Tengok Wayang di Resorts World Genting

Hai dan Assalamualaikum korang,

Selalunya kalau pergi ke Resorts World Genting, mesti aku pening nak buat aktiviti apa kalau dah lewat malam. Nak makan, perut dan kenyang, nak pegi casino pula tak lepas. Sebab tu saya happy sangat bila Bona Cinemas dah buka.

Yay! Sekarang boleh la tengok filem pilihan korang secara atas awan. Dah dapat pengalaman daru dengan menonton filem setinggi 6,000 kaki atas awan. Bona Cinemas ni dah buka kepada umum bermula 1 Disember 2018 yang lepas.

Bona Cinemas terletak di Tingkat 1, SkyAvenue Mall di Resorts World Genting. Tak susah pun nak cari sebab memang panggung wayang ni terletak dilokasi yang sangat strategik. Kalau masuk SkyAvenue, mesti nampak.


Bona Cinemas, Resorts World Genting, menawarkan 2 jenis panggung iaitu IMAX Hall dan D-Box Gold Class Hall. Dua-dua pun best juga, tergantung kepada pilihan cerita yang korang nak tengok. Harga pun tak mahal sangat.

Bestnya di Bona Cinemas sebab mereka akan bagi snek percuma dengan setiap pembelian tiket. Kan dah jimat sekali tak payah beli snek. Nak makanan lain pun ada. Snek percuma pun dah sedap.



Sejak buka haritu, Bona Cinemas banyak menayangkan cerita filem Mandarin, Cantonese, English, Korean dan Thai. Filem yang masuk pun semua best, lebih murang sama je yang macam ada kat panggung wayang yang biasa.


IMAX Hall

Panggung wayang yang dilengkapi dengan teknologi IMAX. IMAX ini merupakan sebuah format filem wayang gambar dan piawaian tayangan panggung yang dicipta oleh IMAX Corporation. Teknik ini memang popular dah kat panggung wayang.

Senang cakap bila panggung wayang tu ada pakai IMAX ni, lebis best la skrin yang korang akan tengok. Skrin 10 kali ganda lebih besar dan lebar daripada yang tak pakai teknologi ni. Bila skrin besar baru la best nampak semua besar je.





Di Bona Cinema, mereka menyediakan kira-kira 240 kerusi untuk penonton mereka. Tak payah risau kalau takut tiket habis untuk tonton filem pilihan korang. Panggung pun besar, dengan kerusi yang luas, takde lah bergesel lengan dengan orang sebelah.

Memang lepas ni kalau bermalam kat Resorts World Genting, saya nak ajak suami untuk tonton wayang kat sini sebab panggung selesa, besar dan lengkap dengan teknologi panggung wayang yang terkini. barulah feel nak layan filem best.


Gold Class D-BOX

Tapi, kalau ada duit lebih, especially filem aksi, baik beli tiket untuk tonton di pawagan jenis Gold Class. Menariknya Gold Class, selain dilengkapi dengan teknologi IMAX seperti panggung IMAX, ia juga dilengkapi dengan teknologi D-BOX.

Setiap kerusi di panggung Gold Class boleh memuatkan 48 orang ini dilengkapi dengan sistem D-BOX. D-BOX ni merupakan sistem teknologi gerakan yang mempunyai 4 tahap kekuatan dia. Senang kata, masa tengok filem tu, kerusi tu akan bergerak-gerak.



Seronoknya korang boleh kawal nak gerakan kerusi itu kuat atau pelan, atau taknak bergerak. Kalau nak makan atau minum, boleh la off kejap gerakan tu. Layan betul kalau tengok filem aksi sebab gerakan dia sama dengan jalan cerita tu.

Bukan sahaja korang dapat kerusi bergerak untuk panggung ini, tapi, nak berehat tengok filem sambil feeling kat rumah pun boleh sebab boleh naikkan bahagian letak kaki dan kerusi pun dibaringkan sedikit. Selesa, nasib baik tak terlelap je.


Lepas ni boleh upload status kat Facebook atau IG Story cakap "Saya tengok filem Aquaman haritu di atas awan kat Genting Highland, korang tengok kat mana?".



Bona Cinemas
Tingkat 1, SkyAvenua Mall, Resorts World Genting
Contact: 03-61011118
Website: www.rwgenting.com


Till then,

Post a Comment

1 Comments

Intan Ahmad said…
Bestnya….tapi macam mana ye cara nak beli online ticket Bona Cinema ni ye miss?

FOLLOWERS