Majlis Malam Graduasi Herv Natural Malaysia 'Night of Saka 2019'

Hai korang!

Sekejap je dah masuk tahun baru, 2020. Sebelum berakhirnya tahun 2019 tempoh hari, Herv Natural Skincare Malaysia telah mengadakan majlis graduasi untuk para pengedar, leader dan agen HERV yang dikenali dengan gelaran "HERVians" pada 28 Desember 2019 tempoh hari.

Majlis malam graduasi yang diadakan di The Love @ Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur membawa tema ‘Night of Saka 2019’dan dihadiri oleh seramai lebih dari 200 orang.

Herv merupakan sebuah jenama kosmetik Malaysia yang mengeluarkan produk premium dan semulajadi untuk kulit muka dan badan. Produk keluaran Herv adalah 100% bebas haruman, lembut pada kulit serta bebas ujian pada haiwan.



MALAM GRADUASI HERV NATURAL MALAYSIA

Saya ke majlis ini bersama dengan suami. Memang kami berdua plan nak pakai baju hitam je sebab tema Black & Magic, sekali masa sampai tu dalam dewan penuh dengan Hervians yang pakai baju dalam tema 'Night of Saka 2019'.

Dah nama tema pun Saka, maka ramailah orang yang pakai baju ala-ala bomoh, witch, Maleficient dan banyak lagi. Semua nak kejar anugerah pakaian terbaik pada malam tu. Suasana dewan pun meriah dengan hiasan tema.

Majlis dimulakan dengan pembacaan doa. Kelakar betul masa baca doa tu, dia cakap nasib baik bomoh witch ni tak terbakar sebab doa. Haha. Selepas tu, ada ucapan pembukaan daripada Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas HERV, Puan Hera Helmi.




Menarik ucapan daripada Puan Hera yang juga dikenali sebagai HERV Mastermind dan Mommy Hera ni, beliau gembira dan nak melihat lebih ramai orang untuk memiliki kulit sihat walaupun tanpa solekan. Kalau dah kurang bersolak, lagi mudah nak solat dan beribadah.

Tambah beliau lagi, pengguna HERV dah tak perlu rasa susah nak buang makeup tebal kalau nak solat kalau dah ada kulit yang sihat dan bersih. Kesihatan kulit wajah lebih penting daripada pemutihan kulit. Produk HERV sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. 

Sesuai dengan misi HERV, yang nak produk mereka mesra wuduk dan semulajadi yang sesuai untuk semua jenis kulit, maka semua produk keluaran HERV adalah bersih dan suci yang 70% kandungannya adalah bahan semula jadi iaitu buah-buahan dan juga bunga-bungaan.
 


Walaupun Herv baru sahaja dilancarkan di Dubai pada bulan Mei 2018, banyak pencapaian yang deorang dah dapat. Antaranya seperti sudah memasuki pasaran di Indonesia, memiliki kilang sendiri dan HQ terbaru.

Majlis kemuncak pada malam ini adalah majlis penganugerahan dan graduasi untuk agen dan pengedar yang mencatat jualan paling banyak untuk tahun 2019. Seramai 30 HERVians telah diraikan dan dianugerahkan. Seronok saya tengok deorang dapat award.




Lagi seronoknya, HERV siap jemput penyanyi yang berbakat iaitu Mafarikha dan ahli magis dan ilusi, Jack Li. Bangganya bila tahu orang berbakat ni warganegara Malaysia. Persembahan deorang pun memang bertaraf antarabangsa.

Pertama kali juga saya tengok persembahan dari dua orang yang berbakat ni. Seronok dan menarik. No wonderl Mafarikha terpilih di dalam Asia's Got Talent dan Jack Li dapat banyak penganugerahan dan menang dalam banyak pertandingan magis.



Tahniah saya ucapkan kepada 30 penerima anugerah pencapaian agen cemerlang dengan pencapaian jualan yang tinggi dan mereka yang 'grad'. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada HERV, semoga makin banyak sales untuk tahun 2020!

Untuk korang yang nan mencuba produk keluaran Herv, boleh tengok details dibawah. Personally, saya tertarik nak mencuba produk semulajadi dari Herv Natural. Saya dah cuba Sun-Rival yang merupakan sunscreen dengan SPF50 dan so far, so good.


 HERV NATURAL PLT
8-2-2A, Jalan Medan PB2A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Website: www.herv.my
Facebook: www.facebook.com/hervnatural
Instagram: www.instagram.com/hervnatural


With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS