Beli 39 Helai Baju Dengan Harga RM10 Sahaja!

 Hai korang,

Percaya tak kalau saya cakap yang saya berjaya shopping sebanyak 39 helai pakaian dengan harga RM10 sahaja? Dan pakaian yang saya dapat tu semua elok dan masih boleh dipakai lagi. Susah nak percaya kan?

Tapi ini cerita betul, ya saya berjaya "tapau" 39 helai baju dengan harga RM10 sahaja di event Tapau Sab yang diadakan di Jalan Jalan Japan, 1 Shamelin pada setiap hari Sabtu pada setiap bulan.


Bila naik sahaja ke Tingkat 3, 1 Shamelin, memang dah boleh nampak kaunter di hadapan Jalan Jalan Japan. Bahagian ni memang disediakan sebagai lokasi khas untuk acara Tapau Sab. Setiap Sabtu terakhir di setiap bulan, pakaian yang terpilih akan diletakkan disini. 

Korang boleh pilih samada nak membeli 1 plastik dengan harga RM5 atau 3beg plastik dengan harga RM10. Macam saya, saya ambil 3 beg sebab barulah banyak pakaian yang saya boleh tapau. Kalau lebih tu boleh let go kat orang.


Dengan plastik tadi, korang bolehlah masukkan seberapa banyak pakaian yang korang mahu kedalam plastik tadi, asalkan jangan sampai koyakkan dan rosakkan plastik tu. Purata dalam 1 plastik korang boleh dapat dalam 10 helai pakaian.

Tips dia, kena pandai lipat baju tu supaya tak makan ruang. Untung saya kaki travel, maka memang selalu mengemas pakaian untuk jimatkan ruang. Maka banyaklah saya dapat. 

 

 

Antara jenis pakaian yang dijual adalah baju tshirt, blouse, skirt, short malah baju kanak-kanak juga. Dan semua lawa-lawa dan elok lagi. Tak rosak atau terkoyak pun. Terkejut juga sebab memang berbaloi sangat.

Boleh tahan banyak jenis juga pakaian yang ada. Comel-comel. Saya semestinya ambil baju yang tangan panjang dulu, barulah nanti boleh pakai masa nak jalan-jalan. Baju tangan pendek pun banyak yang lawa. Sesuai pakai kat rumah.



Dekat sejam shopping punya banyak baju saya ambil, beg baru 1 setengah yang terisi. Maka kena ambil lagi banyak baju. Masa ni memang dah niat nak cari baju untuk adik-adik dan selebihnya baju untuk sedekah.

Berbaloi sangat datang. Jujur cakap sebab sini baju dia elok lagi, jadi sangat sesuai juga nak buat sedekah kat orang yang tak berkemampuan. Alah, bukan mahal pun, RM10 aje kan.



Sementara shopping, suami saya menunggu kat tepi sambil approvekan pilihan baju saya. Alang-alang tu, boleh la minta dia tolong keluarkan pengangkut baju untuk proses melipat anti. Takde lah makan banyak masa.

Selain baju dewasa dan remaja, ada juga pakaian baju bayi tau. Tapi baju bayi ni tak setiap bulan. Jadi korang kena rajin datang pada setiap hari Sabtu pada setiap bulan untuk tahu apa pakaian khas pada bulan tu.

 

Dah siap pilih baju semua, boleh proceed untuk proses melipat dan memasukkan baju tadi kedalam pastik tadi. Jangan risau kalau takut baju tak cukup, sebab nanti boleh saja pergi ambil lagi baju. Sama jugak kalau baju lebih pun, boleh letak balik.

Satu yang saya suka adalah, kat sini boleh kata tiada had masa yang diberikan untuk korang memilih dan melipat baju. Jadi takde la nak rushing dan berebut dengan orang lain.


Tips melipat baju di Tapau Sab, Jalan Jalan Japan.

1) Lipat baju seperti dalam gambar dibawah.
2) Lipat pakaian senipis yang boleh.
3) Asingkan pakaian yang tebal dan nipis.
4) Masukkan pakaian yang tebal dahulu, kemudian yang nipis di atas.
5) Pandai susun ruang untuk masukkan baju kedalam plastik.
6) Jangan lupa untuk buang angin lebih dalam plastik supaya banyak lagi ruang.





Macam tak percaya saja kan 39 helai pakaian hanya perlu bayar RM10 sahaja? Nah saya sertakan resit. Total pakaian yang saya sepatutnya bayar adalah hampir RM100. Tapi kena tahu ya, RM100 di Jalan Jalan Japan memang murah habis.

Kalau korang nak cari barang lain, boleh masuk kedalam Jalan Jalan Japan. Kat sini pun banyak baju, kasut, alatan sukan, mainan, perkakas rumah, topi dan banyak lagi barang yang elok yang terpakai, yang dijual dengan harga sangat murah.

 

Tak percaya juga baju yang saya beli tu elok dan cantik-cantik? Nah tengok gambar. Semua elok dan cantik lagi. Sesuai untuk semua golongan umur. Baju untuk pakai kat rumah pun banyak. Kalau pandai styling baju mesti lagi lawa.




 Waktu operasi: 10AM - 10PM (Setiap hari)

Jalan Jalan Japan
1 Shamelin Mall, Unit L3-006, Tingkat 3,
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia

Facecook: www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia
Instagram: www.instagram.com/jalanjalanjapanmy


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS