




Waktu Operasi:
11AM-10.30PM (Setiap hari)

Indobowl Cafe
72, Jalan Tasik Utama 7, LakeFields Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Contact: 019542 6869
Website: indobowlcafe.com
Facebook: www.facebook.com/indobowlofficial


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS