Sabah Part 2: Gunung Kinabalu & Kundasang

Hai dan Assalamualaikum,

Lepas dah puas teroka Kota Kinabalu, saya nak bawa korang untuk ke kawasan Kundasang, yang merupakan kawasan yang dekat dengan Gunung Kinabalu. Jangan lupa bawa baju sejuk kalau datang kesini sebab siang pun sejuk, apatah lagi malam.

Perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu menganbil masa dalam 2 jam 30 minit hingga 3 jam. Memang agak lama, tapi perjalanan lama tu memang berbaloi sebab suasana di Kundasang memang cantik sangat.


Jemput baca blogpost saya dibawah untuk tahu kat mana lokasi dan port untuk mengambil gambar yang cantik. Cantik dia macam ambil gambar dengan lukisan. Tak sangka kat Malaysia pun ada view gunung cantik. Kita je tak reti nak hargai.



Liwagu Restaurant
Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah 

Antara restoran yang saya sarankan korang untuk datang lepak adalah Restoran Liwagu yang terletak di Gunung Kinabalu Park. Nak datang sini lagi seronok untuk minum petang atau makan malam. Barulah boleh merasa sejuk kabus kat gunung macam mana.

Harga makanan pun takde la mahal sangat. Saya boleh cakap harga dan menu dia pun standard. Saya suka sebab restoran ni tak terlalu ramai orang. Sesuai sangat kalau nak datang dengan pasangan korang sambil berborak di ruang tamu yang ada api panas.

Waktu operasi: Setiap hari jam  8AM-10PM




Desa Cattle Dairy Farm
 89308 Kundasang, Sabah
Contact: 088-889562

Kalau datang ke Kundasang, memang wajib untuk datang ke ladang lembu Desa Dairy Farm. Selain daripada dapat menikmati susu yang segar, korang juga boleh mengambil gambar ala-ala New Zealand kat sini dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Kat sini juga menjual produk tenusu seperti kaunter susu, cheese, gelato  dan ais krim. Tapi nak bagi tahu, banyakkan bersabar sebab barisan beratur untuk membeli susu dan menu tenusu mereka memang panjang, tapi deorang buat kerja cepat. Takde lah tunggu lama sangat pun. 

Waktu operasi: Setiap hari jam  8AM-5PM



Dengan bayaran masuk RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak, korang boleh masuk ke ladang ternakan deorang. Bukan sahaja ada 600 lebih lembu yang berbaka New Zealand, tapi juga ada kambing baka daripada Australia dan New Zealand.

Merasa lah juga saya untuk bagi lembu dan kambing ni makan rumput dan susu. Nak bagi makan rumput kena beli RM1, manakala susu pula RM1.50. Murah, berbaloi la dengan pengalaman. Haiwan ternakan pula memang gemuk, sihat dan bersih.



Kalau datang ke Desa Dairy Farm dan teringin nak tengok proses memerah susu pun ada. Disini, mereka akan perah susu lembu betina sebanyak 3 kali sehari. Menang baka lembu jenis Holstein Friesian ada banyak susu. Record kat sini, seekor lembu boleh dapat 45l litre susu sehari.

Ada lebih kurang 200 ekor lembu untuk diperah setiap hari. Jangan risau, lembu tu tak penat kalau kita perah susu dia secara kerap. Dia lagi suka sebab dia takkan sakit dan juga akan kurangkan stress lembu tu. Sebab tu lembu kat sini sihat belaka.



Sabah Tea
17, Kg. Nalapak, Jalan Ranau-Sandakan, 89309 Ranau, Sabah.
Contact: 088-879225

Sabah Tea merupakan satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan antara yang beberapa sahaja yang ada didalam dunia. Tanaman teh ini tidak disembur sebarang racun untuk serangga langsung, tetapi dijaga secara semulajadi.

Selalu orang datang ke sini untuk menikmati makanan dan teh yang dihidangkan di cafe Sabah Tea ataupun untuk ambil gambar cantik yang berlatar belakangkan ladang teh hijau dan Gunung Kinabalu, tapi ramai tak tahu specialnya ladang teh ni.



Kalau korang perasan, daun teh yang ada disini ada 2 jenis baka dan saiz. Daun yang lebih kecil asalnya dari China, manakala yang lebih besar asalnya dari India. Sabah Tea memang pakai dua-dua jenis daun ni dalam teh mereka.

Sebab itu kalau minum Sabah Tea akan rasa lain sikit dan special. Bau pun lebih kuat sebab mereka tak gunakan sebarang perasa dan pewarna tambahan.



Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti
Ranau Tagal Sg. Moroni
Contact: 088-876988

Pernah saya nampak posting spa ikan yang popular ni di Sabah. Boleh juga mandi kat sini, tapi, siapa yang sanggup nak berendam dengan ikan besar kat sini kan. Antara ikan yang saya nampak tempoh hari termasuklah ikan kelah, keli, tengas dan sebarau.

Bayar masuk hanyalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Dah bayar masuk, korang akan dapat sekali sepeket makanan ikan untuk diberikan kepada ikan. Barulah banyak yang datang kat korang. Sekali bayar, boleh duduk kat situ selama 15 minit maksima.

Waktu operasi: Setiap hari jam 8.30AM-5PM



Saya memang tak berani nak masuk kedalam, tapi orang yang buat tu semua cakap tak sakit pun. Hanya terkejut dan geli-geli je. Ikan keli tu pun chill je tak sengat pun. Saya yang duduk luar air yang cuak pulak tengok.

Tapi memang gemuk-gemuk ikan kat sungai ni. Ada juga rasa macam nak tangkap sekor dua dan masak ikan bakar ke, ikan tiga rasa ke, sure sedap. Tapi, macam sedap kulit manusia je. Haha



Poring Hot Spring
89300 Ranau, Sabah.
Contact:

Peminat mandi air panas semula jadi kena datang sini. Ada banyak jenis kolam ikut jenis mana yang korang nak. Saya suka sebab mereka masih lagi mengekalkan nilai semulajadi mata air tu. Kolam pun ada banyak pilihan. Ada kolam mandi dewasa, kanak-kanak dan rendam kaki je.

Selain daripada tarikan utama kolan air panas di Poring Hot Springs, ada juga tarikan yang lain disini. Ada Ladang Rama-Rama, Pusat Pemuliharaan Orkid, Taman Tropika, Laluan Kanopi Poring (Poring Canopy Walk), Tapak Bunga Rafflesia, air terjun dan Gua Kelawar.

Waktu operasi Poring Hot Spring : Setiap hari jam 8AM-6PM
Waktu operasi Poring Canopy Walk : Setiap hari jam 8AM-4PM



Sebenarnya saya kesini bukan untuk mandi air panas, tapi untuk ke canopy walk dia. Bayaran masuk untuk canopy walk adalah RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Canopy walk ni tak extreme sangat, hanya perlu hiking bukit sejauh 200 meter sahaja.

Hati-hati dengan laluan trek dia sebab trek masih trek tanah. Maka, kalau hujan memang basah dan licin. Walaupun 200 meter, kecerunan trek hiking boleh tahan memenatkan juga nak memanjat. Tapi Alhamdullilah, sampai juga saya. Yay!





Hotel Perkasa Mount Kinabalu 
W.D.T. 11, 89809 Ranau, Sabah.
Contact: 088-889511

Kalau korang mencari hotel 3 bintang dengan harga yang berpatutan beserta dengan lokasi yang dekat dengan Gunung Kinabalu, Hotel Perkasa Mount Kinabalu adalah hotel yang terbaik untuk korang. Boleh dapat bilik dengan harga serendah RM245+ semalam.

Ada beberapa pilihan bilik yang korang boleh pilih. Ada bilik sahaja, dan ada juga challet. Kat atas sini sejuk betul sampaikan bilik dia tak ada satu pun kipas atau penghawa dingin. Itu pun saya tidur berstokin dan selimut malam tu.




Kelengkapan bilik macam biasa, semua ada. Tinggal bawak diri sendiri je datang sini. Nak seterika kena minta, deorang akan bagi tanpa cas tambahan. Yang saya suka kat sini, cafe dan kedai di hotel ni tutup lewat malam, jadi adalah port nak melepak berborak.

Saya nasihatkan korang untuk bangun pagi seawal 4.30AM-5AM untuk tengok sendiri matahari terbit dari Gunung Kinabalu. Seriously cantik gila. Sayang saya tak berkesempatan untuk tengok sendiri, tapi nasib baik ada membe bagi gambar.

Kat sini, semua port bergambar yang cantik. Lepas tu, pihak Hotel Perkasa Mount Kinabalu pula ada sediakan balkoni untuk bergambar macam ni, lagi lah cantik gambar. Tak ambil gambar, tapi nak hirup udara pun best. Sejuk dan nyaman sangat.




Overall, memang saya puas hati sangat dengan Sabah. Bukan sahaja da pulau yang cantik-cantik, tapi permandangan hijau dia pun tak kurang hebatnya. Patutlah ramai orang suka dengan Sabah. Lepas ni boleh lah ajak family pula datang ke sini.


Saya ucapkan ribuan, terima kasih kepada pihak Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) kerana menjemput saya untuk sertai program Showcasing Tourism Products di bawah projek Tourism Productivity Nexus.


Baca juga tentang: Sabah Part 1: Nak Buat Apa di Kota Kinabalu?.

With love,

Post a Comment

3 Comments

Suria Amanda said…
Impian akak ni nak ke Kundasang...ramai cakap menarik dan sejuk sangat..harap dapat pergi satu hari nanti
Faeez Azmi said…
Pergh tak pernah pergi lg.. Next time pergi sama pls!

Btw, nice writeups and proud of u!
Illya LeYa said…
Masa pergi tahun 2005 dulu, xde pun lagi Desa Dairy Farm & Sabah Tea.. Ermm..ni yang teringin nak pergi semula ni..

Ni sempat wat video masa baru² belajar dulu..
Kenangan di Sabah & Sarawak

FOLLOWERS