Pertunjukan Robot AI yang Pertama di Malaysia

 Salam sejahtera korang,

Saya teruja nak kongsi dengan korang yang pertunjukan AI robot yang pertama di Malaysia telah diadakan di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highland. Sempena dengan cuti sekolah ni, boleh la bawa keluarga untuk tengok persembahan robot AI ni.

Persembahan 20 robot AI ini termasuklah aktiviti seperti tarian, menyanyi dan mempersembahkan seni mempertahankan diri. Mesti korang kagum melihat ketangkasan dan fleksibiliti yang robot ini pamerkan. Macam-macam aksi rare ada.

 

Hello AI Robot Launch by NCT at Grand Ion Delemen Hotel

Persembahan robot ini telah dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia dan Kelab AI Malaysia untuk menarik minat dan kesedaran penonton kedalam teknologi dan penggunaan AI. 

Lagi best, kalau korang teringin nak dapatkan robot ni pun boleh dapatkan disini.Memang robot ini untuk dijual sebagai kegunaan korang untuk pelbagai fungsi. Contohnya untuk teman dan ajar anak kita belajar dibawah pengawasan.

Robot ini merupakan hasil produk AI dari syarikat NCT Group dan juga merupakan idea daripada Mr. Li Ce (pengasas Robot Dobi) ini. Projek robot AI ini merupakan hasil kerjasama antara Mr. Li Ce dengan syarikat NCT Group.



Percaya tak kalau saya cakap yang robot-robot ini telah memecahkan rekod dunia (Guinness Wor Record) dengan robot terbanyak yang menarik secara serentak dengan jumlah 1100 robot dalam masa 60 saat. Acara rekod dunia itu telah diadakan di Guangzhou, China.

1100 robot, banyak tu nak kawal dengan aplikasi dan suara sahaja. Tahniah kepada NCT sebab membawa inovasi ini dan berjaya mencipta rekod dunia terbaru dengan tarian robot yang serentak dan sempurna.


Tak sangka saya pun teruja tengok persembahan robot-robot AI ni. Bukan sahaja robot ni dapat buat gerakan kehadapan dan belakang, malah mereka juga boleh membuat gerakan seperti menari, dab, seni mempertahankan diri, berdiri sebelah kaki dan banyak lagi.

Kalau robot ni terjatuh, mereka boleh bangun sendiri dan mereka akan teruskan persembahan mengikut rakan robot yang lain. Unik dan menakjubkan.



 Spesifikasi Robot AI: DobiPro Robo 3

Robot jenis Dobi-High-End ini dikategorikan jenis robot seperti menyerupai manusia (humanoid). Ketinggian DobiPro Robo 3 adalah 48cm dengan berat 2.15kg, merupakan yang tertinggi dan paling besar dalam kategori robot Dobi.

Complexity: ★★★★
Inovasi: ★★★
Practical: ★★★



Jangan lupa saksikan persembahan robot AI yang pertama di Malaysia di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highland pada setiap hari. Persembahan akan diadakan di pentas utama dikawasan Restoran Kembali pada waktu makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Persembahan ini akan diadakan sebanyak 8 kali setiap hari pada jam 12.30PM, 1.30PM, 2.30PM, 3.30PM, 5.30PM, 6.30PM, 7.30PM dan 8.30PM.

Saya harap korang enjoy macam saya enjoy tengok persembahan awesome ni!


 Untuk maklumat lanjut:
Contact: 03-80643333
Email: dobi@nct.net.my
Facebook: www.facebook.com/nctgroupofcompanies1985


With love,

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Wow... Dukung "Dobi" si Robot AI macam dukung baby je tu

FOLLOWERS