Yay! A&W Buka Cawangan Baru di EkoCheras Mall

Hai dan Assalamualaikum korang,

Berita baik untuk peminat A&W sebab mereka baru sahaja buka cawangan terbaru mereka yang ke-47 di EkoCheras Mall. Dekat sangat dah dengan area rumah saya. Tahun ini, A&W menyambut ulang tahun ke-100 tahun di seluruh dunia.

Untuk informasi korang, cawangan A&W yang pertama telah dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1963 dan A&W merupakan syarikat makanan segera (fast-food) yang pertama dan paling lama yang beroperasi di Malaysia.

A&W Malaysia terkenal dengan menu hot mereka yang terdiri daripada RB, Chicken Coney dan Beef Coney dan mereka juga telah diiktiraf Halal oleh JAKIM.


Walaupun A&W memang tak hidangkan makanan tidak Halal, tapi kisah mereka nak dapatkan pengesahan Halal bukan mudah. Mereka kena tukar nama menu makanan seperti nama Root Beer kepada RB, dan Coney Dog kepada Chicken Coney dan Beef Coney.

Selain daripada itu, restoran makanan segera yang menghidangkan menu makanan Amerika ini turut menawarkan menu lain seperti RB, RB Float, Golden Aroma Chicken, Coney, Waffle dan pelbagai jenis Burger untuk peminat mereka.



Pembukaan Outlet ke-47 A&W Malaysia di EkoCheras Mall

Mac 2019 yang lepas, restoran A&W telah membuka cawangan mereka yang ke-47 di pusat membeli belah EkoCheras Mall. Pembukaan outlet ini juga turut disokong oleh artis, penyanyi dan pelakon Malaysia, Nabila Razali.

Pembukaan cawangan A&W ini dapat menyaksikan yang mereka telah meletakkan pelan terbaru untuk menaikkan kembali jenama restoran ini untuk dikenali di seluruh Malaysia. Pelan outlet pun diberikan nafas baru dan berbeza dengan outlet lain.




Teringat lagi pertama kali saya merasa A&W masa umur 12 tahun semasa ada program lawatan sambil belajar dulu. Terima kasih kepada kawan saya (dah tak ingat siapa) yang recommend kat saya. Dalam banyak-banyak menu A&W, paling saya suka dengan RB Float dan Curly Fries.

Tahniah saya ucapkan kepada A&W Malaysia. Semoga capai hasrat untuk membuka 60 outlet sebelum akhir tahun 2019 dan 100 outlet sebelum hujung tahun 2021.


A&W Ekocheras Mall
F-18, Ekocheras Mall, Taman Mutiara Barat, 56000 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap hari jam 10AM-10PM


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS