Tuesday, February 12, 2019

Jumpa Penyu & Dolphin di Pulau Pieh, Padang

Salam sejahtera korang,

Sambungan daripada entry saya tentang Padang,  3 Hari 2 Malam di Padang, Indonesia.

Taman Wisata Perairan (PWP) Pulau Pieh dan laut sekitarnya, terdiri daripada 5 pulau iaitu Pulau Bando, Pulau Pieh, Pulau Air, Pulau Toran dan Pulau Pandan. 

Gugusan pulau ini merupakan tempat persinggahan penyu untuk bertelur, laluan ikan lumba-lumba, tempat pembiakan terumbu karang dan ikan-ikan yang cantik. Pulau Pieh merupakan sebuah pulau dibawah Taman Wisata Alam Laut, Padang.

Pulau Pieh merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 45 minit dari tanah besar Padang yang berkeluasan 39,000 hektar. Pulau ini sebenarnya pulau milik persendirian, tapi sekarang pulau ini sudah menjadi milik kerajaan.



Satu-satunya cara untuk ke Pulau Pieh adalah dengan menaiki bot dari Pelabuhan Muaro di Kota Lama Padang. Perjalanan dengan menaiki bot mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kalau korang bernasib baik, dapat la jumpa dengan ikan lumba-lumba.

Selalunya sebelum kesana, tour guide akan dapat info tentang dimana ikan lumba-lumba punya lokasi supaya deorang dapat bawa kita tengok. Memang kena keluar awal pagi untuk dapat peluang tu.



Perjalanan memang kurang 1 jam sebenarnya, tapi sebab kami keluar lewat, maka kami kena cari tempat ikan lumba-lumba, so kena pusing la cari kat mana, tapi malangnya kami tak ada rezeki untuk nampak depan mata.

Gambar kat bawah pun saya pinjam daripada Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. Deorang cakap kalau lagi bernasib baik, dapat jumpa dengan ikan paus. Kat sini dah 2 kali deorng jumpa ikan paus.

Tapi, rezeki kami, masa nak balik tu nampak la ikan lumba-lumba dari jauh. Nak ambil gambar sendiri, kamera pulak tak cukup jauh lens. Maka, menlompat kegembiraan dari jauh aje lah tengok dolphin tu. Baru percaya, memang real ada dolphin kat sini.

Gambar sumber: Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.


Pulau Pieh memang tak ada jeti, jadi kena turun bot kat pantai. Dan untuk menjaga keselamatan terumbu karang, maka bot pun tak boleh parking kat pantai. Lepas hantar, bot akan park tengah laut sana supaya terjaga kebersihan sekeliling pulau.


Dah sampai Pulau Pieh, baru nampak kecantikan dia. Pasir putih, air jernih, anak-anak ikan yang bermain di gigi pantai, angin sedap. Kat pulau ni ada tempat pemuliharaan terumbu karang, rumpai laut, ikan serta microorganisma laut.

Even pokok kelapa dan nipah pun penting untuk kekalkan keseimbangan di pulau ni. Fungsi pokok-pokok ini adalah sebagai tempat hidup untuk pelbagai jenis burung termasuklah helang, burung camar, burung pucung, barau-barau dan burung merbah.

Tiada siapa yang tinggal di Pulau Pieh, kecuali penjaga pulau ini. Tu rumah dan pejabat dia. Kerja penjaga bukan mudah, dia kena pantau penyu kot ada yang datang bertelur, dan pada masa yang sama kena pantau hidupan laut disekitar pulau ni.


Dulu, kat Pulau Pieh ni ada satu Istana Belanda. Tapi sayangnya masa perang dunia dulu, istana ini telah dibom. Bom tu punya kesan sampai semua bahagian istana hancur. Yang tinggal hanyalah tiang pintu masuk dan bahagian dapur istana tu.

Dapatla juga tengok macam mana rupa dapur istana zaman dulu-dulu. Sebabkan lokasi ni dalam hutan,make sure korang sentiasa berjalan dengan kumpulan. Takut sesat dibawak lari pula.






Zaman dulu kan semua rumah, termasuk istana akan ada perigi. Perigi ini pun masih ada lagi, air pun banyak, bersih dan fresh. Kalau terdesak nak membuang tu, boleh la pakai air ni, isi dalam botol dan pergi membuang. Jangan pula celup dalam perigi balik.

Tukang jaga pulau ambil air bersih kat sini lah. Siap minum macam gitu je, basuh kain pun ambil air kat sini. Memang berguna dan membantu orang yang duduk kat sini.



Pusat Konservasi Penyu Pulau Pieh

Disebabkan Pulau Pieh yang berada dibawah perlindungan Kawasan Taman Wisata Alam Laut, maka semua perihal tentang penyu memang deorang yang akan ambil tahu. Daripada penyu betina yang naik ke pantai untuk bertelur, sampailah kepada pelepasan anak penyu.

Walaupun pulau ni kecik je, tapi ada 3 jenis penyu yang datang ke pulau ini iaitu: Penyu sisik, penyu hijau dan penyu belimbing. Tapi, sekarang, penyu sisik dah kurang.

Suka konsep yang mereka amalkan kat pusat konservasi ni. Deorang akan tanam balik telur tu kat lokasi yang selamat, exactly macam mana penyu tu bertelur. Tahu tak korang, penyu betina akan hanya akan naik bertelur di tempat mereka menetas?




Lagi kami bertuah, dapat peluang untuk lepaskan anak penyu ke laut. Walaupun ini merupakan pengalaman saya yang kedua, pun masih lagi excited. Comel baby penyu ni sebab deorang tak sabar nak cepat ke laut bila dengar bunyi ombak.

Sayangnya, mengikut purata, dalam 100% anak penyu yang balik ke laut, tak semua akan hidup dalam minggu pertama sebab menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa yang lain seperti ikan besar dan burung. :(

Jadi, jom la kita tolong selamatkan penyu daripada terancam dengan cara jaga kebersihan pantai dan jangan sokong sebarang aktiviti dan pembelian bahagian badan dan telur penyu.





Tak sangka saya dapat sijil istimewa Sahabat Penyu daripada ASPPI Padang dan Padang Tourism sebab penyertaan aktif saya dalam aktiviti penyu di Pulau Pieh. Siap dapat sijil lagi. Bangga juga walaupun dah 25 tahun, masih lagi dapat sijil. Haha


Terima kasih pihak ASPPI Padang dan Padang Tourism dibawah jemputan Heritage One Stop Travel sebab menjemput saya mengikuti FAM Trip ke Padang.

Teringin nak ke Padang? Saya recommend pergi dengan Heritage One Stop Travel sebab mereka tawarkan harga pakej premium dengan harga yang berpatutan.


Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel


Till then,

16 comments:

  1. bertuahnya dapat tengok dolphin secara live pula tu.

    ReplyDelete
  2. Wow bestnya! Sekarang ni ramai blogger trip ke Indonesia. Macam-macam aktiviti haaa. Best sungguh. Akak tengok panas terik tu, akak rasa nak pitam plak. Hahaha. Tapi gambar Zayani tu cantik. Terima kasih selamatkan penyu-penyu akak. hehe

    ReplyDelete
  3. wow! dolphin melompat2. ohsem.
    huntung lah dpt tgk live, zayani. menjadi impian aida ni.
    ada member dia tgk jauh nun di australia tau.

    ReplyDelete
  4. Akak pernah pegi pusat konservasi penyu kat Cherating. Best tengok penyu ni secara live. Ikan lumba2 dah tengok live juga.

    ReplyDelete
  5. comelnya anak2 penyu tu..pantai pon cantik dan bersih..dan perigi tu macam perigi kampung nenek akak dulu2..air jernih bersih dan segar..kami pon kadang2 ambil dengan timba terus minum..tapi loni takdak dah..dah kambus

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya dpt tgok Dolphin. Teringin nak tgok sebab selalu dpt tgok kt tv je. Memang impian nk kesini one day. Thanks sharing. hehehe

    ReplyDelete
  7. Padang memang best! Whoa! I memang teringin nak pegi Turtle conservation centre camni. Seronnok tengok trip ni .Well organized.

    ReplyDelete
  8. Cantik betul air pantai dia tu kan. Biru hijau gitu.
    Teringin nak pegang anak penyu.
    Teringin nak tengok depan mata. Tapi bila la ada peluang tu.
    Selalu tengok dalam tv je. Dengan baca kisah kengkawan di blog.

    ReplyDelete
  9. Memang teliti penjagaan kebersihan lantai diorang ye. Well penyu hanya bertelur dekat pantai yang bersih je rasanya. Pernah tengok dalam tv show lama dulu

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya dapat twngok dolphin depan mata. Teringin juga nk dapat pengalaman macam ni.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah ke Padang lagi,memang teringin nak ke sana, bila tu tak tahu le. Ehh ada dolphin gak ekk kat sana? Ingatkan kat negara mat saleh jew ada dolphin..:D

    ReplyDelete
  12. cantiknya pulau dia..okla dapat tgk dolphin dari jauh..selalu tgk dekat zoo je..ehehe..penyu tu geram je..tak pernah lagi tengok anak penyu

    ReplyDelete
  13. Pulau-pulau kat Padang memang cantik-cantik. Hari tu kak min tak berkesempatan nak ke pulau yg ada dolphin ni. Bestnya if dapat tgk dolphine live dpn mata

    ReplyDelete
  14. wow seronoknya dpt bercuti mcm ni..dapat tengok penyu lagi mmg enjoy la sangat kan..
    serius laut dan pantai dia cantik sgt.. boleh tgk dolphin lagi..

    ReplyDelete
  15. Tentu si kecil tak dapat melupakan pengalaman yang best ini kerana dapat tengok anak anak penyu kan? Best betul. 😁

    ReplyDelete
  16. Best yer, teringin nak rasa pengalaman pergi pulau ni.Baru tahu ada istana kat pulau nampak terpencil ni yer.. Menarik sangat dapat tengok dolphin dan penyu di sini.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^