Jom Beli Kasut Sekolah Kesihatan dari Sunfeet

Hello korang!

Bagi saya, dalam hidup ni kesihatan yang paling penting. Bila dah meningkat dewasa, kesihatan kaki yang paling saya jaga sebab saya ada masalah sakit pinggang. Memang saya ada buat beberapa rawatan rehabilitasi di klinik kesihatan kaki, tapi pemilihan kasut pun penting juga.

Pemilihan kasut dan tapak kasut (insoles), saya pilih Sunfeet International Rehabilitation Centre. Sunfeet berpengalaman dalam membantu mereka yang mengalami masalah kaki dan pakar dalam occupational therapy, rehabilitasi sukan, prosthetics, podiatry, orthotics dan fisioterapi.

Saya pernah cover beberapa kali pasal Sunfeet di blog saya. Tapi harini saya nak cakap kenapa pentingnya untuk pilih kasut yang betul dan impak yang ada untuk kanak-kanak. Baca juga: [Tahu Tak Kita Semua ada Masalah Kaki?].


Sunfeet International Rehabilitation Centre

Sunfeet International Rehabilitation Centre diasaskan oleh Mr. Lee Joo Wee demi memenuhi impian bapanya, Mr. Lee Yi untuk mewujudkan satu pusat orthotics dan prosthetics untuk membantu pesakit yang mengalami masalah musculo-skeletal dan kecacatan fizikal.

Sunfeet kini diuruskan oleh Dato' Dr. Edmund Lee yang telah membantu Sunfeet terkenal dengan gelaran "Orthotics & Prosthetics Expert" dan merupakan satu-satunya perniagaan yang diuruskan oleh 3 generasi keluarga sejak dari tahun 1978 hingga kini.

Dr Edmund juga rajin menganjurkan taklimat tentang kesihatan kaki secara percuma di klinik beliau untuk tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan pemilihan kasut yang betul. Dah banyak pelanggan yang beliau bantu dah mula berjalan semula dan pulih.


Mudah je sebenarnya untuk betulkan posture tulang belakang dan kaki kalau buat rawatan dan rehabilitasi dari kecil sebab tulang kanak-kanak kan lembut lagi. Bila dah dewasa baru susah sikit. Itu pentingnya pemilihan kasut untuk budak kecil.

Insoles yang bagus diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi yang mampu membantu dalam masalah dan keselesaan kaki. Insoles ini membantu menyerap tekanan yang diberikan oleh badan kepada kaki.


2. Insoles menjadikan kaki korang lebih fleksible dan selesa

Korang boleh dapatkan insoles yang dibuat khas mengikut tapak kaki korang dari klinik kesihatan kaki, Sunfeet International. Selalunya tapak insoles ini lebih tebal dan lebih fit untuk kaki kita. Bukan tapak kaki je selesa, betis dan pinggang pun kurang lenguh. Tak percaya boleh cuba sendiri.

3. Membantu menyelesaikan masalah kaki yang sedia ada.

Kebanyakan orang bila dah ada masalah, baru nak pakai insoles. Insoles sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah kaki seperti plantar fasciitis, sakit jari kaki, sakit lutut, metatarsalgia, Achilles heel pain, bunions, neuroma dan banyak lagi. Insoles sangat disarankan untuk elakkan masalah kaki.



Koleksi Kasut Sekolah di Sunfeet International Rehabilitation Centre

Penting sebagai ibubapa untuk menjaga kesihatan kaki anak sejak dari kecil. Antara tips yang saya dapat daripada Dr Edmund adalah: Elakkan postur yang tidak baik, senaman yang sesuai, pemakaian kasut & tapak kasut yang sesuai dan buat pemeriksaan dengan kerap.

Kelebihan kasut sekolah di Sunfeet adalah, Dr Edmund tahu kanak-kanak perlukan sokongan di kasut untuk membesar. Bayangkan kalau kasut tak betul, mesti sakit dan susah kaki nak membesar. So akan jadi masalah lain seperti sakit lutut dan tulang belakang.

Kasut sekolah sokongan kesihatan kaki di Sunfeet dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Siapa tak sayang anak. Apa salahnya nak keluarkan duit mahal sikit untuk dapatkan kasut yang betul-betul bagus untuk anak sendiri.





 Promosi Back to School

Sempena dengan cuti sekolah dan tahun baru persekolahan tahun depan (2019), Sunfeet International Rehabilitation Centre telah mengeluarkan koleksi kasut sekolah dengan sokongan yang terbaru yang direka khas oleh Dr Edmund sendiri.

Ada banyak design untuk koleksi ini sesuai untuk dipakai oleh anak yang dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Koleksi termasuklah dari yang berwarna putih dan hitam. 


    Tiga pasang kasut sekolah = RM 799.00 ( jimat RM 308.00 )
    Lima pasang kasut sekolah = RM 1139.00 ( jimat RM 706.00 )


 




 

 


 

  Waktu operasi:
 Buka setiap hari, 7 hari seminggu
Masa: 10AM- 7PM

Sunfeet International Rehab Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939

Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational



Till then,

Post a Comment

1 Comments

FOLLOWERS