Monday, November 5, 2018

Rare! Makan di Restoran Tepi Highway Karak

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Siapa kat sini pernah dengar Tanah Aina Cafe di Shah Alam yang popular dengan menu masakan home-cooked meal? Dengar cerita mereka dah buka Tanah Aina Fareena Café & Restaurant yang dekat je dengan Kuala Lumpur.

Restoran yang baru sahaja dibuka kepada umum ini terletak di KM 54.3 tepi Lebuhraya Karak-Lentang, restoran ni takde lah jauh mana dengan Kuala Lumpur dan pekan Bentong. Kira macam baru nak masuk Pahang, jumpa dah restoran ni.

Siapa yang suka atau nak merasa makan dalam suasana dikelilingi hutan hijau, sesuai sangat untuk datang dan merasa sendiri pengalaman makan masakan Asia dan makanan tempatan di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant.


Uniknya di Tanah Aina Fareena Café & Restaurant, kebanyakan bahan mentah yang mereka gunakan adalah hasil daripada ladang dan kolam ikan yang sendiri. Masa masuk parking memang boleh nampak penuh kebun sayuran.

Ikan pulak ada beberapa jenis yang mereka bela. Ikan sungai mostly. Bila makan, dapat rasa ikan tu fresh dan tak berbau. Itu yang saya suka.


Dari tepi highway lagi dah boleh nampak papan tanda Tanah Aina Fareena Café & Restaurant. Kalau malam memang akan nampak banyak lampu kat sini. Tapi, apa susah, Waze kan ada, pakai saja terus jumpa. Bukan susah sebab tepi jalan je.

Ada 2 kawasan korang boleh letak kereta. Kalau datang dari KL, korang boleh parking disebelah sana. Tempat tu hanya berada disebalik jalan je. Tak payah risau sebab ada laluan jalan kaki untuk keseberang jalan.

Macam ni lah rupa jalan pintas laluan dari tempat parkir untuk ke restoran.


Lepas sampai tu, boleh la korang pilih nak duduk kat mana. Konsep kat Tanah Aina Fareena Café & Restaurant senang je, semua tempay adalah outdoor. Tak payah pening nak berebut nak makan tengok hijau pokok dan hutan.

Jangan lupa cari port yang dekat dengan sungai. Sambil makan, boleh layan deruan air sungai.


Saya suka dengan idea pengasas Puan Sri Shariffa Sabrina. Di Tanah Aina Fareena Café & Restaurant memang tiada konsep dekorasi yang tertentu. Ada bahagian akan nampak macam ala-ala Arab Parsi, ada yang nampak macam India.

Sebab tu suka sebab semua ada. Memang Puan Sabrina sendiri yang pilih dan deko restoran dia. Nampak personal touch dia suka jenis dekorasi yang simple, mewah dan liplap. :D



Ada banyak menu yang best disini. Kalau datang tak ramai, boleh order ala-carte, tapi kalau datang ramai saya sarankan korang cuba lauk dia. Antara menu istimewa yang korang kena cuba kalau singgah ke Tanah Aina Fareena Café & Restaurant adalah: 


Lamb Beriyani: RM25
Chicken Beriyani: RM22

Nasi Briyani dia rasa eksotik betul. Tak macam masakan nasi briyani yang saya selalu makan sebab yang ni rempah dia memang terasa. Kalau korang nak rasa macam mana rasanya kuah sup briyani yang asli, meh makan kat sini, macam tu lah rasa dia.

Kambing dan ayam yang dipakai pun besar porsi dia. Kalau saya ni, boleh kongsi 2 orang. Lagi satu, resepi kambing dengan ayam dia tak sama tau. Kambing dia lebih kepada rasa kosong kambing tu sendiri, ayam pulak dia ada sos istimewa ala-ala ayam masak merah.



👍 Sweet Sour Chicken (S/M/L): RM20/ RM35/ RM65

Saya suka menu sweet sour chicken ni sebab ayam yang dia pakai semua ayam isi. Lepas dan dimasak dengan sos masam-manis tu mereka akan grill kejap supaya sos tu masuk meresak ke dalam ayam yang telah digireng tepung tadi. Sedap.


👍 Mongolian Beef (M/L): RM45/ RM65

Ini antara menu yang saya suka di sini. Style masakan daging ni macam ala-ala gulai kari. Dahla daging dia hiris halus dan lembut, best je nak menyunyah. Porsi banyak dengan harga memang berbaloi sebab sedap. Saya makan ni dengan nasi je pun dah puas hati.


👍 Tanah Aina Fish Head Curry: RM55

Antara banyak-banyak menu yang saya cuba, paling saya suka Kari Kepala Ikan ni. Kat Kuala Lumpur susah sangat nak jumpa menu kari kepala ikan yang ikut resepi Penang, tapi kat Tanah Aina Fareena Café & Restaurant chef dia pakai resepi asli Pulau Pinang.

Kalau korang nak tahu apa beza resepi biasa dan resepi Penang, selalunya resepi asli Penang takkan pakai santan dalam kari ikan. Ada yang pakai, tapi tak banyak dan rempah kari kepala ikan dia lebih pekat dan kurang kuah.


 Ikan Siakap 3 Rasa (ikut harga semasa ikan)
 
 

👍 Ikan Talapia Steam Nyonya (ikut harga semasa ikan)

Ni pun salah satu menu kesukaan saya juga. Saya suka sebab ikan-ikan kat sini semuanya segar. Ye lah, amik daripada kolam ikan kat belakang tu je. Lepas tu, masakan untuk menu steam nyonya ni pun sedap yakmat.

Kuah dia ada rasa pedas-masam sikit. Tapi bila makan isi ikan tu dengan nasi, memang layan. Campur pulak dengan kuah kari tadi, rasa macam nak tapau bawak balik je.


👍 Tomyam Seafood (S/M/L): RM20/ RM39/ RM65

Merupakan salah satu menu hot di Tanah Aina Fareena Café & Restaurant. Tomyam dia meriah betul, kalau datang sekumpulan makan memang puas. Resepi yang lain daripada yang lain sebab tak pedas sangat tapi lebih kepada masam-manis gitu.

Manis tu datang daripada manis seafood udang dan sotong yang ada. Saya makan kuah tomyam ni ratah sahaja dengan nasi kosong pun layan. Memang favourite saya pun.

 

👍 Spicy Mussel (M/L): RM45/ RM80

Siapa suka pedas, menu ni sesuai untuk korang. Kerang masak pedas ni memang sedap dan senang je nak makan sebab mereka dah rebus betul-betul sebelum masak. Kerang habis, makan sos dia saja dengan lauk lain pun sedap juga.


Pineapple Prawn (M/L): RM48/ RM90


Kangkung Belacan (S/M/L): RM15/ RM25/ RM45



👍 Salty Egg Long Bean (S/M/L): RM15/ RM25/ RM45

Serious kalau datang ke Tanah Aina Fareena Café & Restaurant, korang wajib order kacang panjang salut telur masin ni. Saya bukan la suka sangat dengan kacang panjang, tapi yang ni memang boleh makan ratah macam tu je.

Sesuai sangat order ni then lepak minum teh tepi sungai. Ratah macam tu saja pun dan sedap gila.



👍 Fruit Juice: RM12



Bubur Pulut Hitam: RM5
Aneka kek: RM10/ sepotong
Tanah Aina Homemade Ice Cream: RM15



Tahu tak, Tanah Aina Fareena Café & Restaurant juga ada buat pakej "Back to Nature" untuk korang yang nak merasa pengalaman hiking mendaki bukit untuk ke Lata Fareena dengan syarat minuma 10 orang. Kalau tak cukup jangan risau sebab boleh campur dengan group lain.

Harga pakej yang bermula serendah RM100/ seorang termasuklah dengan sarapan pagi, guide mendaki, sesi minum kopi di Lata Fareena setelah sampai dan makan tengah hari. Seronok dapat hiking ke air terjun.


Kalau korang dari Tanah Aina Fareena Café & Restaurant dan nak pulang ke Kuala Lumpur, korang boleh buat pusingan-U di exit KM55.3 macam gambar kat bawah. Lepas exit Shell tu, disebelah kanan korang akan nampak terowong kecil. Pusing je kat situ.


Waktu operasi: Selasa- Ahad (8AM-10.30PM), Isnin tutup.

Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant
Lot 6073, KM 54.3, Lebuhraya Karak,
28750 Bentong, Pahang.
Contact: 09-2339112


With love,

15 comments:

  1. Seronok nya. Dah la makanan nampak sedap2. Tempat pun hijau je. Macam nyaman sangat je.

    ReplyDelete
  2. Wahh kemain jauh pi makan sana. Mendaki ke Karnak highway. Ni kalau org tau. Dia tak pi R&R dah. Sebab di sini lagi menyelerakan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sungguh menu-menu tu. Nasib baik baru lepas lunch. Kalau tak, mau mengidam jadinya. Hehe. Makin maju Tanah Ainna sekarang.

    ReplyDelete
  4. Kita yang selalu lalu blik kg kat sini pun tak tahu kat sini ada makanan sedap-sedap dan menarik memang best lah tengok semua hidangan hebat-hebat belaka kat sini nanti boleh datang bawa family makan kat sini lah...

    ReplyDelete
  5. wow! I dunno near highway got such yummy food to enjoy... Always just simply take any food just to not feel hungry je, during our journey..

    ReplyDelete
  6. Nampak menyelerakan lah makanan kat Tanah Aina ni. Akak pernah glamping kat Tanah Aina Fahad. Makanan yang disediakan kat situ pun sedap. Kali ni ubah angin leh try kat sini pulak.

    ReplyDelete
  7. Menarik la tempat ni. Boleh makan2 sambil menikmati alam. Gambar flat lay tu cantik, nampak hidangan sangat la sedap. Rasa macam jauh jugak nak ke Bentong-Karak. Huhu. Pilihan menu nasi beriani segala dan ikan sungai memang jadi kegemaran. Wahh craving!

    ReplyDelete
  8. Bestnya akan dekat sini. Sambil makan sambil tengok keindahan alam. SIap boleh mandi manda tu..hehee..Makann nya pun sedap-sedap belaka oii..terliur dah

    ReplyDelete
  9. tahu pasal tanah aina ni. tapi ni baru tahu yang dia buka cafe jgk.. semua makanan yang kat atas tu nampak sedap. lauk standard orng melayu kalau akan di restoran. hehe

    ReplyDelete
  10. Cantiknya restoran aina ni. View pon tenang je. Makanan tak yah cerita lah. Tengok gmbr pun dah rasa meleleh air liut. Nk kene singgah kalau lalu ke karak nanti. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Menariknye view! Nampak nyaman dan tenang je. Suka cara restoran ni. Sampai ke raw material dia buat sendiri. Awal2 mulakan bisnes ni nampak costly tp jangka panjangnya mereka jimat. Haha. Balik kg ganu nani nak singgah la sini.

    ReplyDelete
  12. Banyak nuga menu yang ada di Tanah Aina ni kan. Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Boleh singgah sini nanti kalau bercuti

    ReplyDelete
  13. sweet sour chicken tu nampak sedap. pastu yg salted egg long bean tu pun nampak unik. tak pernah lg jumpa mana2 kedai masak kacang panjang dgn telur masin. hehe

    ReplyDelete
  14. Sedap2 nya menu2 kat tanah aina cafe tu, tengok zayani makan, akak plak yang telan air liur

    ReplyDelete
  15. hehe I miss that place. nice kan so many good food macam hidden di sebelah highway. good for a wholesome meal with family and friends over there

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^