Monday, April 8, 2019

Fasha Sandha Duta Baharu InnerShine

 Hai korang,

Siapa yang tak kenal dengan rangkaian jenama Innershine daripada BRAND'S. Innershine yang popular dengan tagline "Cantik Dari Dalaman" baru-baru ini mengumumkan mereka kini bersama dengan duta jenama baharu, Fasha Sandha.

Sempena dengan tema "Cantik Semulajadi", yang bukan sahaja fokus kepada amalan kecantikan seperti penjagaan kulit dan penggunaan makeup, malah pengambilan makanan yang sihat turut mempengaruhi kecantikan dalaman dan luaran.

Innershine Pati Prun dan Innershine Pati Beri merupakan suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan dalam botol yang mudah dimunim dan dihadam oleh tubuh badan.


BRAND'S Suntory (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan Fasha Sandha sebagai duta jenama yang baharu untuk rangkaian Innershine Pati Prun dan Innershine Pati Beri. Tahniah Fasha. Memang cantik luaran dan dalaman Fasha ni.

Rezeki pegantin baharu ini, bukan sahaja menjadi duta kepada produk kecantikan ini malah, drama 14 episod yang dibintangi Fasha, Patah Sayap Bertongkat Paruh turut mendapat tajaan. Korang boleh tonton drama ini tu Astro Ria bermula3 April 2019.


Pencarian Wajah #Innershine Cantik SemulaJadi Kembali

Bermula dari 5 Mac hingga 14 April 2019, Innershine dengan kerjasama Watsons akan menganjurkan pertandingan Pencarian Wajah #InnershineCantikSemulaJadi2019. Sepanjang tempoh ini, seramai 30 orang pelanggan Innershine yang bertuah akan terpilih untuk menang.

Untuk sertai korang hanya perlu membeli pek 12 botol produk Innershine di mana-mana rangkaian Watsons secara luar atau dalam talian. Lepas tu, ambil gambar kreatif tentang rejim penjagaan kulit sambil paparkan Innershine dan upload gambar tu ke Instagram serta kapsyen kreatif. 

Jangan lupa hashtag #InnershineCantikSemulaJadi2019. Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu. Selamat berjaya!

 

Tampil Lebih Berseri dengan Innershine Pati Prun

Innershine Pati Prun dihasilkan untuk mereka yang mementingkan kesihatan sistem penghadaman. Bila sistem dalaman sihat dan bersih, korang boleh nampak sendiri hasil penggunaan Innershine Pati Prun ini dalam masa 12 hari.

Innershine Pati Prun diperbuat dari prun California yang tinggi dengan serat yang boleh membantu menyikirkan toksin dengan berkesan. Selain itu, ia juga mengandungi maltodextrin yang membantu menyihatkan sistem penghadapan dan menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.

Tambah lagi dengan kandungan Vitamin E dan kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas didalam badan.


Serlahkan Keremajaan dengan Innershine Pati Beri

Menariknya Innershine Pati Beri kerana diperbuat daripada 7 jenis beri premium: Blackcurrant, Blurberry, Chokeberry, Cranberry, Elderberry, Strawberry dan Acai Berry dari Eropah dan Amerika. Semua beri ini pula memang terkenal dengan kandungan aktioksidan yang tinggi.

Antioksidan memang sangat penting untuk kesihatan kulit sebab dapat melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu memperlahankan proses penuaan. Barulah kulit akan sentiasa berseri dan nampak lebih muda.

Selain itu, kandungan Vitamin A,C dan E dan Zink di dalam Innershine Pati Berijuga boleh membantu menjaga kesihatan kulit secara keseluruhan.


Innershine Pati Prun dan Pati Beri
Website: www.brandsworld.com.my
Facebook: www.facebook.com/InnershineClub
Instagram: www.instagram.com/innershineclub


With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^