Vivo Lancarkan Vivo NEX3 Pada Harga RM3899

Hai dan salam sejahtera,

Baru sahaja haritu Vivo keluarkan Vivo V17, dan pada September 2019 baru ini, mereka melancarkan telefon pintar yang terkini dengan ciri-ciri yang lebih hebat, Vivo NEX3. Vivo NEX3 menjanjikan untuk memberi penggunanya pengalaman yang lebih premium.

Vivo NEX3 keluar dengan ciri-ciri yang lebih premium dan moden iaitu dengan paparan skrin Waterfall Fullview Display, Tiga kamera (Triple-Camera) termasuk kamera utama 64MP yang dilengkapi dengan fungsi AI.


Vivo NEX3 direka dengan skrin penuh berskala hingga 99.6% dengan kebesaran 6.89 inch. Keluasan skrin ini direka khas untuk memberikan pengalaman penggunaan yang premium dan penuh kepada pengguna NEX3.

Dengan penggunaan POLED Waterfall FullView Display, paparan skin kini lebih luas dengan bahagian tepi telefon melengkung tanpa ada sempadan penghujung di skrin. Kalau korang nampak, tepi telefon pun masih boleh nampak skrin. Luas kan.



Dengan fungsi POLED Waterfall FullView Display, NEX3 sengaja direka untuk sorokkan sebarang butang fizikal daripada pandangan sebab nak memberikan pengalaman dan fungsi penggunaan yang lebih maksima dengan view skrin yang lebuh luas.

NEX3 dilengkapi dengan fungsi Touch Sense yang direka untuk bertindak balas dengan pergerakan tangan dan jari, sama macam bila kita pakai telefon biasa yang ada butang untuk tekan tu. 

Contohnya kalau nak unlock telefon, tak payah dah tekan butang apa-apa sebab ada sensor pergerakan tangan. Siap ada In-Display Fingerprint Scanning untuk mereka yang pentingkan tentang keselamatan dan nak unlock telefon dengan lebih pantas.


Vivo NEX3 menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 855 dengan UFS 3.0 High Speed Flash Memory untuk fungsi penggunakan yang lebih lancar. Dilengkapi memori sebesar 128GB dengan 8GB RAM didatangkan dengan dua pilihan warna: Liquid Tianhe & Deep Air Streamer.

Juga dilengkapi dengan kapasiti bateri 4500mAH serta fungsi FlashCharge 22.5W dan C-DRX power-saving mode, sesuai sangat untuk mereka yang selalu buat kerja dengan menggunakan telefon pintar tapi tak ada banyak masa nak cas telefon.


Direka khas untuk mereta yang suka selfie atau mengambil gambar dengan Mode: Portrait, telefon pintar Vivo NEX3 dilengkapi dengan fungsi Portrait Master Hyper HD yang direka khas untuk fungsi portrait, supaya gambar nampak lebih tajam dan tak pelik.

Selain itu, ada juga fungsi Pro Mode yang boleh membantu korang ambil gambar dengan cantik dan sesuai dalam apa jua keadaan. Tak kisahkan gambar malam ke, siang ke, jauh atau dekat sebab semua fungsi ini akan dibantu dengan AI.

Tak dilupakan, signature Vivo, dengan kamera depan terangkat (Elevating Front Camera) 16MP.

16MP Elevating Front Camera (Kiri) dan Fungsi Portrait Beauty Mode AI (Kanan)

Fungsi 13MP Telefoto (kiri) dan Kamera biasa (kanan).

Kamera biasa 64MP (kiri) dan fungsi 13MP Ultra-Wide-Angle (kanan)

MAIN CAMERA

Dengan rekaan triple camera  (3 kamera), termasuk kamera utama 64MP, fungsi kamera ini ada fungsi AI untuk membantu korang ambil gambar yang cantik dan sempurna sesuai dengan keadaan sekeliling.

Triple camera: Terdiri daripada fungsi untuk 64MP Rear, 13MP Wide-Angle dan 13MP Telescopic).

Vivo NEX3 juga dilengkapi dengan fungsi Video 1080p (30fps) untuk paparan dan pengambilan video yang lebih jelas.



Spesifikasi Vivo NEX 3 

NETWORK
Technology: GSM / CDMA / HSPA / EVDO / LTE

BODY
Dimensions: 167.4 x 76.1 x 9.4 mm (6.59 x 3.00 x 0.37 in)
Weight: 217.3 g (7.65 oz)
Build: Front/back glass, aluminum frame
SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)

DISPLAY
Type: Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size: 6.89 inches.
Resolution: 1080 x 2256 pixels (~363 ppi density), HDR10

PLATFORM
OS: Android 9.0 (Pie); Funtouch 9.1
Chipset: Qualcomm SDM855 Snapdragon 855+ (7 nm)
CPU: Octa-core (1x2.96 GHz Kryo 485 & 3x2.42 GHz Kryo 485 & 4x1.8 GHz Kryo 485)
GPU: Adreno 640 (700 MHz)

MEMORY
Card slot: No
Internal: 128GB 8GB RAM, UFS3.0

SOUND
Loudspeaker: Yes
3.5mm jack: Yes, 32-bit/192kHz audio, Active noise cancellation with dedicated mic
WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
Bluetooth: 5.0, A2DP, LE
GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS
Radio: No
USB: 2.0, Type-C 1.0 reversible connector, USB On-The-Go

FEATURES
Sensors: Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass

BATTERY
Non-removable Li-Po 4500 mAh battery
Charging: Fast battery charging 44W


Harga Vivo NEX3: 
RM3899

Dengan setiap order dan pembelian Vivo NEX3, korang akan dapat hadiah istimewa iaitu berus gigi elektrik serta kad waranti 1 tahun untuk skrin telefon pintar NEX3.


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS