Assalamualaikum dan hai korang!
Saya ada berita yang exciting nak share dengan korang yang kaki travel macam saya, kini korang dah boleh menikmati pelayaran mesra Muslim dengan M/V Piano Land, kapal persiaran pertama dari China yang akan berpengkalan di Malaysia, dengan pelayaran sulung dijadualkan pada 29 November 2025.
M/V Piano Land dioperasikan oleh Astro Ocean Cruise bersama dengan agen Malaysia mereka, Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. yang merupakan agensi pelancongan dan pelayaran terkemuka di Malaysia dengan lebih tiga dekad pengalaman.
Nice pula timing yang deorang pilih untuk launch pelayaran pertama kapal M/V Piano Land sebab alang-alang Pameran MATTA Muslim-Friendly Travel Fair (MFTF) 2025 yang akan berlangsung pada 18-19 Oktober 2025 bertempat di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
Nak promo dan menang giveaway naik cruise? Boleh sangat sebab pada Pameran MFTF 2025 ini, Hwajing tampil sebagai Rakan Rasmi Kapal Persiaran. Kolaborasi ini menyerlahkan kedudukan Malaysia yang semakin kukuh sebagai hab pelancongan kapal persiaran serantau serta peneraju global dalam pelancongan mesra Muslim.
Pelayaran M/V Piano Land Direka Khas Mesra Muslim
Selaras dengan komitmen Malaysia terhadap keterangkuman dan kecemerlangan halal, semua ruang dan peralatan dapur di dalam kapal persiaran ini diperakui halal. Penumpang dapat menikmati pelbagai pilihan sajian tempatan dan antarabangsa yang disediakan mengikut piawaian halal.
Kemudahan ruang solat mesra pengguna serta program berorientasikan keluarga turut memastikan pengalaman yang selesa untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur. Daripada sajian halal dan ruang solat yang selesa hinggalah ke kelab kanak-kanak dan persembahan malam, M/V Piano Land direka khas dengan konsep hospitaliti mesra Muslim.
Pelancaran M/V Piano Land melengkapi usaha berterusan Malaysia untuk memenuhi permintaan segmen pelancongan mesra Muslim yang berkembang pesat dengan nilai pasaran disasarkan melebihi USD 300 bilion menjelang 2030.
Dengan sokongan MATTA dan rakan-rakan strategik, kolaborasi antara Hwajing dan Astro Ocean Cruise ini mengukuhkan keupayaan Malaysia untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia yang menghormati kepelbagaian nilai budaya dalam kalangan pelancong Muslim moden.
En Jian-feng Tong, Naib Presiden Astro Ocean Cruise didalam ucapannya berkata:
"Kolaborasi ini bukan sekadar memperluas pilihan pelayaran, tetapi turut memperkukuh identiti Malaysia sebagai negara yang meraikan kepelbagaian, menjunjung integriti halal serta menerajui rantau ini dalam pelancongan mesra Muslim.".
Kapal Cruise M/V Piano Land
M/V Piano Land merupakan kapal persiaran utama yang pertama dioperasikan oleh Astro Ocean Cruise, sebuah syarikat pelayaran China yang ditubuhkan dengan visi untuk memenuhi keperluan serta jangkaan pelancong Asia.
Direka khas untuk pasaran serantau, kapal persiaran ala resort terapung ini menggabungkan keanggunan pelayaran moden yang selesa dengan sentuhan budaya Asia, dengan menjanjikan pengalaman pelayaran yang lancar dan penuh kenangan.
Mengetahui pentingnya makanan Halal di Malaysia dan Asia Tenggara, korang tak perlu risau sebab makanan yang dihidangkan sepanjang pelayaran di atas kapal cruise M/V Piano Land adalah Halal. Dengan pelbagai pilihan masakan asli serantau dan antarabangsa yang disediakan mengikut piawaian halal, termasuk itik panggang gaya Hong Kong (halal) yang merupakan makanan signature di kapal ni.
![]() |
| Restoran makanan Halal di atas kapal layar M/V Piano Land |
Antara 5 jenis bilik cabin yang ada diatas kapal persiaran M/V Piano Land adalah:
M/V Piano Land Balcony Stateroom:
Dengan jumlah berat kasar sebanyak 70,000 tan dan kapasiti 1,760 penumpang, M/V Piano Land menawarkan pelbagai kemudahan menarik, termasuk:
✅ 880 kabin serba lengkap dan selesa
✅ Pelbagai pilihan makanan halal, serta hidangan Cina dan antarabangsa
✅ Persembahan teater gaya Broadway dan hiburan budaya yang menarik
✅ Arked membeli-belah, pusat kesihatan dan kemudahan rekreasi
✅ Kelab kanak-kanak khas dan program mesra keluarga
✅ Kemudahan bertaraf mewah termasuk pusat kecergasan, spa dan pelbagai kolam renang
Sempena dengan promosi pelayaran sulung M/V Piano Land yang akan berlayar tidak lama lagi, korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga yang tak masuk akal. Boleh kata harga naik cruise yang paling murah tahun 2025.
👇 Launching-fare-Pianoland-Malaysia-Homeport-Ex-Penang 👇
![]() |
| Launching-fare-Pianoland-Malaysia-Homeport-Ex-Penang |
👇 Launching-fare-Pianoland-Malaysia-Homeport-Ex-Port-Klang 👇
![]() |
| Launching-fare-Pianoland-Malaysia-Homeport-Ex-Port-Klang |
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi:
Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd.
Block N-26, 2nd Floor, Warisan Cityview, Jalan 3/93A,
Batu 2 ½ Off Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
Tel: +60 3 9200 2929
Waktu operasi: 9am to 6pm (Isnin-Jumaat) | 9am to 1pm (Sabtu)
E-mel: info@hwajing.com.my
WhatsApp: https://wa.link/z6pr5t | https://wa.link/8ul4it | https://wa.link/bikv04.
Facebook: www.facebook.com/Hwajingtravel
Instagram: www.instagram.com/Hwajingtravel
Zayani Zulkiffli.
















0 Comments