BBQ Lamb KL Kemensah Ada Menu Baru

Salam sejahtera korang.

Sebelum akhir tahun 2018 yang lepas, kelab blogger, Propa Rangers dan LF Production telah mengadakan sesi Meet & Greet bersama dengan kumpulan Ukay's. Program makan-makan akhir tahun ini diadakan di BBQ Lamb KL Kemensah.

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai bersama dengan ahli kawan-kawan blogger yang lain sebelum tamat tahun 2018. Lagi seronok, aktiviti akhir tahun kami turut disertai oleh ahli kumpulan Ukay's iaitu Amy (keybordist), Tokjie (bassist), Faiz (gitaris) dan Achik Roslan (vokalis). 


Gathering ini juga diadakan sempena dengan menu terbaru yang dilancarkan oleh BBQ Lamb KL Kemensah dan juga kumpulan Ukay's yang mengeluarkan lagu dan video muzik terbaru untuk peminat mereka.

5 buah lagu baru untuk peminat Ukay's: 'I Love You, I Miss You', Terpaksa Ku Lepaskan', 'Hadirlah Kasih', 'Terseksa' dan 'Ku Relakan Kau Pergi'. Album ini diterbitkan hasil kerjasama diantara UK’S Records Entertainment dan Rusa Music. 


BBQ Lamb KL Kemensah

Restoran makanan yang berkonsepkan alam semula jadi ini terletak di Jalan Zooview, Kuala Lumpur. Untuk pencinta daging dan alam semula jadi, memang sesuai sangat lah korang datang kesini. Sesuai sangat nak bawa keluarga makan kat sini.

Menjadi keutamaan orang yang datang kesini, termasuklah saya untuk makan didalam sungai. Well, bukan makan sambil berendam, tapi makan sambil kaki di dalam air sungai yang mengalir. Lepas makan, boleh terus mandi sungai terus. Haha


Saya sendiri dah beberapa kali makan disini, dan apa yang saya boleh cakap adalah sayang memang berpuas hati dengan servis dan makanan yang dihidangkan.

Setiap kali nak datang, jangan lupa untuk buat tempahan sebab kalau tak buat takut pulak korang tak dapat nak makan kat sini sebab memang ramai orang. 

Lagi satu, disebabkan setiap pesanan makanan (daging, kambing, sotong, ayam, itik, dsb) yang dibakar secara fresh, makanya setiap kali korang pesan akan mengambil masa sikit. Lagi best buat tempahan supaya korang tak perlu tunggu lama.


Saya sendiri dah mencuba menu terbaru daripada BBQ Lamb KL Kemensah. Antara menu terbaru yang mereka hidangkan adalah hidangan skewer ni.



Set Daging: 
Daging, ayam, itik dan kambing.

Ada 3 sos yang diberikan dengan set ni iaitu: sos BBQ spesial, bawang putih dan mint. Tapi saya sarankan korang cuba dulu makan daging-daging tu tanpa apa-apa sos. Baru boleh rasa kesedapan dan kenikmatan daging tu. 

Proses membakar kambing yang mengambil masa lebih 1 hari setengah ini berbaloi bila daging yang dihasilkan oleh proses tu lebih lembap, manis dan sedap. Walaupun panggang biasa je, tapi rempah dia yang buatkan rasa sedap sangat. 

Daging itik paling sedap. Lembutnya dan terasa itik dia. Suka sebab mereka tak letak terlalu banyak rempah sampai boleh tutup rasa tik tu. Macam macam tu pun sedap, tak payah makan dengan 3 sos yang dia bagi.


Set Seafood:
Softshell crab, sotong, ikan salmon, lobster.

Selain daripada menu popular daging dan kambing, mereka juga menghidangkan menu makanan laut yang terdiri daripada: ketam berkulit lembut goreng tepung, ikan salmon bakar, sotong besar bakar dan cheese lobster bakar.

Suka betul saya makanan kat sini. Walaupun bakar, tapi masih tak terlalu kering. Chef yang masak ni tahu bila nak bakar dan bila nak angkat. Tak jumpa pun bahagian makanan mana yang tak masak. Part paling sedap, air seafood tu keluar lepas bakar, sedap tu.

Hidangan set ini sesuai dijamah bersama dengan pilihan yang diberikan iaitu sos salsa and sos tartar. Saya recommend korang cuba dengan sos salsa sebab saya suka sangat dengan sos tu.


Eh eh, pepatung pun nak makan BBQ ke?

Macam set mereka yang sebelum ini, setiap set yang sesua dimakan oleh 4 orang juga akan disediakan 4 nasi herba, 4 sup istimewa, 4 coleslaw dan air pilihan secara unlimited. Berbaloi betul kan set makanan dah siap semua macam ni.

Dah kalau tak cukup, korang juga boleh pesan makanan secara ala carte. Ye lah, takut berebut nak makan skewer dengan orang lain sebab sedap.


Waktu operasi BBQ Lamb KL:

Isnin-Khamis:
12PM- 4PM (lunch river)
3PM -6PM (hi-tea)
6PM- 10PM (makan malam)

Friday:
5PM- 6PM (hi-tea)
6PM10PM (makan malam)

Sabtu & Ahad:
12PM- 4PM (lunch river)
7PM- 10PM (makan malam)


BBQ Lamb KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Whatsapp: 012-211410
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah


Till then,

Post a Comment

2 Comments

ohooohoi makanan2 depaaa tayang tu kita terlio ni !!! ahahha..
Faeez Azmi said…
Sedap makanan dia tak tipuuu.. And kaki dlm air paling best 😅

FOLLOWERS