Salam sejahtera dan hai korang!

Kalau bercakap pasal sabun mandi, apa ciri-ciri yang korang cari? Macam aku dan suami selalu cari sabun yang ada 3 ciri, iaitu: Wangi, Membersih dan Buih! Buih tu memang tak penting sangat, tapi buih tu yang buatkan kita ada mood nak mandi, kan? HAHA

Baru-baru ni, Dettol telah melancarkan rangkaian terbarunya, Dettol Deep Cleanse yang membantu melindungi kulit dengan cara membersihkan kulit secara dalam hingga ke liang roma.


Dettol Deep Cleanse bukan sahaja akan membantu melindungi kulit daripada bakteria dan virus, tetapi juga akan memberikan manfaat kesihatan yang lain seperti membuang sel kulit mati, polusi dan juga memberikan pengalaman mandian yang best.

Dettol Deep Cleanse mengandungi 100% natural apricot micro-scrubbing beads yang mampu memberikan kepuasan kat kita semasa mandi. Siapa tak suka scrub badan kan? Dahla bau apricot pulak tu. Scrub dia pun gentle je kat kulit.

Test untuk skin oil dan moist percentage.



Sebelum dan selepas pakai Dettol Deep Cleanse

Selain daripada membersihkan kulit dengan jauh kedalam pori, Dettol Deep Cleanse juga akan meningkatkan warna dan kesihatan kulit. Nampak kat atas, aku dah buah test oil dan kelembapan kulit sebelum dan selepas, banyak kot beza!

Harga:
The Dettol Deep Cleanse Body Wash

225ml RM6.90

850ml RM 20.25
800ml Refill pack RM15.67

Dettol Deep Cleanse Bar Soap 105g (packs of 3+1)
RM10.45

Tentang Dettol

Dettol merupakan sebuah jenama syarikat antiseptik sejak dari tahun 1932 dan merupakan jenama yang dikenali diseluruh dunia. Produk Dettol merupakan produk standard tinggi dalam menghapuskan kuman dan merupakan produk yang disarankan oleh pengamal perubatan profesional.

Produk Dettol boleh dibeli di kompleks membeli belah dan farmasi kesihatan di seluruh Malaysia.

Till then,