Senangnya Pakai Vacuum Philips SpeedPro Max Aqua

Hello korang,

Menjadi seorang wanita tak mudah, terutamanya kepada mereka yang keluarga yang besar, yang rumah selalu kotor atau sebab anak kecil. Kalau surirumah takpelah ada juga masa nak bersihkan rumah, tapi yang bekerja tu penat juga dengan tak ada masa.

Saya yang surirumah sepenuh masa, yang masih belum ada anak kecil pun penat dan kadang-kadang tak larat nak sapu dan mop selalu, apatah lagi mereka yang bekerja. Terima kasih kepada suami sebab selalu tolong saya kemas rumah :)

Sekarang dah mudah, Phillips pun ada keluarkan vacuum 3-dalam-1 yang khas untuk sapu dan mop dalam satu kerja, Philips SpeedPro Max Aqua. Harga dalam RM2599 sahaja.


Zaman sekarang, semua benda yang kita buat nak kena cepat. Nak mengemas rumah pun nak cepat. Nasib baik ada Philips SpeedPro Max Aqua yang boleh vacuum dan mengemop dalam satu masa dan paling penting vacuum yang tanpa wayar.

Didatangkan dengan pilihan nozel yang boleh korang pakai mengikut kawasan mana yang korang nak bersihkan. Nak pakai pun mudah, kalau nak vacuum sahaja, hanya perlu tukar nozel. Atau nak bersihkan kawasan yang susah nak dicapai pun boleh.

Dengan adanya nozel 360 darjah, yang boleh membersih dengan hampir sempurna, fungsi PowerBlade digital motor dan teknologi PowerCyclone 8 boleh membersihkan hampir disemua kawasan yang susah nak dicapai dan disapu.

 

Salah satu fungsi kegemaran saya adalah inovasi vacuum yang ada sekali dengan fungsi mop. Fungsi AquaBoost pedal yang membolehkan kita keluarkan dan kawal pengeluaran air pada kawasan yang kita nak bersihkan.

Jadi kalau ada tumpahkan benda atau makanan atas lantai, dan tak payah pening nak sapu dan mop sekali sebab pakai je Philips SpeedPro Max Aqua dah settle. Mudah nak kawal, nak pakai dan memudahkan kerja kita.



Disebabkan Philips SpeedPro Max Aqua mudah dan ringan nak gunakan, boleh lah ajar anak kecil korang sekali untuk tolong kemaskan rumah. Benda senang, anak pun tak bising nak tolong kita kemas dan mop rumah sekali kan.

Philips SpeedPro Max Aqua juga didatangkan sekali dengan bateri 25.2V lithium ion yang boleh tahan sehingga 75 minit dalam sekali cas. Jadi tak ada masalah kalau terlupa nak cas vacuum tu. Jimat bill elektrik sekali.


Overall, saya recommend kat korang untuk dapatkan vacuum 3-dalam-1, Philips SpeedPro Max Aqua sebab vacuum ni mudah nak gunakan, ringan, dapat bersihkan lagi bersih daripada pengapu dan vacuum biasa.

Dengan harga yang boleh tahan, boleh la minta hadiah daripada suami kan.


Korqang boleh dapatkan Philips SpeedPro Max Aqua dengan harga RM2599 di Phillips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur dan juga di mana-mana pengedar yang sah di seluruh Malaysia.

Boleh juga dapatkan secara dalam talian di Lazada: www.lazada.com.my/phillips-official-store


Phillips Malaysia
Website: www.phillips.com.my



Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS