Harian Metro 27 Julai 2017: 'Dota 2 Pelamin Cintaku'

Hello dan Assalamualaikum korang,

Aku berpeluang untuk ditemu ramah dengan wartawan dari Harian Metro, Hazril Md Nor untuk slot Gen-Y. Terima kasih Hazril, sudi tulis kisah cinta Dota 2 suami dan aku. Segan pun ada :D


Harian Metro Slot Gen-Y
Khamis, 27 Julai 2017

'Dota 2 Pelamin Cintaku'
Penulis: Hazril Md Nor

Siapa sangka, bermula daripada pertemuan di laman sosial tiga tahun lalu, dua insan yang juga ‘kaki game’ kini bergelar suami isteri. Bermula dengan sapaan ‘Hai, siapa di sini boleh ajar saya main Dota 2?’ membuatkan kehidupan Nurul Zayani Zulkiffli, 24, berubah selepas bertemu cinta hati, Muhammad Faeez Azmi, 29.

Menceritakan saat awal perkenalan, Zayani berkata, dia ingin mencuba bermain Dota 2 kerana tertarik dengan popularitinya.

Namun, dia tidak menyangka terdapat begitu banyak maklum balas diterima di laman sosial itu.

“Pada mulanya, ramai yang memberi respons tapi saya tertarik dengan jawapan daripada Faeez kerana dia bersungguh-sungguh menerangkan apa itu Dota 2. Boleh dikatakan saya tak tahu langsung bagaimana permainan ini dimainkan dan hero di dalamnya.

“Walaupun saya tanya dia (Faeez) macam-macam soalan, dia tetap sabar melayan kerenah saya. Dari situ kami bertukar nombor telefon dan berjumpa tiga minggu selepas itu,” katanya.

Mula rapat

Menurut Zayani, hubungannya bertambah rapat dengan Faeez selepas mula bermain ‘game’ itu. Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, dia mula tertarik dengan permainan itu kerana selalu dibimbing dan mendapat tunjuk ajar daripada suaminya.

“Saya penulis blog. Jadi banyak masa dihabiskan di rumah saja. Saya terfikir daripada tak ada apa nak dibuat, lebih baik main Dota. Main punya main, tak sangka jadi ketagih dan saya tak sabar nak cuba main semua hero terutama ‘support’,” katanya.

Melihat kesungguhan Zayani mendalami hobi barunya itu, Faeez berkata, bibit percintaan bermula apabila dia mula mengajak isterinya ke kafe siber dua tiga kali seminggu.

“Saya bekerja syif malam, jadi balik dari rumah terus ajak dia ke kafe siber berdekatan. Di situ saya mengajarnya bermain Dota 2. Dari ‘ganking’ sampailah ‘positioning’, banyak yang dia belajar dan sentiasa sabar walaupun ramai yang memberi komen sinis.

“Bagaimanapun, selepas berkahwin, kami kurang ke kafe siber dan banyak menghabiskan masa bermain Dota 2 di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwinan, Faeez berkata, perkenalan itu tidak lama kerana selepas setahun mengenal hati budi, dia terus melahirkan hasrat menjadikan Zayani sebagai isteri pada Julai 2015.

“Apabila kenang kembali, memang kelakar kerana daripada satu post, saya berjaya pikat hati perempuan yang kini tak pernah henti memberi semangat kepada saya. Dari sudut lain, saya banyak diam dan dia seorang yang suka bercakap, jadi kami melengkapi antara satu sama lain.

“Perkahwinan kami juga lain sedikit kerana barang hantaran bukan seperti yang biasa orang buat. Saya membelikannya tetikus, fon kepala dan ‘graphic card’ kerana tahu dia memang minat main ‘game’ serta komputer,” katanya.

Bertolak ansur

Mengenai kerja rumah, kata Zayani, ia tidak menjadi masalah kerana mereka boleh bertolak ansur, tidak seperti yang dikatakan oleh orang sekeliling dan ‘haters’ di laman sosial.

“Saya faham dia penat kerja syif malam jadi kerja rumah memang menjadi tanggungjawab saya. Kalau saya masak, dia pula akan basuh pinggan. Kalau saya basuh dan jemur baju, dia angkat. Selepas siap, barulah kami akan main ‘game.

“Ada juga komen sinis di laman sosial mengatakan ‘suami balik rumah buka tudung saji ada CD game’ tapi saya tak pedulikan semua itu. Yang penting, hanya kami faham bagaimana menguruskan hal rumah tangga dan mereka (netizen) hanya buruk sangka semata-mata,” katanya.

Lebih menarik mengenai pasangan ini, mereka juga mempunyai bilik khas yang didekasikan untuk aktiviti ‘gaming’ dan dari situ hubungan mereka menjadi lebih akrab.

“Kalau nak diikutkan, suami kerap mengajak saya bermain bersama kawan. Mula-mula saya hanya bermain perlawanan biasa (normal match) tapi lama-lama ingin cabar diri bermain ‘ranked’. Berkat tunjuk ajar dia, saya dah boleh main tanpanya dan guna hero yang digemari.

“Oleh itu, kami ada satu bilik khas untuk main ‘game’ dan memudahkan komunikasi antara kami. Kalau masing-masing tak sibuk, kami ‘memburu’ makanan lazat di ibu kota dan isi masa lapang dengan berekreasi dan melancong,” katanya.

Sokongan ibu bapa, teman rapat

Menurutnya, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pilihannya bermain ‘game’, tidak kurang juga yang memberi sokongan kerana memahami minatnya.

“Jujur saya katakan, walaupun terdapat banyak komen negatif, ada juga yang memberi sokongan. Ibu, ayah dan kawan rapat tak pernah halang minat saya kerana mereka tahu ia hanya sekadar hobi.

“Lagipun, alhamdulillah dengan kerjaya sekarang sebagai penulis blog, saya boleh buat duit untuk tampung keperluan lain walaupun suami sendiri boleh menampung sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami banyak mendapat jemputan ke acara Dota termasuk ke ESL One Genting 2017, baru-baru ini.

“Saya dan suami sangat ‘low profile’ dan banyak menyembunyikan aktiviti harian (main Dota) daripada orang ramai. Tapi sejak tular di laman sosial tahun lalu, kami banyak mendapat jemputan ke acara Dota.

“Kami berdua sekarang memang gilakan permainan ini jadi sudah tentunya peluang itu bagai bulan jatuh ke riba. Menonton perlawanan Dota 2 depan mata adalah impian semua peminat permainan ini,” katanya.




Till then, stay awesome!

Post a Comment

16 Comments

amira faqihah said…
tak sangka dgn dota awk jumpa jodoh :D
precious cla said…
Hai, siapa di sini boleh ajar saya main Dota 2 ? awwww that moment !
Anonymous said…
Nice feature! I'm not so familiar with this DOTA thingy, maybe I'm too old already. LOL
Rafzan Tomomi said…
awww so sweet. tahniah masuk paper hihi :)
yanrula said…
Wow this is so special! I gave up playing Dota after just trying it once because I can't take it hahaha
eanaaziz1234 said…
awww..romantik giler..
so good you find your husband with the same interest. so takde la husband main dota isteri mengamuk nanti..boleh lawan pulak dota sama2! 😆😆
yaya_flanella said…
Hee sweetnya cara korang bertemu. Semoga ikatan perkahwinan kekal bahagia sehingga ke jannah :) *pernah tengok orang main dota yaya yg berpeluh fuhh nampak susah je
Em said…
Love reading personal stories like this. Yours is so interesting. May you guys kekal sampai jannah.
wa very detailed interview. good for you
Absolute Yana said…
OMG....congratulations to you two...I so hope that gaming can also bring me and bf closer...right now we are just addicted to mobile legends...I am too afraid to join DOTA..too many things to look at...
Sebrinah Yeo said…
Wow! From gaming to real life couples! Congratz! The game is worth keeping for good times ol' sake! Can also intro to your kids when they are of age hehe.. stay sweet and loving to each other!
Gone are the days when DOTA treats as a simple game. Now if you like playing this game, you can now pirsue a career of it and become a DOTA Althlete. The future is bright in DOTA!
Sharon Lee said…
Wow Sweetnya! If didn't read this ppst, I don't know that you play Dota 2 and know your hubby too.
PR Daily PH said…
I'm not a Dota fan but my husband is lols. Congrats on you two!
Anonymous said…
wow, congrats in getting a partner with same interest! I tried dota once and I absolutely gave up after messing up my right click and left click ARGH!!!!
Miera Nadhirah said…
Congratulations.. love made in gaming world. How sweet...

FOLLOWERS