Aktiviti Menarik Sempena Cuti Sekolah di Lost World of Tambun (LWOT)

Hai dan salam sejahtera korang!

Sekejap je dah nak habis tahun 2019. Macam biasa, bila dah akhir tahun, budak sekolah pun cuti la masa ni. Teringat masa zaman sekolah saya dulu-dulu, bila time cuti sekolah je mesti abah dan mama suruh kami adik beradik plan nak pergi mana sebab deorang pening kepala fikir.

Zaman awal 2000 dulu tak banyak sangat tempat menarik nak dikunjungi. Habis-habis pun pergi zoo, hiking tak pun balik kampung. Mak bapak sekarang dah tak pening sebab ada banyak taman tema. Taman tema yang tengah popular sekarang, Lost World of Tambun (LWOT), Perak.

Harga tiket LWOT untuk warganegara Malaysia adalah RM85/dewasa dan RM77/kanak-kanak, manakala untuk  Lost World Hot Spring adalah RM64/dewasa dan RM55.50/kanak-kanak.


Lost World of Tambun terletak di Tambun, Perak. Lebih kurang 3 jam perjalanan ke arah Utara dari Kuala Lumpur. Sesuai sangat untuk family yang nak berjalan luar daripada KL sempena dengan cuti sekolah sebab di Tambun sahaja ada banyak tarikan yang lain.

Selain daripada taman tema air, LWOT juga terkenal dengan taman air panas dia. Kiranya taman tema LWOT ini sesuai untuk semua golongan umur. Lagi happy la parent yang bawa anak main kat sini sebab dapat rehatkan diri dalam air panas juga.



Saya cadangkan untuk mereka yang nak teroka LWOT, boleh buat trip 2 hari 1 malam disini. Taman tema ini bukan saja seronok pada waktu siang, malah pada waktu malam pun ada banyak aktiviti menarik yang sesuai dengan budak-budak dan orang dewasa.

Ada 2 penginapan yang ada di Lost World of Tambun (LWOT). Pertama, kalau korang jenis extreme boleh cuba pakej Glamping LWOT, atau lebih selesa dengan bilik hotel boleh book penginapan di Sunway Lost World Hotel, Tambun.

Seronoknya, kalau korang beli penginapan kat sini korang boleh dapat diskaun sehingga 35% untuk tiket masuk ke Lost World of Tambun dan Lost World Hot Spring! Bilik penginapan pun dah termasuk dengan sarapan. Sedap juga makanan dia. 




Selepas dah checkin semua, berehat kejap di hotel sambil tunggu masuk waktu solat untuk jamak. Dah solat awal senang, nanti dah tak rushing. Lagipun nak rehat kejap sebab perjalanan dari KL tadi duduk dalam bas.

Selepas solat dan makan tengah hari, saya terus masuk ke Lost World of Tambun (LWOT). Kali kedua saya kesini pun masih terpegun dengan keluasan taman semula jadi ni. LWOT ada lebih kurang 64 tarikan dengan 10 taman dan ada lebih daripada 109 spesis haiwan disini!

Sebab kami haritu nak terus ke Hippo Kingdom, maka kami naik trem percuma. Trem ni ada setiap 20 minit, memang boleh naik free untuk pusing keliling LWOT. Lepas naik baru nampak kat mana yang kita nak pergi.



Selain daripada aktiviti air yang korang boleh mandi di Lost World Water Park, ada juga tarikan permainan yang korang boleh naik di Lost World Amusement Park.

LWOT kalau waktu siang lebih kepada taman tema yang ada mainan yang korang boleh naik. Ada permainan Dragon Flights, Giddy Galleon, Stormrider, Lupe’s Adventure, Perak Parade dan Haunted Chambers. Bestnya, orang yang dah basah sebab main air pun boleh naik juga permainan ni.




AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI LOST WORLD OF TAMBUN
23 November sehingga 31 Disember 2019.

Lokasi: Riverside

Banyak aktiviti menarik yang diadakan sepanjang cuti sekolah sempena dengan karnival Barbie dan Hot Wheels ni. Antara aktiviti dan masa yang korang taknak lepaskan adalah seperti dibawah:

Barbie Dreamhouse & Hot Wheels Track
1PM-3PM/ 4PM-6PM

Barbie & Hot Wheels Activities
1PM, 3.30PM, 5PM

Barbie You Can Be a Rockstar
2PM, 4.30PM, 5.30PM

Hot Wheels Grand Prix
4PM


Sambut Cuti Sekolah bersama Barbie & Hot Wheels

Tema Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun, karnival di tapak Barbie membolehkan korang untuk bermain anak patung Barbie dan mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza.

Peminat Hot Wheels pula boleh menyahut cabaran Challenge Accepted untuk bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Lebih dari 50 tahun Hot Wheels, dapat peminat bukan sahaja kanak-kanak, malah yang dewasa juga.




Aktiviti Wajib Buat di Lost World of Tambun (LWOT)
Waktu operasi: 11AM-6PM (Isnin-Jumaat),
10AM-11PM (Sabtu, Ahad & Cuti awam)

Tarikan paling utama kat sini adalah harimau. Bestnya harimau di LWOT tak pemalu dan suka berlegar-legar di kawasan pameran. Kalau ada rezeki lebih, boleh tengok harimau tu berenang. Saya pun baru tahu harimau pandai berenang sebab nampak haritu.

Oh ya! Jangan miss mini show yang ada disini sebab Tiger & Friends Show best sangat. Bukan sahaja ada show daripada harimau, malah haiwan lain seperti rakun, burung merpati, buruk kakak tua, ayam dan pun ada. Pasti terhibur punya!

Tiger & Friends Show
3PM-4PM
Lokasi: Tiger Alley




Antara salah satu tarikan menarik yang ada di LWOT adalah sesi bagi makan haiwan dan tengok macam mana ranjer bagi makan binatang buas. Bukan sahaja korang dapat tengok banyak spesis haiwan yang ada disini, malah boleh tengok macam mana deorang makan!

Datang ke LWOT dah jadi 2in1 sebab dapat mandi dan berhibur, dan pada waktu yang sama dapat tambah pengetahuan belajar dan lihat haiwan dan binatang yang ada disini. Antara haiwan rare yang susah nak jumpa tapi ada di LWOT adalah Hyena.

Feeding Time
Lokasi: Hippo Kingdom
Buaya (Sabtu & Ahad sahaja): 1.15PM
Hyena: 1PM
Hippo: 1.30PM




Apa yang Menarik di Lost World Hot Spring Night Park?
Waktu operasi: 6PM-11PM (Setiap hari)

Siapa yang suka dengan air panas tu mesti happy bila datang sini. Sebab itu saya cakap Lost World of Tambun sesuai untuk semua golongan umur. Yang budak-bukan boleh bermain dengan permainan dan mandi air, lepas tu boleh tengok haiwan, dan yang dewasa pun boleh enjoy sama.

Kolam air panas di Lost World Hot Springs adalah natural hot spring dan merupakan antara salah satu kolam resort yang unik dan eksotik yang ada di Malaysia. Ada dalam 12 kolam air panas dengan suhu air dan saiz kolam yang berbeza. Jakuzi dan gua steam pun ada tau.


Petting Zoo
8PM-10PM

Kalau bawa budak-budak terumatanya anak kecil melawat Petting Zoo mesti deorang boleh menjerit dan melompat happy tengok banyak haiwan comel yang ada, saya yang dewasa pun sampai lenguh pipi senyum tengok binatang kat sini.

Tapi bukan sahaja ada binatang comel, ada juga spesis haiwan yang rare dan eksotik seperti labah-labah, kala jengking, ular. Dah tak jadi senyum sebab geli. Haha.

Feeding Time
Porcupine: 7.00PM



Luminous Forest
8PM-10PM

Korang juga boleh teroka hutan pada waktu malam disini. Luminous Forest merupakan hutan yang 'menyala' pada waktu malam yang didiami oleh kaum Malayana. Jangan risau sebab korang tak perlu bawa lampu extra sebab ada lampu api yang akan guide korang sepanjang perjalanan.




Saya berani cakap yang persembahan api Flaming Percussion di Lost World Hot Spring Night Park merupakan persembahan api terbaik yang pernah saya tonton. Seronok sebab bukan persembahan api semata-mata, malah siap ada jalan cerita dan padat dengan adegan yang scary dan bahaya.

Kali kedua saya tengok Flaming Percussion pun saya masih kagum, puas hati dan berbangga sebab persembahan semuanya oleh anak Malaysia. Gila lah team persembahan ni, semua berani ambil risiko. Terima kasih sebab hiburkan saya.

Flaming Percussion Show
9PM
Hot Spring & Night Park Stage

 


Makan di dalam Lost World of Tambun (LWOT)

Ada yang tanya saya, macam mana nak makan. Ada juga yang takut kalau bawa satu family habis la pokai beli makanan dalam taman tema sebab mahal. Meh saya jawab, jangan risau pasal makanan sebab ada banyak kedai makan dan tempat makan dalam LWOT.

Ada banyak jenis makanan daripada yang berat sampailah snek. Kat sini ada beberapa food court yang harga makanan not bad. Antara dua port makan yang saya recommend korang untuk cuba adalah makanan di Ipoh Street dan Dulang Tea House.




Lost World of Tambun (LWOT)
& Lost World Hot Spring Night Park
1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak
Contact: 05-5408888
Website: sunwaylostworldoftambun.com




With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS