Sunday, July 7, 2019

Produk Makanan Laut Terkini Pacific West Sempena Kempen Ceria Raya Feast

Hai korang,

Terima kasih saya ucapkan kepada Pacific West dan KL Tower kerana sudi menjemput suami dan saya untuk berbuka puasa tempoh hari. Tiap tahun dalam bulan pasa mesti Pacific West akan menjemput blogger untuk makan-makan macam ni.

Tahun ni, Pacific West membawa kami berbuka di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur. Menarik juga menu yang chef di Menara KL ciptakan untuk kami dengan menggunakan produk makanan laut daripada Pacific West.


Sejak dari kewujudan mereka di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah terkenal sebagai satu jenama makanan laut yang menawarkan produk makanan laut yang segar, mudah dan berkualiti. Ramai pengguna dan ahli keluarga mereka yang suka dengan produk ini.

Tujuan utama majlis ini adalah untuk memperkenalkan beberapa produk Pacific West yang terbaru. Saya suka dengan produk yang mereka tawarkan sebab produk makanan yang rare dan mudah nak masak. Produk tersebut adalah:

1. Deep Sea Frosty Fish Fillet
2. Tempura Prawns,
3. Tempura Seafood Combo
4. Sweet Chilli Fish Cocktails
5. Panko Coated Squid Strips


Pada malam berbuka puasa bersama dengan Pacific West haritu, kami telah dijamu dengan 5 hidangan istimewa yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, dan pencuci mulut. Menu ini disediakan oleh Chef Ringo dan Chef Halim.

Saya sebagai peminat makanan laut memang suka dengan menu dan produk mereka. Bukan sahaja sebab sedap, malah mudah dan cepat disediakan, harga yang berpatutan dan berkualiti. Menarik juga bila tahu produl Pacific West boleh dijadikan makanan yang berkelas tinggi macam ni.


Menu 1:
Toast Salmon Nigiri and Salt and Pepper Squid with Mentai Aioli

Masa mula dapat tu, macam terfikir, eh sushi? Tapi rupanya, chef dah tahu macam mana nak gabungkan produk Pacific West dengan makanan lain seperti makanan Jepun untuk hidangan antarabangsa. Mudah je nak buat makanan tu nampak mahal.

Pepper squid dia jangan cakap lah, memang saya selalu beli dan goreng makan dirumah. Makan dengan nasi dan sup kosong pun dah cukup, inikan pula siap ada sushi bersama dengan sos krim tu.


Menu 2:
Popcorn Fish Satay with Peanut Sauce,
Vietnamese Spring Roll with Breaded Torpedo,
Prawn and Nuoc Cham


Menu 3:
Dusted Baby Squid with Creamy Prawns Bisque

Menariknya sup ini, chef campurkan sotong dan udang sekali. Cara mereka buat adalah dengan menggunakan air rebusan kulit udang dan blend bersama dengan sotong dan udang dengan sedikit campuran cili untuk rasa.

Pertama kali saya rasa sup macam ni, rasa yang unik. Saya makan sambil cicah dengan squid strip, dan memang sedap. Dihidangkan panas, memang layan.


Menu 4:
Cod Fish Finger with Honey Tomato Sauce,
Tempura Prawns and Tempura Natural Calamari Rings

Nampak macam sikit, tapi mengenyangkan. Simple saja hidangan makanan utama kami, sesuailah dhidangkan selepas sup. Dalam hidangan ini ada kentang separa hancur yang dicampur sedikit rempah, sayur, bersama dengan calamari rings dan cod fish finger.

Saya suka gabungan kepada semua makanan di atas pinggan ni. Walaupun makanan ini sedap dimakan sendiri, tapi bila digabungkan, tambah dengan sos tu, rasa dia memang lain daripada yang lain. Terus jadi makanan mahal.


Menu lain-lain:

Sweet Chilli Fish Cocktails
Panko Coated Squid Strips

Dua produk makanan daripada Pacific West kat bawah ini merupakan antara 2 kegemaran saya. Bila dah cuba makan, memang tak boleh stop dah sebab memang sedap. Seronoknya, saya boleh beli sendiri produk ni dan masak dirumah. Kalau buat open house hidangkan ni, sure best.

Korang kena cuba Sweet Chilli Fish Cocktails sebab ini merupakan hidangan yang paling istimewa. Isi ikan yang disaluti dengan tepung bersama campuran gula dan garam, membuatkan rasa dia sedap sampai tak tercakap. Sedap gila!



Produk Pacific West boleh didapati di mana-mana pasaraya besar dan pasar raya diseluruh Malaysia seperti di Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi.


Untuk maklumat tentang Pacific West,
Website: www.pacificwestfoods.com
Facebook: www.facebook.com/pasificwest.my


With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^