Wednesday, December 5, 2018

Steamboat Halal & Murah di Kuala Lumpur

Hai dan Assalamualaikum korang,

Saya pernah cakap yang suami dan saya memang kaki steamboat dan grill. Antara port kami selalu datang makan adalah di Pak John Steamboat & BBQ. Kenapa kami pilih makan kat sini? Sebab utama adalah kerana dengan satu harga, kami dapat menikmati buffet steamboat dan grill.

Selain tu, harga makanan di Pak John Steamboat & BBQ pun murah dan sesuai sangat dengan bajet. Nak datang bawak satu family pun tak terasa sangat sebab harga berpatutan dan murah dengan kualiti dan amount makanan yang disediakan.

 Paling penting, makanan di Pak John Steamboat & BBQ adalah Halal.


Saya selalu datang ke Pak John Steamboat & BBQ di cawangan IOI City Mall sebab dekat dengan rumah. Jangan risau sebab harga buffet di mana-mana cawangan Pak John Steamboat & BBQ adalah sama. Beza dia kalau datang makan tengah hari atau malam je.

Saya sarankan untuk korang buat tempahan dulu sebelum datang. Bukannya apa, selalu juga saya tengok restoran ni full. Nasib baik selalu ada kosong untuk kami berdua. Sebab tu kalau datang ramai-ramai baik buat tempahan dulu.

 


Selalunya dah datang dan duduk, korang dah boleh mula pesan dan pilih jenis sup yang korang nak. Sebabkan mangkuk dia ada satu je, jadi hanya boleh pilih 1 sup je. Kalau korang datang ramai dan dapat banyak mangkuk boleh la rasa yang lain juga.

Kalau teringin nak rasa sup lain pun boleh, tapi kena habiskan sup memula tu dulu. Lepas tu baru boleh minta re-fill sup perisa lain pulak. Refill percuma tau. Antara jenis sup yang ada, adalah:

1) Sup udang
2) Sup tom yam,
3) Sup miso
4) Sup kari
5) Sup ayam

Fav saya sup tom yam, sup kari dan sup ayam. Yang lain pun worth untuk cuba. Sedap juga.


Lepas dah pilih sup dan panaskan bekas nak grill makanan tu, boleh la terus ambil makanan apa yang korang nak. Rambang perut tau datang sini sebab ada lebih daripada 160 jenis menu makanan disini. Jangan lupa datang masa perut kosong tau.

Kat buffet ada ayam, ikan, daging, makanan laut seperti udang, sotong dan kerang sampailah kepada menu steamboat seperti bebola ikan, ayam, sosej, sesola landak laut, kek ikan, dan pelbagai jenis pilihan sayuran untuk steamboat.



Tak cukup dengan tu, korang juga boleh minta hidangan daging hirisan premium tanpa cas tambahan. Hirisan daging premium yang ada adalah: Premium Beef Slice, Premium Lamb Slice, Premium Abalone Slice dan Premium Smoked Duck.

Hirisan premium ni memang hanya akan diberikan kalau korang minta. Jadi memang segar dan sedap. Makan lah banyak mana yang korang nak sampai kenyang.

 

Orang yang tak boleh makan daging tanpa nasi jangan risau sebab kat sini segala nasi, mee dan bihun pun ada. Ikut korang nak yang dah goreng ataupun nak masakkan sekali dalam steamboat.

Banyak juga pilihan makanan yang bergoreng kat sini. Jadi sementara nak tunggu daging atau ayam korang masak tu, boleh lah alas perut dengan makanan bergoreng yang mereka sediakan.

Boleh kata Pak John Steamboat & BBQ sesuai untuk semua golongan umur dan masyarakat. Sebab apa, bukan sahaja korang boleh enjoy makanan yang grill dan steamboat, malah makanan yang bergoreng pun ada. Pencuci mulut pun belambak.





Dah siap ambil apa lagi kan, grill lah. Kami suami dan isteri boleh kata pakar dah dalam meng-grill makanan ni. Kalau saya makan, suami akan tengokkan makanan, kalau dia makan, saya pula tengok. Rotate la menjaga makanan daripada hangus.

Sup paling senang sebab takkan hangus. Tapi semua makanan kat sini memang sedap dan wajib cuba. Contohnya, walaupun macam pelik je nak makan bebola landak laut, tapi bila dah cuba, sedap je. Siap ambil lagi tambah.



Pilihan sos dan sambal jangan cakap lah. Pening kepala nak pilih sos mana yang nak rasa sebab ada hampir 20 jenis sos dan sambal. Tinggal nak pilih je rasa yang macam mana korang suka. Ada yang masam, manis, pedas dan sos biasa.


Overall selama banyak kali kami berdua datang ke Pak John Steamboat & BBQ cawangan IOI City Mall ni memang berpuas hati dengan servis dan makanan mereka. Dahla sini bersih dan tak terlalu ramai orang.

Sampai saya pun dah bawa keluarga mertua dan kawan-kawan untuk makan kat sini. Dahla murah, Halal dan sedap. Kalau datang time promosi lagi berbaloi.




Harga:

Isnin-Jumaat
Lunch: RM32.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)
Dinner: RM42.90++ (Dewasa), RM17.95++ (Kanak-kanak)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM42.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)

Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya, Selangor.
Contact: 012-7050684
Facebook: www.facebook.com/pakjohn.ytf
 Instagram: www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq


Gambar oleh,


Write-up oleh,
 

2 comments:

  1. Betul... Hidangan steamboat & grill di Pak John mrmang sedap dan berbaloi..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^