Wednesday, November 20, 2019

Ada Apa di Jalan Jalan Japan (JJJ)?

Hello korang!

Ingat tak yang saya pernah tulis pasal pembukaan cawangan Jalan Jalan Japan (JJJ) yang kedua di 1 Shamlin Mall pada 30 September 2017 haritu? Excited betul masa tu. Kalau belum baca lagi, boleh jemput baca di link kat bawah ya ^_^


Selepas lebih dari 2 tahun pembukaan cawangan ini, pada 17 November 2019 yang lepas mereka mengumumkan pembukaan cawangan yang lebih luas dan besar. Kalau dulu JJJ 1 Shamelin Mall berkeluasan 17,000 kaki persegi, kini dah expand berkeluasan sebesar 21,500 kaki persegi.


Pergh, luas sampai 3,500 kaki persegi deorang buat renovasi. Makin luas kawasan nak shopping dan banyak lah barang yang ada. Sebab teringin nak tengok besar mana JJJ lepas dan ubah suai, saya pun pergi semasa hari pertama pembukaan semula haritu.

Tak sangka ramai betul orang yang menunggu nak masuk shopping pada hari pembukaan haritu. Kedai buka jam 10AM, tapi orang dah mula beratur seawal 9AM lagi untuk menjadi yang pertama membeli belah di cawangan yang baru diubah suai ni.



Bila masuk pintu Jalan Jalan Japan, dah kena ada plan nak pergi kawasan mana dahulu. Tak ada masalah pun kalau korang nak main redah je pergi mana, macam pertama kali saya kat sini dulu, dekat 3 jam juga tengok barang. Dah lagi besar ni mau bertambah lagi 1 jam kalau tak plan.

Macam saya, pergi ke kawasan beg dan jaket dahulu. Dari pintu masuk, terus je then jumpa la kawasan beg. Kot lah ada design yang lawa-lawa dan unik. Beg sahaja ada banyak jenis. Kadang-kadang beg tu nampak biasa je, tapi banyak fungsi boleh guna.




Teringat haritu suami saya pergi German, memula ingatkan cuaca kat sana tak sejuk sangat, jadi dia pakai jaket biasa sahaja, sekali sejuk rupanya. Nasib baik dia banyak habiskan masa dalam banggunan, kalau tak beku sejuk dah.

Dah lama sebenarnya plan nak datang ke JJJ sebab nak cari baju sejuk preloved yang murah di Selangor/ Kuala Lumpur. Baju sejuk dan winter coat memang murah-murah di JJJ. Walaupun preloved dan murah, tapi kualiti masih lagi baik.

Bukan kualiti dan harga je terbaik, malah design yang ada pun tak terlalu old-school.






Satu benda yang membuatkan saya suka nak shopping di Jalan Jalan Japan adalah sebab mereka ada banyak pilihan barang yang ada disini. Bukan sahaja terhad kepada pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, tapi ada barang keperluan yang lain.

Ada barangan dapur macam pinggan mangkuk, malah kuali dan barang hidangan makanan style Jepun pun ada. Boleh la hidang makanan pakai perkakas dapur style Jepun lepas ni. Kalau ada rezeki lebih, bukan pinggan dan cawan je jumpa, set bento dan periuk pun ada.


Lagi satu barang rumah yang saya dah lama aim adalah nak cari alas duduk dan conferter. Kami suami isteri yang suka duduk alas lantai sambil tengok TV walaupun ada sofa. Sebab itulah ingat nak cari alas duduk ala-ala Jepun. Luck juga sebab jumpa yang okay.

Conferter macam gambar kat bawah ni RM25 sahaja. Besar dan sesuai untuk katil single. Tebal dan elok lagi. Syok juga material dia. Ada banyak jenis selimut lain lagi. Ada kecil, besar, tergantung macam mana yang korang cari. Karpet dan tikat pun ada.




Siapa yang minat dengan anime Jepun mesti jadi rambang mata dan otak nak pilih dan beli poster, mainan, figura, stiker dan barang edisi terhad keluaran anime kegemaran korang seperti anime One Piece, Naruto, Ultraman, Pooh, Doraemon yang paling hot, Gundam.

Tak sangka boleh jumpa figura Gundam yang original dan edisi terhad kat sini. Bukan Gundam je ada, figura Ultraman pun ada banyak jenis. Tinggal nak pilih je yang warna apa, biru merah semua ada. Sorry peminat Ultraman, saya tak familiar jenis Ultraman yang ada.


Untuk ibu bapa yang mencari barang untuk bayi at sini pun ada banyak. Bukan sahaja barangan preloved yang ada, malah barang yang baru seperti pakaian dan kasut bayi pun banyak. Saya faham setengah parent takut nak pakaikan pakaian yang second hand kat bayi mereka.

Lagi awesome, bukan setakat pakaian bayi je ada. JJJ juga menawarkan barangan keperluan anak kecil seperti stroller, baby carrier, baby cot, rocking chair dan banyak lagi. Barang keperluan bayi second hand dan preloved kat sini ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan bermula dari RM100 keatas.



Semasa di sini, saya tertarik betul di bahagian barangan sukan. Setengah orang tak mampu atau rasa tak berbaloi nak beli barang sukan yang mahal kalau tak pakai selalu. Contoh dia macam skate board atau kasut roda untuk anak deorang main.

Ye lah, rugi deorng bukan pakia hari-hari pun. Dah tu nanti bila deorang besar tak boleh pakai pula. Kasut roda bukan murah, dalam RM200-RM300 juga untuk sepasang kasut yang baru, padahal di JJJ boleh dapat preloved dalam bawah RM100 sahaja. Elok lagi.


Inilah barang yang sempat saya grab semasa shopping di Jalan Jalan Japan haritu dengan jumlah pembelian tidak lebih dari RM100. Sebelum ini saya pernah beli 16 helai baju dengan harga RM100 sahaja. Murah-murah pakaian kat sini.

2 Alas duduk: RM20 x 2
Winter jacket lelaki: RM30
Winter jacket perempuan: RM20
Cekak veil comel: RM10
Jumlah RM100

Diskaun sebab LIKE FB Jalan Jalan Japan dan upload gambar: -15%
Jumlah keseluruhan: RM75 sahaja.




 Waktu operasi: 10AM - 10PM (Setiap hari)

Jalan Jalan Japan
1 Shamelin Mall, Unit L3-006, Tingkat 3,
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia

Facecook: www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia
Instagram:www.instagram.com/jalanjalanjapanmy

Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^