Saturday, May 18, 2019

Iftar 2019: Dewan Tengku Zara, Bangi

Assalamualaikum dan salam Ramadhan korang,

Siapa yang tengah fikir kat mana nak dapatkan buffet berbuka yang murah dan sedap di kawasan Cheras, Kajang, Bangi, Semenyih, Sungai Buloh boleh cuba berbuka di Dewan Tengku Zara yang terletak di Bangi. Ini merupakan kali pertama mereka anjurkan buffet berbuka.

Buffet Ramadhan di Dewan Tengku Zara ada pada setiap hari Rabu hingga Ahad pada jam 6.30PM-9.30PM bermula pada 8 Mei hingga 2 Jun 2019. Buffet berbuka ini diuruskan oleh katering daripada Azam Pandan Sdn Bhd.

Menariknya di buffet berbuka puasa di Dewan Tengku Zara, walaupun harga yang mereka tawarkan sangat murah (RM55 sahaja!), tetapi terdapat hampir 150 menu makanan yang berkonsepkan buffet Makanan Asli Melayu & Stall Makanan.


Sebelum ini, Dewan Tengku Zara sudah terkenal dengan sebuah lokasi majlis perkahwinan. Konsep dewan perkahwinan kat sini pun unik sebab dewan 3 tingkat ini memang luas dan besar. Lagi best sebab ada ruang parkir kenderaan dan bilik solat.

Lokasi dewan pun tak jauh dengan rumah saya, dalam 20 minit sahaja dari Cheras. Boleh lah ajak keluarga saya yang dari Pulau Pinang berbuka kat sini kalau mereka datang ke rumah nanti alang-alang harga pun tak mahal dan pilihan makanan pun banyak.

Tapi nak ingatkan, kalau korang datang dengan orang tua, atau yang tak larat berjalan, lokasi ini tak beberapa sesuai sebab tempat nak ambil makanan dengan tempat duduk tak sama tingkat. Sebab lokasi ini ada 3 tingkat. Nanti tak larat nak turun-naik tangga.



Manu yang paling hot kat buffet ramadhan Dewan Tengku Zara semestinya kambing bakar dia. Seriously kambing bakar kat sini merupakan antara yang tersedap yang saya rasa dalam banyak-banyak tempat yang buat buffet Ramadhan.

Bukan sajaka daging dia yang lembut dan tak kering, tapi sos blackpepper dia dan kombinasi dengan salad dan coleslaw dia memang sedap. Puas berbuka makan makanan sedap ni. Lepas makan kambing bakar, boleh terus rasa aneka ikan bakar dia pula.


Stall Istimewa 1: Nasi Mandy Arab, Ayam Mandy, Kambing Golek Arab, Ikan Bakar Keli, Ikan Bakar Kembong, Ikan Bakar Pari. 

Stall Istimewa 2: 4 Jenis Kerabu, 4 Jenis Ikan Masin, Pecal Kampung

Masakan Melayu: Daging Salai Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Tempoyak, Sup Tulang, Telur Itik Masak Lemak dengan Belimbing Buluh, Daging Tetel Masak Asam Pedas, Sambal Goreng Jawa, Siput Masak Lemak, Asam Rebus Keladi, Ayam Kuzi, Rendang Kerang, Sotong Sumbat, Udang Sambal, Masak Lemak Rebung dengan Perut, 5 Jenis Sayuran Hijau.

Ikan Spesial: Ikan Keli Goreng Berlada, Ikan Patin Stim, Ikan Pari Masak Asam Pedas Melaka, Kari Ikan Masin dan Terung, Talapia Masak Lemak Kantan, Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Kembung Rebus dengan Air Asam.






Selain daripada menu makanan berlauk dan Nasi Arab, korang juga boleh makan menu makanan ringan yang ada kat sini. So kalau tak makan nasi, aneka mee, bihun, laksa atau makanan yang ringan lain pun ada. Senang tak payah fikir nak makan apa.

Pilihan Makanan Lain: Nasi Ayam, Aneka Sup, Laksa Penang, Mee Kari, Char Kway Teos Kerang.






Untuk peminat street food atau makanan yang korang boleh dapatkan di bazar Ramadhan pun ada. Ada pilihan seperti Roti John, Apam Balik, Pisang Goreng, Keledek Goreng, Ubi Kayu Rabus dan banyak lagi.



Stall Khas Raya: Nasi Impit, Lemang, Ketupat Nasi, Ketupat Palas, Kuah Kacang, Rendang Minang, Serunding Daging dan Ayam.
Kuih-Muih: Aneka jenis kek dan pastri, kuih tradisional.

Pilihan Air: Aneka Jenis Minuman, Air Cincau, Air Sirap Selasih, Asam Boi, Air Kitara, Air Cendol, Air Teh Bunga, Air Mata Kucing, Soda Herb, Teh Tarik, Air Bandung.


Harga buffet berbuka puasa Dewan Tengku Zara, Bangi:
Dewasa: RM55, Kanak-kanak: RM27.50

Dewan Tengku Zara Bangi
Lot 1513-B Batu 18 1/2, Jalan Bangi, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Contact: 03-78400516/ 012-4750151/ 019-2495778


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^