Kentang Goreng Paling Sedap Dari Belgium

Hello kawan-kawan,

Saya memang peminat kentang, tak kisah apa jenis makanan yang melibatkan kentang, semua saya suka terutamanya French Fries atau kentang goreng. French Fries kegemaran saya, adalah yang kentangnya dari Belgium. 

Sebenarnya asal usul kentang goreng/ French Fries bukanlah dari Eropah, tetapi berasal dari Peru. Negara Peru yang mula-mula memperkenalkan kentang goreng sejuk beku ke Amerika. Bayangkan, di Peru sahaja, ada lebih daripada 3000 (ribu) jenis kentang yang berbeza.


Disebabkan orang Malaysia pun suka makan kentang goreng, termasuklah saya, Malaysia sahaja import hampir 400ribu tan kentang dari Amerika Syarikat pada setiap tahun, manakala kentang dari Belgium pula sebanyak 13ribu tan.

Tapi ramai orang Malaysia yang taktahu lagi tentang kewujudan kentang Belgium ni. Saya suka Belgium Fries daripada kentang goreng yang biasa sebab tekstur dia yang lebih tebal dan berisi, tapi rangup diluar. Bila dah goreng, warna dia nampak kuning keemasan. Sedap!

Kentang dari Belgium kini dikenali sebagai antara kentang goreng yang paling sedap didunia, maka ramai orang yang mula nak mencari Belgium Fries atau orang Belgium panggil frites


Kentang dari Belgium juga terkenal dengan kualiti kentang yang dihasilkan sebab dihasilkan dari lokasi ladang kentang yang terbaik berdasarkan dari faktor iklim dan tanah yang sesuai dengan perladangan kentang dan ilmu perladangan kentang yang ada.

Kalau korang ke negara Eropah yang berada di tengah kawasan HAFPAL (Hamburg, Paris & London),  mesti jumpa banyak kiosk kecik tepi jalan yang menjual kentang goreng original Belgian, dan yang bestnya inshaAllah Halal sebab deorang gunakan minyak kepala sawit untuk menggoreng.

Lagi satu kat sana, proses menggoreng memang tak campur dengan makanan lain sebab kentang goreng merupakan makanan jalanan/ street food yang popular disana. Orang kat sana memang akan makan kentang goreng ini dengan sendiri, tak campur set dengan burger macam kita selalu makan tu.


Saya sempat ke Pameran Food & Hotel Malaysia (FHM) yang ke 15 pada 24-27 September 2019 yang lepas bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre untuk merasa sendiri kentang goreng yang asli dari Belgium.

Flanders Agricultural Marketing Board (VLAM), badan syarikat persatuan kentang di Belgium telah membawa 5 syarikat Belgian yang berpengalaman dalam mengendalikan kentang goreng yang terbaik, iaitu Agristo, Bart's Potato Company, Clarebout Potatoes, Ecofrost dan Mydible.

5 syarikat terpilih ini merupakan 5 syarikat terbesar yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga di Belgium. Mereka ini berpengalaman sampai dah berjaya import kentang dari ladang mereka hampir ke 100 lokasi di seluruh dunia dah kali ini mereka nak masuk ke pasaran Asia Tenggara.

Dalam pameran ini, saya berpeluang utuk berjumpa dengan duta kentang goreng Belgium, James Bint yang merupakan figura komik Belgian Fries yang selalu digunakan untuk mempromosikan kentang dari Belgium. 


Masa berborak dengan Mr Matthias Vanheusden, wakil dari Kedutaan Belgian di Kuala Lumpur, beliau ada bagi tahu yang ada sebuah kafe di Kuala Lumpur yang menghidangkan kentang goreng dari Belgian. Korang boleh checkout Delirium Cafe KL.

Untuk pengetahuan korang, ramai ahli politik, selebriti dan kerabat diraja Belgium yang approve dan memberi pengiktirafan kepada Belgium Fries. Kentang goreng pun ada anugerah tau sebab sedap dan menjadi pilihan ramai.


Dengan Belgium menjadi negara yang paling banyak export kentang goreng sejuk-beku dengan hampir 90% produksi ke seluruh dunia terutamanya ke negara jiran, mereka kini bercadang untuk memasuki pasaran Asia terutamanya Malaysia sebab street food popular kat sini.


Untuk maklumat lanjut:
Website: www.originalfries.eu
Website: www.jamesbint.be



With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS