Assalamualaikum and hi to all.
Tahun lepas, 28hb Disember 2012,saya bersama keluarga telah bercuti di Cameron Highland, Pahang. Kami di sini, 2 hari 1 malam sahaja sebab akan bercuti ke tempat lain pulak.
Perjalanan dari Pulau Pinang ke Cameron Highland pagi tu mengambil masa kira² 3 jam. Jadi dalam tengah hari macam tu, baru kami sampai di sana.
Kami sempat singgah di taman bunga sebelum sampai. Ye, memang adik² saya semua nya lebih kurang sama saiz dengan saya.
Adik, Zahidah yang kusyuk mengambil gambar bunga *macam tak pernah jumpa* |
Tak ketinggalan, kedai coklat, atau kilang coklat. Tapi tengok saja, tak beli pon sebab nak pergi Langkawi jugak nanti :D
Selepas sampai, kami sekeluarga terus check in di sebuah apartment yang aku tempah di kawasan Tanah Rata. Ingat nak carik area Brinchang sebab kat sana lagi banyak tempat best, tapi Tanah Rata pon okay jugak.
Kat sini, korang boleh beli banyak² coklat, dan saguhati untuk di bawak balik dan semuanya comel² belaka.
Jarak antara Brinchang ke Tanah Rata hanyalah mengambil masa dalam 10 minit dengan menaiki kereta. Pasar malam kat Brinchang pon ada sebab hari Jumaat sebab nak beli makan malam.
Buah oren ni lagi besar daripada tangan saya ! Sedap pulak tu. |
Strawberi. Yummy~ |
Last² tak jadi pon carik makan malam kat pasar malam ni. Beli nasi goreng kat area apartment yang kami sewa tu saja.
p/s : Next entry Family Vacation 2012 - Cameron Highlands Day 2.
p/s : Next entry Family Vacation 2012 - Cameron Highlands Day 2.
4 Comments
ye eh. tak penah try, kalau dengan coklat penah la try.
insha'Allah nnti try :D