Promo Vietjet: 1 Juta Tiket Kapal Terbang Murah

Hai dan salam sejahtera korang,

Cepat je masa berlalu, tahun 2019 pun nak masuk bulan Julai dah. Alang-alang Vietjet ada buat promosi ‘Fly for Love - Show your summer version’ dari 19- 21 Jun 2019, boleh lah rebut peluang untuk dapatkan 1 juta tiket ni.

Vietjet, merupakan syarikat penerbangan tambang murah dari Vietnam yang semakin meningkat naik dan popular dengan tawaran kadar tiket fleksibel, jimat kos dan pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Vietjet ada lebih kurang 400 penerbangan dalam sehari dan mengendalikan penerbangan mereka melalui 116 laluan di seluruh Vietnam dan antarabangsa termasuk Jepun, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Kemboja.


Mereka baru-baru ini telah menerima  menerima anugerah “Best Ultra Low-Cost Airline 2018-2019” dan penarafan tertinggi keselamatan dengan 7 bintang oleh laman web tunggal penarafan mengenai keselamatan dan produk AirlineRatings.com.

Sejak memulakan penerbangan pertama pada 2011, Vietjet telah menjadi syarikat penerbangan perintis, yang menjadi pilihan jutaan pelanggana menerusi promosi yang menarik, hiburan di dalam penerbangan, terutama pada musim perayaan .

Menariknya mengenai Vietjet adalah mereka menawarkan pengalaman penerbangan di dalam pesawat baharu dengan kerusi selesa dan makanan yang enak dan disajikan oleh kru kabin yang berdedikasi dan mesra.


Fly for Love - Show your summer version

Kempen terbaru khas untuk musim panas daripada Vietjet, ‘Fly for Love - Show your summer version’ ini menawarkan 1 juta tiket kapal terbang dengan harga serendah RM0 (*tertakluk kepada terma dan syarat).

Korang yang sedang mencari ke mana destinasi untuk percutian pada bulan Ogos sampai Disember pada tahun ini, boleh la usha promo ni. Masa ni lah nak dapatkan tiket penerbangan murah ke seluruh Vietnam. Rare juga destinasi ni.

Tiket-tiket promosi adalah untuk semua laluan domestik di Vietnam dan laluan antarabangsa dari Vietnam ke: 

Kuala Lumpur (Malaysia),
Bali (Indonesia),
Seoul, Busan, Daegu (Korea Selatan); 
Kaohsiung, Taipei, Taichung, Tainan (Taiwan),
Hong Kong,
Singapura,
Yangon (Myanmar),
Siem Reap (Kemboja), 
Bangkok, Phuket, Chiang Mai (Thailand),
dan juga semua laluan domestik dan antarabangsa dari Thailand.

Bukan itu sahaja! Surprise untuk mereka suka dengan cabaran, kaki cosplay berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif sebagai penumpang Vietjet dengan syarat mereka perlu berpakaian dalam pakaian cosplay semasa menaiki penerbangan Vietjet dari 1 Jun 2019 hingga 31 Julai 2019.


Fly for Love - Show your summer version

Tarikh promosi: 19-21 Jun 2019
Masa promosi: 1PM-9PM (Waktu Malaysia)
Waktu perjalanan: 20 Ogos 2019- 31 Disember 2019

Untuk tempahan tiket Vietjet:
Website: www.vietjetair.com
Aplikasi mobil: Vietjet Air 
Facebook: www.facebook.com/VietjetMalaysia

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Vietjet:
Facebook: www.facebook.com/VietjetMalaysia


Regards,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS