Review Campur Campur Kitchen, Dpulze Cyberjaya

Hai dan salam sejahtera!

Yay dah boleh makan dekat luar, tapi ingat, masih lagi kena jaga jarak sosial ya.

Lepas PKP haritu teringin sangat nak makan Chinese food, tapi sebab lepak dengan kengkawan, maka ada yang nak makan makanan Thai la, then ada yang teringin nak makanan masakan Indonesia, terus teringat Campur Campur Kitchen ada semua.

Campur Campur Kitchen yang terletak di dalam DPulze, Cyberjaya memang ada menghidangkan pelbagai pilihan makanan masakan asli Indonesia, Cina dan Thai. Sesuai sangat lah nak lepak sini saja sebab banyak pilihan. Sampai rambang perut nak pilih menu.


Nak cari restoran ini pun tak susah. Pergi saja tingkat LG, dah cari jalan menghala ke panggung wayang. Maka korang akan jumpa sebab dekat dengan escalator menghala ke panggung wayang.

Actually, ini merupakan kali pertama saya makan kat sini. Selama ni pernah la dengar kengkawan cakap pasal restoran ni. Berbaloi juga la makanan yang ada kat sini. Sedap, dan kenyang perut dengan porsi makanan deorang.



Suka betul dengan dekorasi restoran ini yang simple, moden tapi nampak masih lagi ada add-on elemen tradisional Indonesia plus Melayu sikit.

Salah satu benda yang saya paling suka kat sini adalah sebab deorang ada bagi banyak makanan PERCUMA! Ya, setiap hari ada diberikan Salad secara percuma. Best betul. Bukan salad je free, malah ada popcorn percuma juga.

Senang dah tak perlu order extra sayur. Budak-budak pun boleh duduk diam sementara tunggu makanan sampai sambil alas perut dengan popcorn dulu. Bagus betul restoran Campur Campur Kitchen ni.


Banyak juga pilihan menu yang ada di restoran Campur Campur Kitchen. Pilihan menu yang ada terdiri daripada masakan Indonesia, Cina, dan Thai. Harga pula menurut saya, standard kedai makan didalam pusat membeli belah, dalam RM16-RM17 untuk satu hidangan berat.

Banyak juga menu yang kami pesan sebab baca review ramai cakap makanan kat sini sedap, maka sebab rambang perut, kami pesan banyak juga. Lagipun nanti boleh kongsi-kongsi.

 

Untuk pengetahuan korang, kalau korang pesan menu yang ada didalam seleksi makanan "SoCampur", set makanan itu datang sekali dengan Kepak Ayam Goreng dan Kari Kentang secara percuma! Yay!

Ingatkan benda free tak beberapa sedap, tapi kari kentang dia the best wei. Seriou cakap dari orang yang berasal dari Penang. Memang layan makan nasi campur dengan kari dia.



Indonesia Ikan Bakar Rice RM17.90
Ayam Bakar Rice RM15.90

Siapa yang suka dengan ikan atau ayam bakar Indonesia mesti tahu yang sos perapan dia yang membuatkan masakan tu sedap. Rasa dia memang rasa authentic makanan dari Indonesia sebab dia pakai sos kicap dan cili.

Sos dengan perapan, deorang goreng dulu ikan/ayam tu sebelum bakar. So lepas bakar memang rasa lagi sedap. Menu ni rasa manis-manis-masin. Yang penting porsi makanan besar, share 2 orang pun kenyang. Wajib cuba.


Indonesia Flying Fish Rice RM17.90

Antara salah satu menu yang wajib dicuba di Campur Campur Kitchen. Saya suka juga dengan menu ini sebab ikan talapia goreng. Dia bukanlah pakai ikan terbang, tapi cara ikan itu dipotong nampak macam ada sayap kiri dan kanan.

Untuk harga dia, memang berbaloi sebab ikan pun besar dan banyak isi. Makan dengan nasi dan kari pun dah kenyang, kalau tak ada chicken wing tu pun takpe sebab dah banyak.


Black Pepper Beef Rice RM17.90


Sambal Bamboo Clam Rice RM16.90

Salah satu menu yang paling saya suka adalah sambal ni. Untuk peminat seafood dan sambal yang rasa manis-manis korang sure akan suka menu ini. Porsi makanan sesuai untuk seorang makan dan rasa sambal pun sedap. Paling penting clamp dia fresh.


Butter Chicken Rice RM16.90

Butter chicken merupakan antara menu masakan yang paling saya suka. Tak kecewa saya makan dekat sini sebab butter chicken dia kira boleh tahan. Tak adalah yang terbaik, tapi kira sedap juga dan menepati kriteria yang saya nak.

Butter chicken dia ada rasa pedas-pedas cili padi sikit, cuma rasa kurang berlemak. Kalau korang bukan jenis cerewet, saya recommend korang untuk cuba set ini.


Salted Egg Yolk Sotong Rice RM19.90
Fried Rrawn with Salted Egg Yolk Rice RM19.90
Chicken with Salted Egg Yolk Rice RM16.90

Susah nak jumpa restoran makanan yang menghidangkan pelbagai menu masakan berasaskan salted egg yolk. Saya memang suka dengan salted egg yolk punya menu, excited masa nak pilih nak set yang mana. Haha.

Suka dengan Chicken with Salted Egg Yolk Rice. Salted egg yolk dia bukan sebarangan tau, sebab selain daripada rasa masin telur tu, tapi juga ada rasa pedas-pedas sikit. Coating salted egg dia pun tak kedekut, banyak.


Campur Belacan Chicken Fried Rice RM13.90

Nampak eksklusif betul Campur Belacan Chicken Fried Rice ni kan sebab macam aca banyak side dish dia. Sesuai la dengan exclusive platting dia, sedap juga nasi goreng belacan dia. 

Boleh gaul dan campur sekali dengan side dish yang dihidangkan sekali tu. Ada kacang panjang, bawang fresh, cili padi, ikan masin, mangga muda dan ayam sambal. Terfikir, ada juga eh orang yang realiti suka bawang fresh ni.


Nasi Goreng Salted Egg Chicken & Shrimp RM17.90
Thai Pineapple Fried Rice with Butter Chicken RM13.90

 

Cantonese Kuey Teow with Seafood RM16.90
Salted Egg Yolk Chicken Boxing RM13.90
Crispy Baby Crab RM12.90


Chicken Chop with Salted Egg Sauce RM16.90
Butter Chicken Chop RM16.90
Pan Fried Beef Kuey Teow RM13.90

Jenis yang nak western food tapi at the same time tekak nak makanan yang campur, boleh order chicken chop. Set chicken chop dia tak terlalu besar, sesuai untuk mereka yang tak makan banyak, just nice untuk seorang.

Pan Fried Beef Kuey Teow merupakan Chinese food, tapi macam ada mix mamak sikit sebab ada rasa pedas-pedas dia. Sedap juga kalau korang yang jenis juga kuey teow goreng. Yang buat dia sedap sebab ada kepingan daging nipis. Daging tu sedap.


Banana Toast with Chocolate RM7.90
French Toast with Honey RM6.90

Toast yang ada di Campur Campur Kitchen pun boleh tahan sedap. Sesuai sangat kalau datang tapi nak makanan ringan atau nak mengopi kat sini. Satu set pun dah boleh kenyang sebab roti tebal.

Saya paling suka dengan French Toast with Honey sebab nampak simple, tapi rasa dia complex tau. Bukan sahaja dihidangkan dengan madu dan butter, tapi dalam dia pun ada peanut butter. Sedap juga. Memang akan repeat order ni next time.


Jadi kalau mencari restoran makanan Indonesia, Cina dan Thai di Cyberjaya boleh singgah ke Campur Campur Kitchen yang terletak didalam DPulze, Cyberjaya.

Satu lagi nak bagitahu, Campur Campur Kitchen ada diskaun 20% setiap hari Isnin-Jumaat dari jam 3PM-6PM. Yang jenis makan late lunch tu boleh la grab promo ni. Serious berbaloi.


Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor, DPulze Shopping Centre, 
Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya

Facebook: www.facebook.com/Campur-Campur-kitchen-1124551257602112
Instagram : www.instagram.com/campurcampurkitchen




Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS