Monday, May 13, 2019

Buat Pizza Hari Ibu di Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar (BNEY)

Hai dan salam sejahtera korang,

Baru-baru ni, saya telah dijemput untuk ke Sambutan Hari Ibu di Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar (BNEY) yang terletak di Bangsar. BNYE ni macam tadika/ playschool untuk kanak-kanak yang berusia 2 hingga 6 tahun.

Tahun ini, untuk sambutan hari ibu, BNEY mereka menganjurkan satu aktiviti membuat hadiah khas untuk ibu sempena dengan hari ibu. Aktiviti ini unik sebab kanak-kanak yang bersekolah disini dapat menunjukkan bakat kreativiti mereka dengan menghias kek.


Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar ditubuhkan pada tahun 2017 dan menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak dengan menggunakan silibus pendidikan Beaconhouse. Silibus Beaconhouse menggunakan Sistem Korikulum Sekolah Cambridge dan Beaconhouse.

Menariknya, BNEY bukan sahaja menekankan tentang kepentingan pendidikan awal, tetapi juga kreativiti, berdikari, keyakinan diri, nilai kekeluargaan dan banyak lagi. Bagus juga kecik-kecik dah tahu kepentingan nilai tu.




Seminggu sebelum Hari Ibu haritu, BNEY ada anjurkan sesi membuat hadiah untuk ibu. Ibu juga dijemput, tapi kalau tak dapat datang, jangan risau sebab nanti deorang akan bawa balik hadiah yang mereka buat tu untuk diberikan. 

Kanak-kanak ni diberikan Pizza Crusted yang telah dipotong kedalam bentuk 'hati', yang ditaja oleh Mission Foods, untuk mereka cipta dan hias pizza tu sendiri. Dalam aktiviti ini, mereka dapat serlahkan kreativiti mereka untuk hias menggunakan sos coklat, sprinkle dan buah-buahan.




Menariknya lagi, selepas siap pizza yang mereka hias tu, akan ada siap kad ucapan khas untuk diberikan untuk ibu masing-masing sempena dengan Hari Ibu. Masa mereka dapat berdikari untuk siapkan kad ucapan mereka. 

Lagi cute, lepas siap tu, mereka akan copkan tapak tangan dengan pewarna air kat kertas di kat ucapan. So cute! Boleh la mak-mak simpan kad tu untung kenang-kenangan kan.



Dah tengok budak-budak tu buat macam best pula kalau saya pun buat. Seronok megimbau kenangan zaman budak-budak sebab dapat peluang buat pizza untuk diberikan kepada ibu tersayang. Sebabkan mama saya kat Penang, saya hadiahkan ni kat mak mertua saya je.

Punya la pening nak hias macam mana. Bila dah dewasa ni, otak dah tak se-kreatif budak-budak. Padahal task mudah je, pakai buah tu dah hias saja diatas pizza tadi. Haha.



Itu yang saya suka di Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar (BNEY). Bukan sahaja mereka tekankan kepentingan pendidikan awal seperti matematik, sains dan bahasa, malah perihal tentang kehidupan pun dipupuk sejak kecil lagi.

Sempena dengan Hari Ibu,
 Mama, terima kasih untuk semua yang telah mama buat untuk saya. Saya tau tahulah samada saya boleh ke tidak untuk mambalas semua jasa dah kasih sayang mama yang mama dah curahkan kedalam hidaup saya. Selamat Hari Ibu, mama.



Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar
No 2, Lorong Bukit Pantai 7, off Lorong Bukit Pantai 8, 
Jalan Bukit Pantai, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Contact: 03 22015116



With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^