Sarapan Pagi Dengan Susu Dutch Lady

Hai dan salam sejahtera korang,

Tahu tak betapa pentingnya untuk kita ambil sarapan pagi? Walaupun korang tak lapar atau tak rasa nak makan, tapi tahu tak yang badan kita perlukan tenaga untuk memulakan hari setelah berehat pada malam sebelumnya.

Pengambilan sarapan pagi yang bagus boleh  meningkatkan daya fikiran mengelakkan kita daripada cepat mengantuk sebab kurang tenaga. Tahu tak, sarapan juga membantu menyelarasakan metabolisma badan kita. Jadi yang nak berdiet tu kena sarapan tau.

Kali ni saya nak kongsi dengan korang idea menu best untuk bersarapan dengan susu.

 

Tahu tak kenapa ramai pakar menyarankan kita untuk ambil susu sebagai sarapan pagi? Ini kerana dalam susu ada banyak nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita, terutamanya untuk anak yang sedang membesar.

Macam saya, saya suka minum Susu Dutch Lady PureFarm sebab susu ini kaya dengan semua nutrient yang tubuh badan saya perlukan untuk memulakan hari. Nutrien penting yang diperlukan untuk memulakan pagi kita adalah:

1) Kalsium: Untuk membantu tumbesaran tulang dan gigi untuk kanak-kanak dan mengekalkan tulang dan gaya hidup yang sihat.

2) Protein: Untuk membantu membina, mengukuhkan dan memulihkan tisu badan supaya otot dapat berfungsi dengan sempurna.

3) Vitamin A: Penting untuk kesihatan mata dan juga membantu untuk meningkatkan daya tumpuan selain daripada mengelakkan daripada rasa mengantuk.

4) Vitamin B2: Menyokong badan untuk menyah dan memproses tenaga daripada karbohidrat, protein dan lemak.

5) Vitamin D: Membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus dalam badan supaya berkerja secara optima.


Hari 1: Nasi Lemak dan Susu Dutch Lady PureFarm

Menu paling senang nak bersarapan orang Malaysia adalah nasi lemak. Nasi lemak mudah je nak dapat dimana-mana. Nasi lemak merupakan menu makanan berat yang sesuai untuk korang dapatkan tenaga untuk mulakan hari.

Sepingan lengkap nasi lemak ada karbohidrat daripada nasi, protein daripada kacang, ikan dan telur dan lemak daripada sambal serta nasi juga. Sesuai pasangkan dengan susu untuk lengkapkan keperluan nutrien harian badan.


Hari 2: Roti dan teh susu Dutch Lady PureFarm

Menu makanan yang saya selalu buat kalau nak cepat, tapi nak kenyang. Roti adalah pilihan yang terbaik sebab banyak menu boleh buat dengan roti. Kalau rajin lagi, boleh buat roti telur. Kalau kurang rajin, letak saja jem strawberry, butter atau kaya dalam roti.

Jenis saya, akan gunakan susu untuk buat air teh susu. Kelebihan gunakan susu Dutch Lady PureFarm adalah kerana susu ini kurang kandungan gula daripada susu pekat. Healthy kan! Kalau malas, minum je susu coklat Dutch Lady.

 


Hari 3: Smoothies Blueberry campur Susu Dutch Lady PureFarm

Antara menu simple dan sihat yang selalu saya buat adalah smoothies.Di rumah saya memang selalu akan ada buah-buahan dalam peti sejuk. Selain daripada blurberry, buah lain yang menjadi kegemaran saya ialah pisang, strawberry dan buah naga.

Cara nak buat mudah je. Sediakan buah (nak lagi sedap sejukkan sebelum blend supaya smoothies jadi sejuk nanti), segelas Susu Dutch Lady PureFarm, yogurt dan sedikit madu kalau korang nak. Lepas tu blend je semua sampai hancur. Easy.



Hari 4: Mee goreng dan susu Dutch Lady PureFarm

Sekali sekala nak juga makan mee goreng semasa sarapan. Nak makan di mamak takut terlalu banyak minyak, jadi buat sendiri pun senang saja. Suami suka makan mee goreng sebab menu ini simple. Kalau lebih boleh buat sebagai bekal makan tengah hari suami.

Tips nak sedap mee goreng kena hidangkan dengan bawang goreng. Baru layan.



Hari 5: Nasi goreng dan Susu Dutch Lady PureFarm

Saya selalunya akan rajin untuk masak nasi goreng sebagai sarapan pagi kalau ada banyak nasi putih yang lebih pada malam sebelumnya. Membazir saja nak buang kan, jadilah nasi goreng. Menu senang je sebab hanya campakkan bawang, nasi, sayur, telur dan sos sikit. 

Nak sedap tambahlah daging ke, ayam ke, fishball ke atau sosej. Siap nasi goreng simple.


Hari 5: Kurma blend Susu Dutch Lady PureFarm

Tak semua buah boleh buat sebagai smoothies. Untuk buah kering seperti kurma atau kismis, saya akan blendkan sahaja dengan susu Dutch Lady PureFarm. Tips nak bagi kurma lembut dan sedap adalah dengan rendam kurma didalam air panas malam sebelum nak blend.

Selain daripada susu kurma, saya juga selalu buat susu coklat (ya, campurkan dengan coklat bar) atau simply susu campur dengan kurma. Mudah dan menyenyangkan.


Penting tau untuk dapatkan nutrient seimbang untuk tubuh. Ada kajian di Malaysia yang kebanyakan orang kita tak dapatkan keperluan nutrien yang penting pada setiap hari. Bayangkan apa akan jadi kalau badan tak cukup nutrien.

Untuk dewasa, paling penting sarapan untuk ada kombinasi protein, vitamin D, kalsium dan tenaga manakala untuk kanak-kanak mereka sangat memerlukan vitamin D dan kalsium untuk tumbesaran tulang. Barulah tinggi.

Nak senang, minum je 250ml (segelas) susu Dutch Lady PureFarm, korang dah dapat 20- 25% keperluan nutrien harian. Baru boleh mulakan pagi korang dengan bertenaga.


Untuk maklumat lanjut:
Website: www.dutchlady.com.my
Facebook: www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk
Hashtag: #dutchladybreakfastchallenge



With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS