Jumpa Player Dota 2 Team OG & Ceb says Ceeeeebbbb!

Hi korang,

Sekarang tengah hot musim kejohanan terbesar Dota 2 di dunia, The International 2019 (TI9). Minggu lepas saya berpeluang untuk berjumpa dengan pemain dari kumpulan OG yang telah menjadi juara kejohanan TI8 yang lepas.

Team Red Bull OG berada di Malaysia untuk sesi boot-camp sebelum ke lokasi TI9, di China. Mereka juga telah melancarkan dokumentari tentang perjalanan mereka untuk membawa pulang Piala Aegis TI8 beserta wang tunai sebanyak USD 25Juta.

Dokumentari "Against the Odds" dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia, dianjurkan oleh penaja utama pasukan OG, iaitu Red Bull bertempat di Sunway University.



"Against the Odds" menceritakan perjalanan penubuhan pasukan OG, jatuh dan bangun, kesusahan mencari pemain dan jurulatih, masalah persahabatan sampai mereka berjaya menjulang piala kejohanan dan membawa pulang nilai wang terkumpul yang paling tinggi dalam sejarah esukan. 

Bayangkan pasukan dengan ahli baru yang ditubuhkan 3 bulan sebelum TI8, dan boleh menang kejohanan terbesar Dota 2. Dokumentari yang berdurasi 1 jam 20 minit ini boleh ditonton secara percuma di Red Bull TV.

Ahli pasukan Red Bull OG terdiri daripada 5 pemain utama,  Johan “N0tail” Sundstein, Sébastien “Ceb” Debs, Jesse “JerAx” Vainikka, Anathan "ana" Pham, Topias “Topson” Taavitsainen dan jurulatih Cristian “ppasarel” Banasean.


 

Pasukan Red Bull OG merupakan satu pasukan underdog sebab ramai tak sangka mereka boleh menang TI8 dengan ahli pasukan yang baru 3 bulan bermain bersama. Tapi, mereka cuba membuktikan yang mereka layak ke TI 2018.

Dalam dokumentari ini nampak macam mana esports mengubah haluan hidup pemain, dan bagaimana mereka bangun daripada bawah untuk bertanding dan menjuarai kejohanan terbesar Dota 2 di dunia.

Bayangkan macam mana down N0tail apabila rakan sepasukan, kawan baik yang juga kapten dan pengasas bersama mengambil keputusan untuk keluar daripada pasukan. Sure sedih gila. Dahla 8 tahun bermain bersama dalam OG.



Berkenaan dengan kejayaan mereka memenangi TI8, kapten pasukan Red Bull OG, N0tail cakap, “It was a sweet victory". Perasaan dia masa menang TI tu macam-macam. Ada gembira, sedih, bangga dan yang paling sekali, puas hati.

Terima kasih kepada Red Bull OG sebab memilih Malaysia sebagai lokasi tayangan perdana untuk dokumentari ini, dah juga sebagai hub boot-camp untuk sekali lagi meraih peluang memenangi TI9 pada 20-25 Ogos 2019 di Shanghai, China.


Meeting Dota 2 OG & Ceb says Ceeeeebbbb!







Tentang kejohanan The International (TI)

TI merupakan sebuah kejohanan Dota 2 yang terbesar didalam arema esports yang diadakan setiap tahun. Setiap kali siri kejohanan akan menampilkan 18 pasukan yang mencuba untuk dapatkan piasa Aegis. TI juga menawarkan hadiah wang tunai yang terbesar di dalam sejarah esukan.

Saya harap OG berjaya mencipta sejarah menjadi pasukan pertama yang berjaya memenangi TI lebih daripada sekali. Deorang ada peluang untuk menang lagi sekali sebab gameplay konsisten. Semoga berjaya saya ucapkan, Fighting!.


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS