vivo X50: Smartphone Pertama dengan Built-in Gimbal

Hi korang!

Cepat je vivo nak lancarkan telefon pintar yang terbaru, vivo X50 dan X50 Pro. Paling specialnya kalini ini, siri X50 dan X50 Pro bukan sahaja dilengkapi dengan teknologi yang menyokong 5G, tapi juga ada gimbal stabilazition.

X50 dan X50 Pro merupakan smartphone industri pertama di dunia yang ada teknologi gimbal stabilazation dengan 360° rotation yang built-in didalam telefon ini sendiri. Serious cakap korang boleh tengok kamera belakang dia bergerak macam ada gimbal.

 

Gimbal Camera System ini bukan sahaja akan membantu pengguna dalam merakam video, malah untuk ambil gambar juga. Jadi gambar akan lebih stabil dan jelas.

Design vivo X50 kali ini merupakan design yang sangat moden dan smartphone yang sangat nipis dan ringan. Untuk X50: Dengan ketebalan 7.55mm dan berat 174.5g menjadikan design telefon ini yang paling nipis didalam industry smartphone 5G sekarang.

Manakala X50 Pro: Ketebalan 8.04mm dengan berat 181.5g. Kedua-dua smartphone ini direka dengan design 55° body curve ditambahkan lagi dengan COP flexible screen yang paling kecil (2.8mm) untuk design yang lebih minimalis dan 'sleek'.


X50 Pro lengkap dengan pelbagai fungsi kamera: 32MP Kamera hadapan dan 4 kamera di bahagian belakang dengan 48MP Kamera utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Porfessional Potrait dan 8MP 5x Telescopic.

Ada 3 warna menarik di dalam koleksi vivo X50. Korang boleh pilih warna Frost Blue atau Glaze Black untuk X50. Tapi untuk X50 Pro, hanya boleh didapati dalam warna Alpha Grey.


 

Siri vivo X50 dan X50 Pro kali ini didatangkan dengan fungsi yang terbaru iaitu Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode. Kedua-dua fungsi ini sangat membantu bagi korang yang suka ambil gambar pada waktu malam.

vivo masih lagi mengekalkan fungsi utama yang lain seperti 120° Super Wide Angle dan Super Macro di dalam X50 dan X50 Pro untuk pengguna mereka. Senang dah semua dapat dalam satu lens.



Saya paling suka dengan Potrait Mode didalam vivo X50 dan X50 Pro sebab gambar jadi jelas dan garisan bokeh tidak terlalu kasar. Potrait Mode kali ini didatangkan sekali dengan 4-layer masking algoritm yang mampu membahagikan dengan subjek dan belakang.

Selain itu, dalam camera vivo X50 dan X50 Pro juga terdapat fungsi manual yang korang boleh adjust mengikut kehendak korang. Yang familiar dengan camera lagi mudah nak pakai. Tapi senang nak nak adjust dia.


Camera vivo X50 ada fungsi 60x Hyper Zoom yang mampu zoom sehingga 60 kali. Teruja saya lihat hasil gambar yang boleh tahan okay lepas pakai fungsi zoom 60x ni. Smartphone ni pun boleh zoom lagi jauh daripada camera saya.


Dalam sesi pelancaran media kali ini, saya paling tertarik dengan presentation daripada photographer perkahwinan, Mr Edwin Tan. Tertarik saya tengok presentation dia sebab dia cerita pengalaman pakai sendiri vivo X50 Pro.

Bila tengok gambar yang Edwin Tan ambil memang nampak cantik la dan mudah nak pakai. Sesuai untuk mereka yang nak capture moment yang berlalu dengan pantas. Terus saya pun rasa nak beli smartphone ni. Haha


Harga untuk siri vivo X50 akan di dedehkan secara live di Facebook vivo Malaysia Official pada 21 Julai 2020 nanti. Stay tune!


vivo Malaysia
Website: www.vivo.com/my
Facebook: www.facebook.com/vivomalaysiakl
Instagram: www.instagram.com/vivo_malaysia



Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS