Pakej Sambutan Hari Lahir Murah di Marrybrown

Assalamualaikum dan Hello korang,

Ada tak parent kat sini yang tengah cari kat mana nak buat sambutan hari lahir untuk anak yang murah terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur? Saya cadangkan untuk korang cuba usha pakej sambutan hari lahir murah dari Marrybrown.

Marrybrown Malaysia baru-baru ini melancarkan pakej eksklusif sambutan hari lahir bermula dari Disember 2019. Pakej yang diadakan adalah hasil kerjasama Marrybrown dan Doraemon, Pakej Doraemon Birthday Bash.



Marrybrown tahu yang memang ramai orang Malaysia suka dengan kartun kegemaran, Doraemon yang diadaptasikan dari siri manga popular hasil karya Fujiko F Fijio yang berasal dari Jepun ini. Banyak generasi tahu dan suka dengan Doraemon sejak diperkenalkan pada tahun 1969 dulu.

Untuk korang yang mungkin tak pernah dengar pasal Doraemon, cerita ini mengisahkan tentang robot dari masa hadapan yang rupa macam kucing bernama Doraemon. Sebab cerita Doraemon ada banyak nilai pengajaran dan seronok ditonton, maka ramai suka cerita ni.



Pakej Sambutan Hari Lahir Murah di Marrybrown

Pakej A: RM130
10 pilihan Kiddy Meals dan 10 pek party Doraemon.

Pakej B: RM230
10 pilihan Kiddy Meals,10 pek party Doraemon, 6 kombo pilihan MB dan 10 MB Crispy Chicken.

Pakej C: RM300
Pembelian makanan dan minuman yang bernilai RM300

Setiap pembelian pakej party disediakan dengan:

1. Percuma hiasan hari jadi di lokasi,
2. Penggunaan tempat party indoor selama 90 minit,
3. Hadiah istimewa untuk kanak-kanak yang diraikan,
4. Kiddy gift untuk kanak-kanak yang dijemput,
5. 2-3 permainan yang menarik kalau ada masa lebih,
6. MC dari Marrybrown untuk kendalikan majlis.


Alang-alang haritu masa majlis pelancaran Pakej Sambutan Hari Lahir di Marrybrown, Marrybrown juga dengan baik hatinya telah menjemput lebih daripada 100 kanak-kanak dari 4 rumah kebajikan di Klang Valley untuk meraikan Hari Kanak-Kanak.

Seronok tengok anak-anak yang terpilih ini bila deorang gembira sebab diraikan. Kanak-kanak ini dapat belon daripada abang badut on-duty dan sis yang buat lukisan pada tangan dan muka dengan menggunakan water color. Lepas tu deorang dapat sorang satu MB Kiddy Meal.



Nak tambahkan kegembiraan kanak-kanak ini, sempena dengan kedatangan sekolah pada tahun 2020, Marrybrown turut hadiahkan beg sekolah dan alat tulis kepada semua anak kecil yang datang. Semoga anak kecil ini selalu happy dan Marrybrown terus maju!


Amacam, berbaloi kan pakej sambutan hari lahir yang murah yang ditawarkan oleh Marrybrown? Bagi saya dah mudah sangat sebab ibu bapa tak payah nak risau dan fikir pasal nak kemas rumah, atau cari barang hiasan sebab semua dah disediakan.

Dengan harga serendah RM130, dah boleh sambut birthday anak di Marrybrown.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

Marrybrown Restaurant
 Contact: 1 300 22 0300 (9AM-6PM)
Email: sales@marrybrown.com



With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS