Projek Ganti Rumah Baru oleh Upper Label Sdn Bhd

 Hai dan salam sejahtera korang,

Siapa yang tak suka kalau ada pihak yang sanggup nak menaikkan tarafkan rumah flat kos rendah kepada apartmen kos sederhana secara percuma kan? Itulah rezeki penduduk di 3 blok flat Taman Segar bila projek CSR ini dilancarkan.

Projek CSR yang dijalankan oleh syarikat hartanah, Upper Label Sdn Bhd dengan kerjasama Sri Binaraya Sdn Bhd akan menggantikan 300 rumah flat 500 kaki persegi kepada apartmen 900 kaki persegi secara percuma kepada 300 pemilik rumah flat ni.


Bila fikirkan masalah rumah flat yang dibina pada tahun 1980 ni, memang banyak. Antaranya seperti masalah paip bocor, keretakan di dinding, tiada lif untuk warga tua dan banyak lagi. Ye lah, rumah pun dah 40 tahun, mesti nak kena naiktaraf.

Kira baguslah syarikat Upper Label sanggup bantu penduduk dengan menyediakan kemudahan naiktaraf pembinaan rumah yang baru tanpa cas kepada penghuni flat di Taman Segar.





Segar Residences

Segar Residences yang dijadualkan siap lagi 3 tahun akan dibina dengan 900 kaki persegi dengan 3 bilik seunit, juga dilengkapi dengan kemudahan seperti lif, gimnasium, kolam renang, lot parkir, surau awam dan banyak lagi.
Dengan lokasi yang sangat strategik, terletak berdekatan dengan MRT Stesen Mutiara, dan dekat dengan kompleks membeli belah Cheras Leisure Mall dan EkoCheras Mall meletakkan Segar Residences di lokasi yang strategik untuk penghuni baru nanti.

Projek perumahan mampu milik Segar Residences yang akan dibina sebanyak 1142 unit, bakal dijual dengan harga yang sangat mampu milik iaitu serendah RM300,000 seunit kondominium.


Usaha CSR oleh Upper Label Sdn Bhd turut disokong oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Tuan Haji Khalid Abdul Samad. Dah dapat sokongan menteri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, barulah penghuni flat Taman Segar ni rasa yakin dengan projek ni.

Sempat juga haritu saya menyaksikan majlis penyampaian perjanjian ganti rumah dengan memorandum persefahaman diantara Upper Label Sdn Bhd dan Ahli Komuniti Bersama Flat Taman Segar sambil disaksikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad.

Happy je nampak wajah bakal penghuni Segar Residence. Kalau macam tu, saya pun nak juga.



Upper Label Sdn Bhd dan Sri Binaraya selama ini memang terkenal dengan projek menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Wilayah PErsekutuan. Antara projek mereka yang telah siap sebelum ini adalah projek Pandamas 2 (sebuah projek RumaWIP).

Tahniah saya ucapkan kepada penduduk Flat Taman Segar sebab dapat rumah baru, dan juga kepada pihak Upper Label Sdn Bhd atas kejayaan projek CSR ni. Tak sabar nak tengok rumah tu nanti kalau dah siap. Selamat maju jaya!



Untuk maklumat lanjut tentang Upper Label Sdn Bhd:
Contact: 09-91338333/ 03-91337070
Email: upperlabel.info@gmail.com


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS