Thursday, May 16, 2019

Iftar 2019: Berbuka Puasa di Movenpick Hotel KLIA Sepang

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Kalau korang berada di kawasan KLIA, Sepang dan tengah cari port untuk berbuka puasa yang menghidangkan masakan kampung dengan harga dan suasana yang menarik, boleh cuba di Movenpick Hotel KLIA Sepang.

Bertemakan Iftar Warisan Kampung Buffet Ramadan, Restoran Temasya Movenpick Hotel KLIA Sepang menganjurkan buffer berbuka puasa buat kali pertama bermula dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019. Masa untuk berbuka di buffet ini adalah dari jam 6.30PM hingga 10.30PM.

 

Movenpick Hotel KLIA Sepang terletak di Sepang dan dekat je dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lebih kurang dalam 15-20 minit sahaja. Untuk ke hotel ini pun ada perkhidmatan van/ bus shuttle percuma.

Untuk bulan puasa ni, Movenpick Hotel KLIA Sepang menganjurkan menu buffet berbuka yang menghidangkan pelbagai menu masakan Melayu dan antarabangsa. Saya rasa bagus juga hotel 5 bintang ni buat buffet berbuka dan makan malam menu Melayu.

Teruskan membaca.


Antara menu yang spesial dan lain daripada yang lain di buffet berbuka Movenpick Hotel KLIA Sepang adalah menu rusa panggang. Pertama kali saya jumpa hotel yang hidangkan rusa panggang, tidak seperti kebanyakan buffet berbuka yang hidangkan kambing bakar.
Lebih menarik lagi, rusa ini dimasak dan dipanggang secara Venison Arabic Style yang membuatkan korang boleh rasa kelembutan dan rempah yang meresak kedalam daging tu. Disamping menu rusa panggang, menu ini juga dihidangkan sekali dengam Nasi Arab, Kuah Herba dan Sos Mint. 


Nasi: Nasi Putih, Nasi Bukhari, Nasi Arab.

Lauk Masakan Melayu: Asam Pedas Ikan Tenggiri, Rusuk Kambing Masak Kurma, Ketam Bercili Geylang Serai, Rendang Tok Daging Sapi, Udang Masak Lemak Cili Padi dan Belimbing Buluh, Ayam Bakar Bumbu Rojak, Ikan Goreng Berlada Sambal Sotong Sumbat, Sayur campur cendawan, Dalca Tetel Sapi.





Satay yang ada disini pun sedap juga. Bukan senang nak dapatkan satay ni sebab selalu habis sebab sedap. Terutamanya satay daging dia sebab lembut. Lagi layan makan satay ni sebab semua baru lepas bakar. Panas lagi masa makan. Kuah kacang pun sedap dan pedas.

Stall Satay: Satay Pak Dollah dan Ketupat, Kuah Kacang.


Stall Menu Bukan Masakan Melayu: Pelbagai pilihan Pasta, Margherita Pizza, Shawarma, Gorengan Cucur, Roti John, Roti Canai, Murtabak, Roti Telur, Sambal Ikan Bilis, Sambal Sardin, Kari Ayam dan Tandoori, Pasembor Padang Kota.




Selain makanan gorengan, di Temasya Movenpick Hotel KLIA Sepang pun ada menu ayam, daging dan makanan laut bakar. Paling saya suka sebab kalau makanan tu nak habis, mereka akan refill dan makanan tu tak sejuk sebab semua baru masak.

Stall Menu Bakar: Ikan Bakar Kuala Selangor, Sayap Ayam Pasar Malam, Beef Steak, Kepah Bakar, Otak-Otak Kempas.


Untuk peminat sayuran Melayu dan ulam-ulaman, mesti korang rambang mata dan selera tengok pilihan ulaman yang ada disini. Bukan sahaja sayuran dan ulam yang banyak pilihan, malah sos dan sambal pun banyak juga.

Kerabu: Kerabu Mangga, Kerabu Taugeh dengan Kerang, Kerabu Makanan Laut, Kerabu Pucuk Paku dengan Udang, Kerabu Daging Ala Thai, Kerabu Ayam, Kerabu Perut, Kerabu Nangka, Tauhu Sumbat, Acar Mentah, Acar Buah, Gado-Gado, Rojak Buah-Buahan.

Ulaman & Sayuran: Timun, Petai, Jering, Kacang Botol, Pegaga, Daun Selom, Ulam Raja, Jantung Pisang,Bendi, Kacang Panjang, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Terong Bakar, dan Daun Gajus.



Pilhan Sambal: Sambal Belacan, Sambal Mangga, Sambal Limau Kasturi, Sambal Tomato, Sambal Belimbing, Sambal Tempoyak, Budu dan Cencaluk.


Menu Pencuci Mulut: Pandan Gula Melaka Cake, Red Velvet Cake, Vanilla Fruit Cake, Pavlova with Fruit, Lemon Meringue Tart, Chocolate Tart, Tiramisu, Honeydew Fruit Pudding, Strawberry Fruit Jellies, Coconut Pudding with Raspberry Sauce, Cream Caramel, buah potong.

Pencuci Mulut Tradisional: Bubur Cha-cha, Bubur Kacang Hijau, Pelbagai Kuih Melayu.

Pencuci Mulut Spesial: Puding Roti dan Sos Vanilla, Umm Ali (Pusing Roti Style Arab), Pengat Pisang Bersago.



Pilihan air: Teh Tarik, Kopi Kampong, Nescafe, Air Tebu, Air Bandung, Air Soya, Air Teh Bunga, Air Jagung, Air Sarsi, Air Cincau, Air Sirap Selasih.

Stall istimewa: Ice Kacang Istimewa, Cendol Chowrasta, Ais krim, Lempeng dan sos.



Harga buffet berbuka di Movenpick Hotel KLIA
 Dewasa: RM125, Kanak- kanak & warg emas: RM63

Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid KLIA, 64000 Sepang, Selangor
Contact: 03-86618661 (Ext: 8728)




Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^