Siti Nurhaliza Pun Suka 6 Kamera di Vivo V17 Pro

Hai korang!

Saya nak tanya korang. Kalau korang nak beli telefon pintar yang baru, apa yang korang cari atau tengok semasa membuat keputusan untuk membeli telefon pintar? Macam saya, saya akan tengok Operating System (OS) dia, kamera dan juga jangka hayat bateri.

Bercakap tentang kamera telefon pintar, Vivo baru melancarkan telefon pintar mereka yang terbaru, Vivo V17 Pro yang dilengkapi dengan 6 kamera! Pergh, sampai 6 kamera. Mesti korang tertanya-tanya, nak buat apa dengan banyak lens kamera ni.


 

Vivo V17 menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core processor dengan kapasiti sebesar 8GB RAM dengan tambahan 128GB ROM. Didatangkan dalam 2 warna yang simple tapi cantik, Knight Black dan Crystal White.

Bercakap tentang skrin pula, skrin Vivo V17 Pro dibuat secara eksklusif dengan 6.44-inchi Super AMOLED Ultra FullView dengan ratio 20:9 untuk paparan skrin yang lebih luas. Seronok ni layan movie atau main game kat V17 Pro.

Uniknya, skrin V17 Pro direka dengan lebih besar sebab rekaan ini 'sorokkan' kamera depan 32MP Dual Elevating dia. Skrin kosong je sebab itu boleh dapat fullview.



Okay, tadi dah tahu yang Vivo V17 Pro ada 6 lens kamera kan? Camera ini juga berfungsi dalam mode auto, korang tinggal nak pilih option mana je nak pakai. Takde la pening kepala nak setting.

2 kamera depan dengan 32MP dan 8MP Wide-Angle, yang akan naik kalau korang buka selfie mode dan, 4 kamera belakang dengan 48MP, 8MP Wide-Angle, 2MP Bokeh dan 2MP Macro.

Fungsi-fungsi kamera Vivo V17 Pro sesuai sangat untuk mereka yang suka ambil gambar macam professional tanpa menggunakan kamera yang besar gedabak tu. Sesuai juga kepada mereka yang baru nak berjinak dalam bidang ambil gambar.
Kamera belakang 48MP (kiri) dan 8MP Wide-Angle (kanan)

 32MP (kiri) dan 8MP Wide-Angle (kanan)

Lagi best, kamera Vivo V17 ini juga dilengkapi dengan 2 ciri 'beautifying', iaitu Pose Master dan Super Night Mode. Gambar kiri dibawah sebenarnya diambil di dalam bilik yang kurang cahaya, tapi still nampak elok dan cerah kan?

Untuk Pose Master, dia akan ajar korang untuk pose ikut garis penunjuk mengikut jenis pose yang korang pilih. Contoh ada kat gambar dibawah. Ada banyak jenis pose yang dia buat guideline, lepas ni takde la rasa pelik nak selfie tak tahu pose macam mana.

Pose Master (kiri) dan Super Night Mode (kanan)

2MP Macro

Disebabkan Vivo V17 Pro memang fokus kepada 6 kamera lens yang dia ada, maka ada banyak mode fotografi yang boleh korang pakai hanya dengan menggunakan telefon pintar ini.

Photography mode V17 Pro: DOC, PRO, Slo-mo, Time-lapse, Camera Filter, Live Photo, HDR, Potrait, Panorama, 4K Video, Touch to shutter, Voice control, Palm gesture, AR Sticker, Super Night Mode, Jovi Image Recognizer, AI Scene Identification, Bokeh, Ultra-Wide Angle dan Super Macro.

Senang kan? Semua dalam satu. Tak payah pening nak setting, atau nak muat turun aplikasi untuk pakai mode gambar yang korang mahu.


Korang tengok, penyanyi No 1 tanah air, Dato' Siti Nurhaliza pun suka dengan telefon pintar Vivo V17 Pro sampai Siti Nurhaliza pun pakai. Teruja juga dapat tengok persembahan live dari Dato' Siti Nurhaliza haritu. Manis, lembut dan cantik orangnya.

Setiap set Vivo V17 Pro didatangkan dengan Vivo V17 Pro, earphone, Kertas manual, USB Cable, USB Power Adapter, SIM Ejector, Protective Case dan Protective Film yang sudah dipasang.

Harga Vivo V17 Pro: RM1699.



Till then,

Post a Comment

2 Comments

Ibnu K said…
Vivo memang banyak feature menarik, tak lama lagi mungkin akan beli juga telefon pintar ni.

FOLLOWERS