Review: Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Hello beautiful!

Mama selalu pesan, penjagaan kulit wajah memang dari muda lagi dah kena jaga, terutamanya saya yang dah nak masuk ke lewat 20-an. Kalau dulu setakat pencuci muka sahaja dah lengkap, tapi sekarang siap ada toner, sunblock, pelembap dan serum.

Haritu suami saya ada masalah breakout sampai banyak kesan hitam parut kat muka.Tak sangka lepas dekat sebulan pakai Antioxidant Serum daripada Sanny & Joleen Lifestyle muka suami nampak semakin baik. Saya pun suka dengan serum ni.

Rupanya produk penjagaan kecantikan daripada Sanny & Joleen Lifestyle Skin Care memang terkenal dengan produk mereka yang natural, dari sumber tumbuhan dan tidak menggunakan bahan kimia seperti SLS, paraben dan pewarna tambahan.


Serum ini sebeanrnya ada banyak kegunaan. Nak gunakan untuk kulit kedut bagi nampak muda pun boleh, melindungi kulit boleh, melembutkan dan melembapkan kulit pun boleh. Sesuai untuk semua jenis kulit wajah, tak kisahkan berminyak atau kering.

Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum mengandungi Vitamin E Tocotrienol yang terbukti mengandungi 40-60 kali tinggi antioksidan daripada Vitamin E Alpha-Tocopherol yang kebanyakan terdapat didalam produk lain.

Vitamin E Tocotrienol penting sebab boleh melindungi kulit daripada radikal bebas dan radiasi bahaya UV dengan membentuk lapisan pelindungan di atas kulit. Senang dah tak payah nak letak banyak-banyak sunblock nanti.

 

Untuk kulit muka yang berminyak macam saya, atau kulit kering macam suami, sesuai gunakan Antioxidant Serum ni sebab formula serum yang tidak berminyak dan tidak melekit sesuai dan semua jenis kulit. Cepat meresap, lepas pakai tu akan rasa sejuk je muka.

Vitamin B3 Niacinamide yang terdapat didalam Antioxidant Serum ini merupakan bahan yang sangat bagus untuk masalah kulit seperti tona kulit tidak sekata, kulit kusam, parut, pigmentasi, kulit kedut dengan cara membantu kulit menyembuhkan dan menyihatkan kulit.

Selalunya saya pakai serum ini selepas membersihkan muka, lepas toner baru pakai dalam 2 kali sehari. Kadang-kadang pakai sekali sehari sahaja pasa waktu siang sebab nak keluar. Sesuai juga nak pakai sebelum pakai bedas asas pada muka sebagai base.


Cara nak pakai pun tak susah. Memula letakkan beberapa titis Sanny & Joleen Lifestyle  Antioxidant Serum ke muka, kemudian ratakan keseluruh muka. Kalau rajin boleh la urut kulit wajah untuk membantu penyerapan serum.

Urut muka pun baik juga selain daripada membantu melancarkan darah kebahagian wajah, dapat juga membantu anjalkan kulit untuk kesan awet muda.Tak susah pun nakk guna sebab tekstur dia jenis senang meresap. Memang tak berminyak dan melekit.

Puas hati la pakai serum ni. Sebotol 10ml boleh takan dalam 2 bulan, itupun saya kongsi dengan suami sebab dia pun dah seronok pakai serum.



Harga Antioxidant Serum
10ml RM49.00
30ml RM97.00

 Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum
Beli online disini: sannyjoleen.com/product/antioxidant-serum
Beli di list farmasi: sannyjoleen.com/stores
 Contact: Whatsapp 018-2594403



With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS