Kulit Sihat Macam Lisa Surihani Dengan Cetaphil

 Hi dan Salam Ramadhan,

Sekejap je Ramadhan nak habis, minggu depan dah nak raya. Haritu, masa Cetaphil buat roadshow 'Syok Raya' di IOI City Mall Putrajaya, saya sempat pergi sebab nak dengar perkongsian tips penjagaan kulit semasa bulan Ramadhan dan persediaan Syawal oleh Lisa Surihani.

Siapa sangka, nak menjaga kulit wajah bukan sahaja perlu dijaga daripada luaran, malah dalaman juga. Memanglah kita kena cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit, tetapi, pemilihan makanan yang betul pun penting.

Cetaphil, sangat mementingkan konsep kecantikan secara keseluruhan. Bila kulit wajah sihat dan bersih, maka kita akan rasa yakin dengan diri sendiri. Siapa yang tak suka kulit muka nampak dan rasa sihat tanpa mengira warna kulit kan?


Perubahan pola tidur, makan dan hidrasi badan dalam bulan Ramadhan memang sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan dan reaksi kulit kita. Pemilihan makanan yang tak sihat pula menyebabkan mudah letih, tak bermaya dan cepat dahaga, semestinya menyebabkan kulit akan terasa kering.

Bagi Lisa Surihani, ada 3 regim penjagaan supaya kulit nampak sihat dan segar, iaitu Membersihkan, Melembapkan dan Melindungi. 

Lisa Surihani sendiri merupakan peminat dan pengguna setia produk Cetaphil Gentle Skin CleanserCetaphil Moisturizing Cream dan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ sejak dari 2 tahun lepas lagi. Sekarang pun ibu mertua Lisa pun dah mula pakai Cetaphil.


1. Membersihkan

Sangat penting untuk membersihkan muka dengan bersih terutamanya kita yang selalu buat kerja diluar. Kalau kulit dah bersih, baru lah nampak sihat, segar dan bernyawa. Jadi, penggunaan pencuci muka yang bagus pun penting tau.

Pencuci muka daripada Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan satu pencuci yang diiktiraf oleh pakar kulit. Cetaphil Gentle Skin Cleanser bebas daripada sabun, tidak terlalu kuat pada kulit, tiada penambah bau dan sesuai untuk semua jenis kulit muka.

2. Melembapkan

Saya ingatkan kalau kulit muka berminyak dah tak perlu nak pakai pelembap, tapi tidak. Tak kisahlah kulit muka jenis macam mana, pelembap sangat penting untuk mengekalkan dan menyeimbangi lapisan pelindung kulit.

Cetaphil Moisturizing Cream membantu kulit untuk mengekalkan kelambapan dalam jangka masa yang panjang, sekaligus membuatkan kulit lebih lembut dan sihat. Pelembut ini juga bebas daripada pewangi tambahan dan tidak melekit.


3. Melindungi

Bila kita tinggal di negara yang panas dan terdedah dengan matahari seperti di Malaysia, sangat penting untuk kita lindungi kulit kita daripada sinaran bahaya UVA dan UVB. Jangan ingat korang yang duduk di dalam banggunan tak perlu lindung kulit tau.

Mama saya sendiri pun pesan, bila masa muda lah kena mula jaga kulit daripada sinaran bahaya matahari, sebab nanti masa tua baru nampak kesan dia seperti pigmentasi. Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran bahaya.



Produk Cetaphil boleh didapati di semua Watsons di Malaysia dan juga di kebanyakan farmasi dan rangkaian farmasi di Malaysia.


Cetaphil Malaysia
Facebook: www.facebook.com/cetaphilmalaysia


With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS