Buat Medical Checkup di UMBI MyCRO Wellness Centre, UKM Cheras

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.

Apa khabar? Saya sihat saja dan harapnya korang pun sihat.

Tahu tak korang yang kita sebenarnya disarankan untuk buat medical checkup pada sekurang-kurangnya setahun sekali, terutamanya untuk mereka yang berumur 30 tahun keatas. Penting untuk tahu kalau katakan korang ada apa-apa penyakit. Boleh cegah dari awal.

Jadi, kat mana nak buat medical checkup murah di Cheras dan Kuala Lumpur?  Institut Perubatan Molekul, UKM (UMBI) atau nama lainnya, UMBI-MyCRO Wellness Centre yang terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur ada buat servis full medical checkup.

Harga full body screening pun boleh tahan murah dengan servis yang mereka tawarkan dan hasil keputusan analisa tu. Memang betul-betul full body habis.



UMBI terletak di dalam UKM. Nak cari pun tak susah sebab ada sign board yang korang boleh ikut. Tak ramai orang awam yang tahu mereka boleh buat medical checkup kat sini, so masa saya pergi haritu tak ada orang sangat.

Lupa nak cakap, nak buat medical checkup di Institut Perubatan Molekul, UKM (UMBI), korang perlu buat temu janji dahulu. Proses nak buat temujanji pun tak susah, telefon sahaja nombor yang saya letak di bawah entry, dan settle.



Sampai je di banggunan UMBI di dalam UKM, lepas parkir kereta (make sure parkir di tempat yang betul), korang kena dapatkan pass masuk dari guard yang jaga di lobby. Proses pun mudah je, dan naik ke tingkat atas.

Keluar lift, pusing belah kanan dan jumpa UMBI-MyCRO Wellness Centre. Bila masuk tu staff akan tahu dah kita nak datang sebab dah buat temu janji. Hanya perlu sahkan nama korang dan confirm jenis medical checkup yang mana korang nak buat.



Jangan lupa tau, untuk buat medical checkup atau pemeriksaan kesihatan di UMBI-MyCRO Wellness Centre, korang perlu puasa sekurang-kurangnya 8 jam malam sebelum tu. Tujuan dia adalah supaya bacaan darah dan urine korang tu lebih tepat.

Dah kalau boleh, malam sebelum datang tu jangan buat apa-apa aktiviti berat atau bersenam seperti berlari, berbasikal atau swimming. Takut juga nanti kacau bacaan jantung dan paru-paru semasa pemeriksaan.

 

Harga Medical Checkup di UMBI-MyCRO Wellness Centre, UKM.
Pakej Standard
Full body screening: RM150.00

Tambahan: 
ABO blood grouping +RM15.00
Bone density measurement (DEXA) +RM120.00
Colorectal cancer screening (iFOBT) +RM20.00
Diabetic control (HbA1c) +RM30.00
Renal function +RM20.00
Uric acid +RM20.00
Vitamin D +RM100.00
Liver function test +RM50.00
Thyroid function test +RM50.00 

Sebenarnya pakej basic yang RM150 itu pun saya rasa dah cukup untuk setakat nak tahu secara general tentang kesihatan tubuh badan kita. Kalau katakan ada bacaan yang pelik dan luar dari range normal, bolehlah buat yang lain tu.


Apa yang saya dapat dengan RM150 untuk buat medical checkup di UMBI, UMK Cheras. Harga medical checkup ni murah la kalau dalam kawasan Kuala Lumpur. 


URINE ANALYSIS
 Total protein, Creatinine.

Sementara menunggu giliran untuk dipanggil, korang akan diberikan bekas air kencing untuk tujuan sample air kencing/ urine. Kalau tak rasa nak buang air lagi, tak apa, korang boleh minum air kosong dulu atau buat selepas sesi medical checkup.

Saya haritu, memang dah buang air siap-siap sebelum datang, terlupa pula pasal kena bagi urine, makanya haritu saya bagi sample selepas selesai semua procedure medical checkup.

Keputusan air kencing akan diberitahu selepas 1 minggu melalui email, bersama dengan keputusan darah. Urine analysia kat sini adalah untuk tahu bacaan Total protein dan Creatinine yang ada di dalam kencing/ urine.



BLOOD ANALYSIS 

Full Blood Count: White Blood Cell (WBC), Red Blood Cell (RBC), Haemoglobin (HGB), Haematocrit (HCT), Mean Cell Volume (MCV), Mean Cell Haemoglobin (MCH), Mean Cell Haemoglobin Concentration (MCHC), Red Cell Distribution Width (RDW), Plateles Count (PLT).

Renal Function: Sodium, Potassium, Urea, Creatinine, Calcium, Phosphorus.

Lipid Profile: Total Cholesterol, HDL Cholesterol, LDL Cholesterol (Calculated), Triglycerides.

Diabetes Screening: Fasting Blood Glucose.

Saya sebenarnya orang yang takut jarum. Kalau takut sangat boleh jadi sampai pucat tak nampak saluran darah kat tangan. Haha. Tapi demi nak tahu tentang kesihatan badan, dengan umur yang dah nak masuk late 20's, saya gagahkan diri untuk diambil darah.

Staff kesihatan akan cucuk dan ambil dalam 3 tube darah untuk tahu Full Blood Count (Kandungan dalam darah tu normal atau tak), Renal Function (Fungsi hati), Lipid Profile (Lemak dalam darah) dan Diabetes Screening (Gula dalam darah).




PHYSICAL MEASUREMENT

Body Composition (Bioelectrical Impedence Analysis): Intracellular & Extracellular Water, Total Body Water, Dry Lean Mass, Body Fat Mass, Lean Body Mass, Body Weight.

Blood Pressure & BMI: Blood Pressure, Anthopometric Measurement.

Heart Function Test: Electrocardiogram Test (ECG)

Lung Function Test: Spirometry Test.

Vascular Screening: Cardio-ankle vascular index (CAVI), ankle-brachial index (ABI), Vascular Age.

Seterusnya kami ke bilik untuk ambil bacaan fizikal badan. Selesai ambil bacaan fizizal, kita kena bediri di atas mesin Bioelectrical Impedence Analisysis untuk menganalisa komposisi air, lemak dan otot di dalam badan.

Result untuk bacaan komposisi korang akan dapat selepas selesai analisa. Staff juga akan terangkan tentang fizikal korang, dan apa yang korang perlu buat supaya badan lebih baik dan sihat.


Walaupun BMI badan saya normal, saya baru tahu yang badan saya ada lebih percentage body fat (PBT)/ peratus lemak badan, kurang protein dan tak cukup Skeletal Muscle Mass (SMM). Dalam kertas analisa ada bagi score kesihatan, dan score saya adalah 69/100.

Kat situ juga ada nota untuk bagitahu kat kita yg bahagian mana yang kita perlu ubah untuk capai target gaya hidup sihat dan badan yang sihat.

Keputusan saya haritu, saya boleh maintain berat badan, tetapi kena kurangkan pengambilan lemak dalam makanan, dan tingkatkan pengambilan protein. Selain itu saya kena mulakan senaman untuk naikkan Muscle Control sebanyak +5.6kg. Banyak tu.


Lepas dah settle di bilik untuk ambil bacaan Body Composition, kami ke bilik yang ada banyak mesin yang saya tak pernah nampak sebelum ini. Ini merupakan kali pertama, saya dan suami buat full body checkup sampai ke jantung dan paru-paru.

Muka Faeez dah termenung sebab takut result yang dia dapat tak cantik. Haa, itulah asyik makan nasi tambah je hari-hari. Lepas ni kita diet sesama okies :D


Dah settle ambil bacaan fizikal, kami ke bilik seterusnya untuk ambil bacaan tekanan darah. Selalunya korang ambil tekanan darah di klinik atau hospital sambil duduk kan? Kat sini mereka akan ambil 3 kali bacaan tekanan darah.

1. Secara duduk, 2. Secara berdiri, 3. Secara baring. Score ni kena lebih kurang sama untuk dikira purata tekanan darah kita untuk dapatkan bacaan yang lebih tepat. Masa ambil bacaan tekanan darah korang perlu rileks dan jangan bercakap ya.


Lepas tu, terus baring lagi untuk Vascular Screening. Vascular screening diambil seperti didalam gambar dibawah. Proses mengambil masa dalam lebih kurang 10-15 minit.

Bacaan diambil bagi mendapatkan Cardio-ankle vascular index (CAVI): Untuk tahu flexibiliti saluran darah/ Vascular Stiffness), ankle-brachial index (ABI): Untuk tahu perjalanan darah normal ke tidak untuk mengesan masalah seperti Vascular Stenosis/ Occlusion dan Vascular Age.


Gambar graf di dalam gambar diatas adalah sebenarnya untuk graf ECG di gambar dibawah.

Seterusnya, ambil bacaan Electrocardiogram Test (ECG) untuk Heart Function Test/ fungsi jantung. Selama hari, tengok orang buat ni  pakai peletak lekat di dada, tapi kalini pakai mesin yang pakai elektrod jenis pump macam ni.

Alhamdullilah bacaan ECG kami berdua normal.


Akhir sekali kami kena ambil Spirometry Test untuk tahu Lung Function/ kesihatan paru-paru. Ni kali pertama kami berdua buat pemeriksaan paru-paru. Bagi saya, susah juga nak buat proses ni sebab kena betul-betul hembus kuat di dalam tempat kena hembus tu.

Selain dari kena hembus kuat-kuat, kena juga hembus dengan kadar yang sama. Maksudnya, kalau korang tarik kuat, kena hembus kuat juga, dan kena ulang 3 kali, dan kena pastikan graf dia lebih kurang sama antara satu sama lain.

Yang buat penat itu sebab graf saya yang pertama dan kedua okay, masuk kali ke 3, saya dah penat nak hembus kuat-kuat. Jadi ulanglah sampai kali ke 5. Padahal Faeez ambil 3 kali okay je tak payah repeat dah. Haha.


Masa buat medical checkup haritu, kami habiskan masa dalam lebih kurang 2 jam untuk 2 orang. Okay lah tak lama sangat. Yang buat lama sebab kami banyak ambil gambar. Rasanya kalau datang biasa 40 minit/ seorang dah boleh siap semua.

Habis je semua procedure dan bagi sample darah dan urine, kami terus ke ruang rehat untuk makan alas perut. Bagusnya di UMBI-MyCRO Wellness Centre sebab tak kedekut makanan. Kami dapat sandwich, biskut dan air milo/ teh.



Selalunya result penuh akan dapat dalam tempoh 1-2 minggu selepas dari hari korang pergi dan pihak UMBI akan pos keputusan medical checkup korang ke alamat rumah korang terus. Jadi masa tulis alamat tu, make sure alamat betul.

UPDATE SELEPAS DAPAT KEPUTUSAN

Dalam 1 minggu dah dapat keputusan penuh melalui email, dan selepas 2 minggu dapat hardcopy kertas yang di-pos oleh pihak UMBI. Saya memang suka bila deorang pos result tu, sebab mudah dan kita pun tak payah nak datang untuk ambil keputusan lagi sekali.

Alhamdullilah dah dapat keputusan, adalah yang okay dan tak. Untuk keputusan darah, saya tahu yang saya perlu jaga tahap kolesterol dan protein dalam darah dengan cara penjagaan makanan dan cuba naikkan pengambilan protein serta bersenam.



Harga full body screening UMBI, UKM:
(Harga medical checkup di UMBI, UKM)
 RM150.

Waktu operasi:
Ahad-Khamis (8AM-12PM)
Tutup: Jumaat, Sabtu & hari cuti am.

Institut Perubatan Molekul, UKM (UMBI)
Pusat PErubatan UKM, Jalan Ya'acob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Contact: 1800882007/ 03-91710415

Email: umbiwellness@gmail.com
Website: www.ukm.my/umbi


With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS